Macam terbiasa dengan babi!

Sejak kebelakangan ni aku punya mulut macam ringan je nak sebut "Babi!" "Babi la!"

Padahal benda normal yang dipakai kalau aku berseorangan driving dan bertemu pemandu biadap adalah perkataan bodoh.

Benda ni macam satu perkara yang merisaukan. Jumpa babi pun aku tak pernah. Jumpa orang bodoh, bengap atau low common sense dah selalu.

Aku kena rajin istighfar dan berselawat bagi menangani masalah ini.

Bulan lepas selepas menonton beberapa recording Muslim people pegang anjing, ada kemahuan nipis untuk membelai haiwan comel berbulu itu. Though I must say, aku tak tahu kenapa aku selalu cakap bulldog comel bila tengok kat tv. Bila ditanya aku jawab comel giler sebab dia huduh. Ironic.


No comments: