mixed up

being a sufferer makes you a lot tougher.
-measzy

hidup ini macam perang. gigih usaha. tangkis segala serangan musuh. kau mampu berhidup terus. diam2 saja. konon mampu tempuh segala. parah. perisai kau mana? jangan berlagak bodoh. jika kau memang bangang.

tolong. tolong diri kau. tolong bangun. tolong sedar.

atau kau masih menanti untuk disokong ditepuk disuruh dipujuk dalam setiap langkah kau? hidup kau, ada perlu kaitan orang lain? semua ini tentang kemahuan. jika dalam2 itu kau benar mahu, segalanya tidak mustahil.

sengsara sekarang, berkemungkinan kau punya masa depan yang baik. tiada yang dapat janjikan itu. tapi kau perlu percaya. terus percaya dan tanggung amanah itu hingga kau benar2 capai apa yang dicita.

setiap dari kita. punya diari hidup masing2. jangan samakan kau dan mereka. aku dan kau. mereka dan aku juga tak sama. hidup adalah hidup. mati adalah mati. segalanya sudah pasti. berkemungkinan saja jalan cerita itu yang akan punya kelainan.

sepertinya kau berlumba lari. dalam guni mahupun berganti-ganti. semuanya punya satu matlamat dari permulaan yang sama. menang atau kalah. masa dijadi pengukur. usaha dibuat penjamin. keputusan itu kau yang pilih.

aku, kau dan mereka. kita semua manusia. manusia yang punya hati dan perasaan. diuji kuat, kita goyah. bila rebah, kita lelah. tapi kau juga punya kudrat sendiri. bangunlah. jangan terus tertiarap lemah. mengharap tiada pada yang ada.

sepalsu manapun harapan itu, boleh saja kau pura2 mahu. hipokrit sekalipun, berlatihlah untuk kuat. bertopeng apa sekalipun, percayalah yang kau boleh. dituding bagaimana sekalipun, kau adalah kau. berpeganglah pada itu.

manusia lain bukan kau. kau bukan orang lain.

jika benar sekalipun kau perlu sedikit pemangkin, carilah kawan yang benar kawan di kalangan kawan yang kau berkawan itu. hilangkan resah bersama bergelak tawa bersambut bagai. supaya di penghujung harimu, kau masih mampu mengukir senyum.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

otak aku benar berserabut.
banyak makan lembu agaknya.

dan oh;
harap belum terlambat.
'selamat hari raya aidiladha buat semua umat Islam yang merai;
dengan penuh tulus'

sekian.

13 comments:

hans said...

fuh
puitis tul
aku memalam nih susah nak faham
aku faham sikit2
haha
bau darah lembu la nih buat kau berpuitis bermadah nih
huhu

lel said...

kawan2 aku tak semua buat aku ketawa
yg dekat selalu buat aku sedih

Perempuan Kalis Peluru said...

salam ziarah!!!

syazana shahar said...

'diuji kuat, kita goyah. bila rebah, kita lelah.'


jatuh. bangun. jatuh. jatuh. jatuh.

sekejap saja tahan.
manusia macam aku, segelintir mungkin macam mereka2, tak sekuat perisai terhebat.

*geleng*
*senyum sebelah*

penat.
berbuih mulut.
harapan palsu.
sia2.
ini;
putus harapan.
dan
tuhan marah mereka yang mudah jatuh yang sudah tak mahu berdiri lagi.

*diam.

selamat hari raya aidiladha!!
:DDD

sharamli said...

bila jatuh jgn lupa bgun..

tp utk bgun tu ssh kan..
bkn ssh..cuma amek masa...

caluk@cencaluk said...

nie citer kawan curi guni ke he he

paraxixth said...

cait..tak paham bahasa a samad said nie..

bahasa razak mohaideen ade x?

nnt lu akan tahu apa erti sahabat

jo said...

semput gua baca blog lu..
selamat hari raya aidiladha..
pekena lembu raya-raya ni memang ngam beb!

FAA said...

whoaa! great.

kamu tau bukan.
bila aku diuji, rasanya sangat penat.
sedih itu penat. again. ;)

tapi,
jika aku diuji,
aku beruntung bukan?

terima kasih kawan. ;)

h.a.n said...

diuji dan teruji adalah berbeza..
ketenangan dicari masih lagi tiada..
tapi kesesakan yang disingkirkan..masih tetap mengejari...
masih dan masih..

ape2 jer said...

suke je aku baca betol aku tak tipu
setuju2 huhu

Beruwang said...

he he makan lembu? biasa lembu makan pisang...

chokio_nia said...

agak2 aku termasuk tak lam kwn yg ko mksdkan??hurmmm

saket ko da ok??okeh2..tak berkait ngan entri ne..tp nak gak tanye..

sentap entri ko ne..cm biase..ayt mkn dlm..huhu