Pagi, bangun ke tempat kerja. Ya, kerja. Erti kata lain aku dalam tempoh latihan industri sekarang ini sebenarnya. Department tempat aku ni, kerjanya ialah supervise orang kontraktor buat kerja banyaknya. I guess lebih kurang macam inspection juga. Dengan facts yang you need to know what is this and that pasal setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh para kontraktor dalam pemasangan kabel, keluar masuk lurang, teknik-teknik joint, copper atau fiber dan sebagainya. Jadi, kalau tiada abang atau pakcik yang mengajak aku ke site yang dekat, aku akan cuma mampu duduk di kerusi bertungkat tangan di meja menyudahkan sudoku contohnya apabila kebosanan memuncak. Oke, tipu. Aktiviti sudoku baru sahaja bermula beberapa hari ini. Bulan pertama aku banyak bantu kerani pentadbiran memasukkan dokumen dalam file. Mudah bukan kerjanya, tak payah bebankan otak dan boleh bergerak bebas. Jadi otak aku boleh occupy perkara lain yang lebih mustahak. Contohnya bagaimana masa depan Malaysia dalam sepuluh tahun akan datang. Ah, aku tipu saja.
Berbalik kepada cerita asal tentang hari lahir aku yang ke duapuluh-tiga. Tua bukan? Kalau kau kata umur itu masih muda, maknanya kau lebih tua dari aku. Jangan nak tipu atau mengelat. Dan oleh kerana aku sebenarnya sudah mengantuk dan jam di laptop menunjukkan '3:52AM', jadi aku mahu tidur dahulu.
Rileks, esok hari minggu untuk negeri tumpah darah aku ini. Dalam hidup ni tak boleh juga kalau nak risau sangat. Risau-risau tentulah akan berkerut dahi bukan? Lama-lama mudah nampak tua. Kerut dahi banyak bukan boleh jadikan kesan seperti kuat sembahyang pun di wajah kau, percayalah. See how mixed up otak aku sekarang ni?
It's '3:54AM', bonne nuit.
2 comments:
bila nak check in rumah orang orang tua?
Hahah. Funny! (sigh-)
Post a Comment