Banyak perkara yang singgah di kotak fikiran aku. Selaku perempuan berjiwa kental yang ada sipi-sipi tipikal perempuan melayu terakhir, aku pun hari-hari tak lekang fikir masa depan. Atau ada yang tak fikir masa depan? Setiap kali menghadap Dia, mestilah nak doa supaya selamat setiap yang di depan, sedang dan hari semalam kan.
Aku dah dua puluh dua tahun. Heh. Banyak bezanya dengan tika umur dua puluh tahun. Kalaupun sesaat manusia boleh berubah. Setahun ini aku dah belajar banyak perkara. Pengalaman menjelajah. Pengalaman merasa duit kering. Pengalaman drift kereta. Pengalamn cium awek hot. Pengalaman memasak persis chef terkenal. Semua tu aku dah. Pengalaman baling batu zaman kanak-kanak pun nak kena cakap ke? Oke. Aku juga juara naik basikal lepas tangan dulu-dulu. Dan bakar udang kering lapik atap sampai garing makan ramai-ramai.
Siapa entah produce lighter curi bapak zaman umur enam tahun tu. Bukan aku. Sebab aku cuma tukang kayuh basikal pergi kedai beli dunhill 14 untuk ayah.
Dah lama aku tak menulis pakai otak dalam-dalam. Heheh. Sampai penuh draf dalam handphone. Sebab kalau dah jiwa tak tentu arah macam ni, ada perkara yang terlintas kalau tak dibuang ke mana-mana boleh kasi haru. Semester ni jadual belajar macam nak aku maki macam-macam. Yang jadi mangsa ialah awek-awek kampus sebelah yang kadangnya entah apa-apa bawak motor dengan lemah gemalai lepastu bila melalui kedai makan yang ramai jejaka terus pegang handle sebelah tangan. Lagi sebelah tangan duk kibas-kibas rambut.
Kalau aku lelaki aku dah jerit dah, 'HOIII!' kuat-kuat. Tapi sebab aku perempuan, aku perlu menjaga adab dan tatasusila. Cuma ada lah sekali aku hon sorang awek ni sebab perlahan tapi duk tengah. Punah la enjin mitsubishi aku kalau bawak perlahan sangat. Letih2 aku loading power kasi smooth perjalanan aku dan rakan-rakan. Satu kali lagi awek myvi. Mungkin belajar di universiti bukan swasta terdekat. Maaflah. Itu teguran membina supaya anda menjaga tingkah laku kenderaan dengan baik di lain hari.
Aku sekarang di rumahku syurgaku. Cuti satu minggu tapi menetapnya tak sampai 5hari penuh pun. Sekejap pun tak apa. Dah cukup untuk aku baikpulih otak yang terlalu serabut dengan hal-hal ilmiah yang memberat. Susah jugak nak masuk final year ni. Lagi-lagi yang memang pemalas macam aku. Dahla tak boleh stress. Stress boleh gastrik. Jadi aku tidur bila stress. Kalau dah stress je manjang? Tidur di penuh putaran jam pun aku mampu je sebenarnya. Itu kebolehan super power aku.
Oke. Bum-bum jom. Selamat bobok semua. Moga kamu-kamu mampu mencari galah yang paling terpanjang dalam dunia untuk kait bahagia dari langit itu.
Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment