Akhir-akhir ini saya ditimpa sakit. Mungkin Tuhan sedang memberi peringatan yang saya sedang lalai dalam beberapa hal. Saya agak terpukul kali ini. Macam jadi punching bag dah rasa. Sebab tumbukan yang kena macam bertubi-tubi kau tak sempat nak sedia konon nak tempis serangan-serangan tu. Bermula dengan demam diikuti sakit kepala yang memberat untuk dua hari. Pulih saja yang itu, sakit gigi pula. Sakit wei sakit gigi. Awak ingat tak sakit ke?
Sakit gigi sebelah kanan. Kendian esoknya sakit gigi kiri dan kanan. Seharian makan bubur nasi. Tidur empat jam tak sedar apa. Sebabnya perut lapar tapi tak boleh makan banyak sebab letih dan sakit mengunyah. Esoknya, cuma yang kiri saja sakit. Tapi tekak pula mengada-ngada tahap kritikal. End up saya makan strepsils sampai lebih dos. Tapi alhamdulillah sebab demam dah tak ada. Sakit kepala dengan selesema lebih teruk. Nak bernafas pun susah.
Thought everything dah at ease. Tapi salah sama sekali. Batuk pula menyerang. Menjadi-jadi sampai sesak dada. Lelah. Dan risau. Heh. Tak pernah kena batuk dengan teruk. Sakit tekak kali ni macam ada pisau kecil yang masa zaman kecik dulu kau beli seposen satu tu. Ambil dalam dua tiga bilah letak dalam lagi dari anak tekak. Kasi melintang, tegak dan serong kedudukan setiapnya. Biar saja duk situ. Rasa macam shit. Ah, memang shit. Tahi betul main dengan bahasa buruk macam ni. Macam ada bau busuk je. Ceh.
Nak dijadikan cerita (ewaahh), sejak sakit-sakit ni saya jadi kurang tidur. Sebab yelah kalau baring bila selesema kan tak selesa. Terbangun awal tengah-tengah malam/pagi dan sebagainya. Agak-agak ni caranya Tuhan nak ajarkan saya supaya saya tak tidur lepas Subuh kot. Heh. Yang lemak berkilo ni entah bila nak lesap entah. Ye saya seorang yang mengada dan banyak cakap. Tapi banyak cakap sorang-soranglah. Jadi awak jangan risau sangat.
Sebenarnya risau. Sebab tu tulis sini. Ubat batuk klinik dah habis sebab mula makan dari hari demam lagi. Tadi dah beli ubat batuk woods. Tengoklah apa kesan. Strepsils, woods dan fisherman's friend tablet pun dah penuh dalam beg buat ready untuk kes-kes kritikal dalam kelas lecture. High dose lozenges apa kesan ah? Malas nak gugel.
Kawan-kawan saya marah saya cakap banyak. Diorang suruh duk diam-diam. Tapi saya pun tak faham kenapa makin sakit makin nak cakap banyak. Takut mungkin. Tapi memang peti suara ni kejap on kejap off. Kalau saya mengilai pun dah bunyi macam ayam tercekik tulang sendiri. Nak buat suara gaya macam pondan mengorat abang-abang tuff pun boleh. Rasa macam hebat pun ada bila layan lagu-lagu rock kapak dulu-dulu. Time driving dengan kawan-kawan tadi bukan main saya melalak suci dalam debu. Macam peh.
Oleh kerana saya degil, maka saya memang masih nonstop bercakap walaupun suara dah macam entah apa-apa. Sakit jiwa juga bila nafas rasa oke dan tenang cuma bila waktu perform solat. Waktu lain macam nak kena tahan batuk sampai sesak. Pastu rasa macam batuk tak lepas. Rasa macam nak sedut ubat asma pun ada. Sedap tak eh? Oke tanak. Gigi pun belum habis buat hal ni.
Bai.
No comments:
Post a Comment