Jejak tengah Kota Bharu sebelum Subuh tadi sejuk betul. Konklusi mudahnya memang sepanjang perjalanan pun sejuk. Waktu berhenti jam 2 pagi kat Merapoh tu sejuk sampai aku rasa perlu makan nasi, tapi aku bukanlah lapar mana dan sangat malas jadi cuma minum Milo O suam.
Tiga beg galas, satu beg besar dan satu beg tangan. Manakan tidak aku jadi perhatian pakcik teksi dan prebet sapu yang bersepah di muka pintu bas.
Aku berjalan hampir 200meter dengan tangan penuh dan mengambil tempat duduk di anak tangga luar bangunan syarikat telekomunikasi negara. Mujurlah ayahanda tak guna masa yang banyak bergegas datang ambil aku. Masa tu aku baru je duk main Gegula Pecah nyawa pertama, sesudah menghabiskan roti berperisa stoberi yang baru.
Masa nak makan roti tu, aku tak fikir panjang pun nak makan roti jagung atau stoberi dahulu kerana seperti faktor yang menjurus tadi, sejuk. Dan perut aku lapar.
Dah dua bulan tak balik rumah. Kemain lagi perasaan mari ni datang. Tapi macam biasalah bila dah masuk bilik, rasa macam tak pernah seminit pun aku tinggalkan katil bertilam empuk ni.
Malam ni dah tarawih. Lepastu esok mula bersahur dan dah kena puasa.
Paling ohsem waktu berbuka lah nanti. Teehee.
No comments:
Post a Comment