Ku lari ke hutan, ku terjun ke laut

Ada kalanya kehidupan sungguh menggembirakan dan membuahkan syukur yang panjang. Ada kalanya kehidupan merusuh dan hampir saja padam nyawanya.

Turun naik iman.

Dulu, aku tak pernah berasa susah untuk sujud ke Tuhan. Bukanlah aku tidak lagi mempercayai Yang Hak. Cumanya dari segi praktikal, pengetahuan agama yang ada seperti cuma sebuah ilmu. Amalnya ke laut. Dan perasaan ini sangat berat.

Kita hidup dalam apungan rasa dan informasi yang kita kumpulkan sendiri.

Ada orang dia boleh positif 24-7/365.

Kalau tanya aku, dalam seminggu mungkin ada satu dua hari yang aku rasa boleh tahan. Jadi sebulan ada 8 hari, darab 12 jadinya purata hari elok aku cuma 18%, mengalahkan markah addmath aku waktu di Tingkatan 5. Kalau di Tingkatan 4, 18% dah cukup banyak kerana selalunya aku cuma dapat bawah 10%.

What are my goals? Persoalan sama.

Aku bukanlah manusia yang mudah nak meletakkan fokus cuma pada satu benda, melainkan ia tentang manusia seperti seorang kekasih atau seorang muse. Yang itu aku cuma boleh ada satu. Untuk hal lain, sekejap aku nak menulis, pandang kain pasang aku rasa nak menjahit, pandang handphone rasa nak usha youtube dan sebagainya.

Kalau aku teruskan menaip ni macam-macam perkara pula bakal timbul. Eloklah aku beradu dulu.


No comments: