Aku tak sangka mandi pantai yang bersih selepas bersubuh, bersarapan pagi semalam akan jadi momen paling seronok untuk bulan ni. Mungkin paling seronok untuk 2013 yang mengengsot laju ni.
Satu jam setengah bergelak tawa tanpa henti sambil telan air masin, berguling main pasir dan tenggelam terselam. Ini nikmat.
Sebenarnya aku rasa boleh kira dengan jari berapa kali saja yang aku pernah mandi pantai sebelum ni. Aku lebih suka kolam.
Terima kasih Kemaman.
Kadang-kadang kita lupa untuk melihat segalanya dalam gambaran yang lebih besar. Keindahan tak semestinya diteliti pada setiap kesempurnaan itu.
6 comments:
mula2 baca bersetubuh...huh?? owh bersubuh. mlm buta ni mata dh high nk tidur.
hurm i luv beach. kdng2 aku boleh floating lama2 kat tengah laut. imbangi badan, lapangkan tangan, tenung langit biru di atas, separuh telinga tengelam dalam air hanya dengar bunyi air berkocak je. tenang.
Sibuk duk tenung langit, aku tak sedar dah sampai ke tebing. End up aku tergolek hindustan berkali-kali sebelum kawan aku tarik diamkan. Hahaha! Kesnya aku pesan kat diorang jangan sampai aku hanyut ke tengah, bila ke tepi semua buat tak peduli. Naya.
San. I told u. Ni bekalan gembira kita. Ingat momen ni bila awak bersedih. (:
Aaaaa, tak cukup. (tamak)
Ha ha tukar nama jadi San.
Haha mestilah.
Post a Comment