Seminggu ni, aku tidur selepas waktu Subuh. Isnin je bangun awal lepas tidur dua jam sebab ada sesi temuduga yang rupanya cuma ujian tatabahasa bahasa Inggeris.
Aku sibukkan diri dengan laman sosial, mencari laman carian kerja untuk menyelit di ruang kosong, membaca tentang silibus ijazah sarjana dan semestinya main Clash of Clans.
Banyak benda aku nak cerita ni. Tapi sekarang ni aku mengantuk. Aneh sikit sebab baru pukul 1238am.
Jadi, selamat bobok semua. Moga mimpi tidak mengkhianatimu.
Mungkin lepas paparkan entri ni aku akan bangun basuh muka dan melayari internet di komputer riba. Mungkin. Kita tak tahu dan tak boleh nak jangka masa depan bukan? Walaupun beberapa minit.
2 comments:
all the best
Thank you(: mudah-mudahan.
Post a Comment