Bercakap tentang Tuhan

Jujurnya walaupun sudah berniat, sudah meminta ampun, sudah mahu menjadi lebih baik dan cuba berusaha ke arah lebih baik, tetap juga tersungkur pada masa-masa tertentu. Sakit. Pedih. Kalau tak alami sendiri aku tak rasa sesiapa pun boleh cuba selami perasaan bila iman turun naik macam roller coaster ni. Kalau ini ujian Tuhan, teruk sungguh perasaan itu. Tak tahu nak salahkan syaitan yang berjaya goda aku untuk terus lalai dan berdosa atau salahkan diri sendiri yang lemah dan masih lemas.

Lebih berdosa bukan dalam keadaan sedia tahu dan berilmu, tapi masih bermain tarik tali dengan Tuhan? Going back and forth while dealing with God. What kind of slave are we? What kind of a person am I?

Jadi baik kepada orang tak semestinya baik sepenuhnya di mata Tuhan. Jadi baik di mata Tuhan juga tak semestinya baik sepenuhnya di mata orang. Hukum subjektiviti yang kamu sendiri perlu selam dan faham sebenarnya. And what you choose to be. What you choose to do. What you choose to understand. What you choose to live.

Dosa, pahala.

I just don't want to die swimming in my sins.

Mati-kan aku dalam pelukan Mu, Tuhan.

2 comments:

alfsfr.ali said...

Iman kita manusia biasa ada naik ada turun. Allah Maha Adil. InsyaAllah Dia akan lihat gigih perih kita bangun selepas terjatuh. Yang penting doa, usaha dan tawakkal. Man jadda wa jadda (aku tak sure betul ke ejaan melayu aku utk phrase arab ni:D). Amin...

Pisey said...

Alip
True, indeed. Ha betul la tu ejaan haha. Usaha tawakal. Nak kena belajar lebih tabah. Thank you :)