Menjaga hati orang lain tidak seharusnya menjadi sesuatu yang begitu menyukarkan. Untuk kau hidup ke tahap etika kemahuan orang lain yang melebih-lebih itu sebenarnya yang menyesakkan jiwa.
Kita masih dalam perlumbaan mencari identiti diri. Mencari diri dalam orang lain. Mencari sama di setiap beza. Mencari kekasih dalam mata sang Pencipta.
Aku masih menggenggam takut dalam kepal yang kemas. Kalau-kalau ada yang ingin bertumbuk silakan beli punching bag sendiri. Aku sebenarnya sedang berkira-kira untuk punya satu.
Kalau ada kelahiran lain, aku mahu hidup sebagai seorang lelaki.
No comments:
Post a Comment