Aku mudah cair dengan jiwa perempuan. Diorang banyak jiwa. Kadang betul kadang tak betul. Banyak pusingan dan tiupan yang kadang-kadang kau tak terfikir pun wujud untuk digeligakan. Perempuan, walaupun banyak bebel bukan dia tunjuk semua pada dunia rupa jiwa dia yang sebenar. Jadi kalau dia mampu luahkan apa yang sekiannya terbuku; dia perempuan yang kuat.
Dia tak goyah nak bagitahu dunia tentang rupa jiwa dia yang rompong robek sana sini.
Dia mungkin jeritkan dia takut. Tapi sebenarnya dia kuat di dalam. Dia mungkin katakan dia sedang lemah. Tapi sebenarnya dia dalam diam sedang bina kubu yang tak tertembus. Dia rebel kerana dia berani. Tak mahu kaumnya sewenang ditindas bodoh. Tapi kalau yang dah bebal tu bodoh jugak namanya. Tak ada tiba-tiba jadi terpaksa panggil cerdik pintar cerdas. Bebal is bebal.
Perempuan; makhluk bernafsu sembilan yang terdiri dari kaum ibu, kakak, adik, kawan, sepupu dan sebagainya.
Tiket untuk kamu semua ke syurga terletak di bawah kaki perempuan. Tapi perempuan juga, yang paling ramai menghuni neraka.
Takut tak? Takut kan.
5 comments:
susah kan jadi perempuan? T.T
Tapi bahagia.
miya
(; mudah masuk syurga. tapi berat jugalah. sama2 lah kita sayang. usaha ke arah itu.
SENANG KE SYURGA
SENANG JUGA KE NERAKA..
daku pecinta wanita..
p/s: teringat kat awek lama pulak..hehe
cimot
kan? (;
zamdotcom
hahaha. awek pula (;
Post a Comment