Cuma cerita pasal menyalak, comelnya anjing dan pegang anjing

"Wuff! Wuff!"

Siapa yang kenal bab gila aku tentu tahu betapa terernya aku tiru salakan anjing. Sampaikan kalau kau tak tahu tu bunyi dari mana, kau akan fikir ada anjing betul kat sebelah.

Tak la. Aku bukan anjing.

Kat hostel dulu sorang kawan kalut berlari tutup pintu bilik lepas dengar bunyi salakan hahaha. Waktu ni aku duk testing suara ngan membe lagi sorang. Saja main-main. Kawan yang berlari kalut tutup pintu itu turut dibantu oleh lagi sorang kawan yang join kalut, tahan pintu.

Yang lain-lain termasuk aku tercengang tanya kenapa? So kawan pertama jawab "Saya dengar bunyi anjing la dekat sangat. Takut!". Kawan kedua pula jawab "Saya tengok dia kalut runsing tutup pintu so saya tolong la sekali."

"Hahahahahahahahahahahahha."

Masa duk Alam Impian, kakak aku selalu suruh aku sound anjing rumah depan tu sebab suka buat bising. And it works. Buat suara lagi garang. Sebabnya suka menyalak tak berhenti dan tuan rumah dia buat dunno je memanjang.

Aku pernah belai dan pegang dan tepuk-tepuk anjing masa kat Rome. Nama dia Mona. Spesis yang saiz agak besar. Kalau duduk kat kerusi, dia macam paras bahu. Kalau berdiri memang kepala dia kat pinggang. Aku lupa spesis apa. Kalau google aku rasa lebih kurang golden retriever.

Saja je tulis entri ni. Aku rasa anjing ni macam kucing. Comel.

Anak saudara aku si Imran tu selalu je nak pergi pegang anjing sebab dia kata comel sangattt.

Berbalik kepada bab pegang anjing tu. Masa tu terpaksa. Sebab satu Mona paling suka bergesel dengan aku berbanding kawan-kawan yang lain. Masa tu menyewa kat homestay tu, travel berlapan; 6 perempuan dan 2 lelaki. End up aku 4 perempuan yang kena bergilir kawal Mona setiap kali nak lalu masuk rumah.

Anjing yang agak cerdik. Hari pertama sampai je dia menyalak bukan main. Lepas tuan dia dah kenalkan kitorang kat dia, rileks je dia. Tapi terlebih pula manja nya. Tiap kali sampai, aku kena rapatkan diri ke pintu pagar sebelum diorang ni buka kunci. Kasi dia bau dulu dan berhenti menyalak. Lepastu nak kena jalan perlahan-lahan,stop bila dia pusing-pusing bergesel. Jalan lagi sambil yang mana takut dengan dia jalan jauh-jauh cepat masuk rumah.

Mona, Mona. Tuan rumah kata dia bagi nama tu sebab manja. Dan maksud nama tu bukan benda yang elok. Dan kitorang tahu lepas dah nak balik. Haha. Dek duk sebut-sebut sangat mona mona tu berhari-hari sambil cuba ajuk cara tuan rumah sebut, sampai sekarang kitorang kalau jumpa duk sebut:

"Mow-na. Mow-na." Rindu juga.

No comments: