tengok air

pagi semalam lepas azan subuh baru gua setting dalam kepala mahu tidur. jadi, gua mandi dahulu untuk mendapat kesegaran tidur terbaik. lepas taruk shampoo, bilas, taruk conditioner, bilas, gua perasan sesuatu. rambut gua memang tak payah rawatan pati minyak panas. bukan nak puji shampoo yang gua guna, ini memang kejadian semulajadi. gua rilek saja.

lepas berwuduk. gua pakai kain sembahyang cantik2 dan mula melaksanakan tanggungjawab gua. hilang habis resah gua sepanjang malam tak dapat tidur. lepas tu gua buka tingkap kasi angin pagi yang kaw2 tu jenguk gua tidur nanti. setting tubuh, setting selimut, setting bantal kepala, bantal sisi dan bantal peluk.

gua baru pejam 7.2saat.

umi: adek..!
aku: ya umi!
umi: umi ngan ayah nok gi tengok air ni. nok ikut..?
aku: (hah!!). jaaaaaaaap....!

round2 mengharung air sini sana dengan kereta yang bajet 4wd. redah sini redah sana. sampai gua boleh rasa air yang mengalir bawah kaki. bawa kereta umi. ayah sayang kereta dia la tu. mau tak berhabis duit kalau mati tengah2 jalan. seperti risiko jika gua drive masuk parking rumah sendiri macam petang sebelumnya. sakit jantung ayah.

takpun patut bawa volkswagen transporter ayah tu. baru boleh redah banjir tanpa segan silu. selamat saja. ah. kalau gua mampu drive yang tu boleh angkut kawan2 satu taman pergi kbmall main boling. gila rindu nak main.

lu tahu, gila sejuk. sejuk macam duduk malaysia pada waktu pagi2 tak pakai baju tebal2 macam sweater contohnya. dan gua rasa nak tampar diri laju2 sebab otak gila weng2 semasa diajak. gua tak bawa olym. tak dapat nak snap2 mana perlu berhampiran tambatan diraja.

sampai rumah. gua dah macam zombie. perut dah lemah semacam. patut telan omeparazol sebelum keluar. lepas tukar jeans kepada seluar polkadot hijau gua, gua terus gedebum sampai dengar azan zuhur tepat jam 1pm.

petang pula. gua baru on laptop, then kalut2 off semula. ke pantai sabak pula. gua bawa olym. tapi banyak hujan yang boleh bagi banyak demam. gua rasa nak nangis. gila comel kambing2 semua naik atas bangsal cantik kat tepi tu. tapi kalau tak hujan mereka2 tak ada di situ pula.

gua bukan apa. tidur2 ni boleh buat bila2 masa. nak ada masa dengan parent macam ni bukan something yang senang2 nak dapat.

seperti, lagi 3 bulan gua dah nak 21.
kau ageing. parent kau?

17 comments:

hans said...

tmpat ko xbanjir?

siggplus said...

ape brg 4wd..pakai sampan terus..baru cool

chokio_nia said...

eh..da nak 21??owh..lahir awl taun

Anonymous said...

sungguh tabah ko x tido
kalau aku dah pengsan

Mrs Nurul said...

main airrrrr ;)

penaberkala said...

jom kbmall main boling

Pencubit said...

polkadot hijau.

bias® said...

banjir. banjir. banjir.

jo said...

volks transporter bapak kau tu bulih sewa dop? bunyi macam best je....

Unknown said...

sonok beb men ujan...

¶A.K.I¶ said...

yo.. mne gmba kambeng3 2??
nk tgk gak pisey!

Bijen M. said...

oh tol gak lu bilang.
gua kalo balik cuti saja misti tido.
sampai mak gua tensen.
mwakaka.

caluk@cencaluk said...

boleh main jet ski masa banjir tak he he

Luna said...

pisey! banjir~ banjir!!

3 bulan lagi jadi 21? bday bulan 2?

oho~ aku bulan 3 XD

Unknown said...

aku tak pernah pakai minyak rambut sejak form5 tapi rambut aku tetap lembab dan segar...

sharamli said...

ala..baru 21..
kit0 bln 1 nnt da 22 tau...s0b3

Nbl Fzr said...

22 monopus?