Tips pembelian frozen yogurt Tutti Frutti

Aku ada sedikit tips nak berkongsi dengan kamu.

Kalau yang belum biasa ke mana-mana cawangan TF, silalah berwaspada jika wang anda totalnya tak cecah 30myr. Kerana dikhuatiri anda akan over sangat eksaited nak pull the yogurt machine dengan keseronokan menyerlah yang membuak-buak.

First of all, kau perlu tahu yang TF mengamalkan sistem layan diri. Jadi kalau serius tak tahu 'haaa nak buat cemana ni ramainya orang duk tengok tengok tittew', simply ask for assistance. Jangan buat malu-malu kerbau.

Tanya tanya tanya! Ya, sistem layan diri ini agak membunuh untuk first timer yang seperti aku mention sebentar tadi, over eksaited.

Unless, yes. You don't mind to spend your ringgits and ringgits on this so called over-priced-frozen-yogurt. If you do, please go to the specified TF branch I mentioned on my last post. Really, you are most invited (^^)

If berat mulut juga nak tanya, mulakan memilih semaksima 3perisa unik untuk diisi dalam cup pilihan seawal anda masuk sebentar tadi. Aku limitkan 3perisa kerana kalau banyak sangat nanti kau kutuk cakap tak sedap padahal kau tak reti pilih perisa.

Mulakan dengan perisa vanilla contohnya, ataupun plain TF (original flavour). Vanilla ini unsurnya manis. Original seperti kita tahu, yogurt kan masam. Kalau nak sangat coklat, amiklah amik. Coklat unsur manis. Tapi usually end up coklat akan jadi perisa yang dominan.

Contoh: Vanilla + Strawberry Banana + Pomegranate = 3 perisa

Bila kau pull the machine tu ke bawah, dengan cup yang sudah ready untuk menyambut yogurt, dah agak yogurt tu hampir amik ruang 1/3 cup tu kau tolak tuil mesin ke atas cepat-cepat. Ya, cepat-cepat. Kerana aktiviti menolak ke atas juga masih akan mengeluarkan yogurt masuk ke cup. Jangan sesekali larikan cup kerana 'wah banyaknya taknak dah!'

Kalau kau buat ini di TF mana-mana, aku yakin pekerjanya akan buat wajah mengaum dengan mata menjegil. Itu adalah sebagai peringatan yang Tuhan tak suka kita membuat pembaziran berleluasa. Dan juga mungkin kerana pekerja tersebut baru saja dengan bersungguh-sungguh membancuh yogurt tersebut mengikut aturan penyediaan dan tiba-tiba kau berkawan dengan setan dengan melakukan pembaziran.

Marah tak beliau? Mestilah marah. Tapi mungkin beliau sabar kerana ada iman. Lagi-lagi kalau masih dalam wudhuk.

Satu perisa, amik ruang 1/3 cup. Cukup-cukup paras cup oke. Bukan 1/3 tetapi menggunung banyaknya. Jadi, 3 perisa untuk untuk 3/3 cup. Kalau kau tak faham apa aku cuba sampaikan, sila gugel atau belek buku tentang pecahan. Belajar dulu kemudian datang baca balik sini.

Sudah mengisi yogurt, kau akan di-assist atau harus pandai-pandai ke kaunter toppings. Di sini akan kelihatan buah-buahan segar yang menggiurkan. Diingatkan, total berat keseluruhan yogurt bersama topping pilihan akan ditimbang untuk sesi letakharga di kaunter pembayaran.

Jadi kalau tak ber-ringgits mana waktu itu, hey hey proceed ke mesin penimbang dan bayar dengan senyuman paling manis kerana fresh fruits itu tepu dan berat. Berat = mahal. Faham? Kalau nak sangat taruklah sprinkle sprinkle chocolate chips or rainbow coloured ones. Sedikit chocolate syrup dan juga choco balls, corn flakes atau mana-mana adik beradik cereal kalau ada. Mereka kan super ringan? Hehe.

Oh ya, dengan langkah-langkah yang aku nyatakan atas sini, total pembayaran yang kau kena buat takkan exceed 15myr. Lama-lama berlatih teknik ni dapatlah bawah 10myr.

Apa kau tak suka makan? Tak teruja pun nak makan? Seriously? *buat muka jijik*

Tips ini berguna untuk first timer yang berkawan dengan mereka yang suka sangat makan TF, mengajak first timer walaupun tidak sudi tetapi bukanlah nak tolong bayar belanjakan pun.

Kalau kau ada kawan-kawan seperti ini, biarkan mereka dengan dunia mereka. Dalam hidup ni, pilihan haruslah dibuat dengan baik mengambil kira hati, perasaan dan minda. Kalau terseksa sangat, why bother? Dah toksah kawan dah. Putus putus!

Girlfriends, please. Kesian pakwe you yang terpaksa bayar dengan not 50myr walaupun beli satu froyo dalam cup besar berwarna merah, sedangkan dalam wallet ada saja 4 keping not 10myr.

Dan kawan-kawan segeng. Kadang-kadang TF lover ni baik hati. Jadi nak belanja kawan-kawan beliau. Kau selaku salah sorang kawan-kawan yang dah pun baca tips ni, berpada-padalah. TF lover tu sendiri aku yakin taruk froyo paras-paras molek saja dalam cup. Tak over limit. Naya beliau terkedu nanti dah taknak belanja dah the jakuns friends.

Unless dia anak datuk atau sendiri bawa porche dan seumpama. Yang macam tu, tolong heret ke cawangan TF bernama di bawah sebentar tadi.

Dah faham? Let's froyo bebeh!

Sekian, selamat mencuba (;

P|s: Pandai juga aku bagi tips dan buat iklan rupanya.

5 comments:

Hazwan said...

aku mmg plan nk gi tuti fruti weken ni..utk ptama kali..hik3..thanx =)

Anne said...

aku suka tips ni. lagi suka kalau kau tolong tunggu dekat cashier, keh keh...

Pisey said...

hazwan
Hahaha. Bagus bagus. Makan baik-baik. Jangan over eksaited. Haha. Welkam (;

moonstone
Kah kah. Tak dapek nak nunggu di cashier ah. Kedai jauuuh.

Anonymous said...

nak kena pakai cup warna apa baru takkan exceed rm15? c(:

Pisey said...

anon
Semestinya bukan merah lah. Hahaha.

Cup ada 3sizes.
Kecil-besar,
oren hijau merah

Pick orange to be safe. Green boleh lah nak test power yogurt pulling trick, hehe. Red no no!

If ada worker around, tanya dia sengeh-sengeh lepas taruk 1 or two flavour minta nak test timbang berapa ringgit yang ni dulu please!

Kalau dia buat muka bangang sikit, jalan je terus gi kaunter letak yogurt atas penimbang lepastu amik balik dan sambung isi yogurt.