Berteleku di malam hari

Kadang-kadang bila datang rasa paling mari nak menaip, bukannya tengah rilek depan skrin laptop pun. Macam sekarang ni bila duk mengadap, bukan ada idea pun.

Sebab macam ayat pertama tadi, feel yang mari tu datang waktu sibuk. Dan bila menganggur seperti ini, kau mahu cari sibuk kat celah mana? Kalau boleh mandi yang selama ni 3minit pun aku nak extend jadi 33minit. Supaya hidup lebih terisi gamaknya.

Aku sedang bergiat cergas dalam aktiviti membaca yang telah dihentikan sejak Mei lalu. Harapnya kali ini tidak hangat-hangat tahi ayam, tahi kucing mahupun tahi lembu sekalipun. Enak sebenarnya menaip perkataan tahi ni.

Tahi. Comel kan?

Oh ya. Kau patut tahu bulan puasa ni adalah salah untuk memuatnaik gambar makanan yang menggiurkan kerana dikhuatiri ada yang mengalir liur. Kebarangkalian gambar tersebut untuk dijumpa lihat mereka yang iman tak kukuh agak tinggi. Jadi, waspadalah.

Aku turut rasa bersalah kerana gambar di instagram aku kebanyakannya ialah makanan.

Oke, jangan nakal-nakal. Ramadhan dah nak habis. Setan akan dilepaskan balik. Jadi kalau kau perangai macam setan, nanti tak boleh nak beza dah. Bukan setakat mak, abah kau keliru. Setan akan turut keliru.

Sekian. Sila jaga diri.

3 comments:

bukankosong said...

blog tersimple habis

chop! aku pick blog ko

berbalik pd entry, besela xde idea, aku pun sama...tp tips aku, aku suka simpan dlm otak aku key point pe nk update nnti..so adala yg bule update

lately jrg nk letak/ entrykan pasal diri sendiri

shandye. said...

sebab itu aku sering usung buku nota kecil atau telefon bimbit ke mana2.

buat nota ringkas takut lupa.

sebab acap kali depan laptop otak rasa kosong.

tapi kalau lagi sedang sibuk, idea datang bergulung-guling. cibs sgt.

=)

Pisey said...

bukankosong ni kosong?
Haha. Simple sebab aku tak sempat nak add link apa semua lepas main edit buang tahun lepas. Simpan otak tak jadi. Aku cepat lupa bab cenggini. Spesis nak marah, tak jadi nak marah. Kenapa profile private? Ish.

shandye
Huhu. Dulu pernah buat macamtu. Bukan untuk blog lah, kira memang aku berbuku nota ke mana-mana. Sekarang dah tak. Tak sempat.

Setuju pasal lagi sibuk lagi banyak idea tu. Sebenarnya bila sibuk rasa nak meletup, jadi kena buat sesuatu. Tu je. Haha.