Telefon, merpati, telepati

Telepati ni asalnya dari gabungan telefon dan merpati. Iaitu cara berkomunikasi antara dua atau lebih hubungan. Interaksi melalui telepati cuma memerlukan hati yang rindu dan minda yang celaru sahaja. Lain-lain yang diperlukan ialah teruskan berharap yang mesej tadi telah selamat sampai. Sistem ini tidaklah memerlukan telefon, dan tidak pula memerlukan koordinat yang perlu difahami oleh merpati walaupun ia dipanggil telepati. Ramai sebenarnya yang menggunakan kaedah ini tanpa sedar kerana ia langsung tidak melibatkan kos. Akan tetapi tidak ramai yang tabah untuk terus percaya dan meneruskan dalam mengekalkan komunikasi cara ini kerana kesamaran status mesej yang dihantar sama ada diterima ataupun tidak.

Sekian, terima kasih.

No comments: