Jerih

Terlalu banyak perkara yang mengusik jiwa. Terlalu banyak juga yang menyeliratkan saraf otak yang sudah cukup gigih berfikir tanpa henti.

Aku ini kadangnya penuh sampai melimpah. Tapi banyak kalinya aku ini kosong bila kau goncang atau cuba untuk perahkan apa mahu.

Manusia banyak kalinya tersungkur menjadi bodoh bila bertemu beberapa perkara yang menggugat. Hilang akal, hilang punca.

Walhal kita tahu segalanya dari Dia dan akan jua kembali pada Dia.

Cukup; untuk dipegang sampai mati.

2 comments:

busuk said...

hai. saya suka org yg misterius. hehe. awak tahu, saya sgt stress di sekolah. budak2 bukan semua yg mahu belajar dan mereka sgt bising, tak dgr kata. lagi2 budak cina. balik sekolah je migrain. kdg2 saya rasa fed up la. tp pejam celik, dah sebulan saya mengajar. kdg2 rasa ok juga sebab bukan semua berpeluang jadi pendidik. kan? mak saya selalu pesan, jadi pendidik pahala besar. only that would make me feel better. sorry membebel. i feel like talking to mysterious ppl sometimes :)

manusia yang paling misterius sangat wangi said...

hai awak. hidup kan challenging(betul tak eja ni cikgu?), sebab tu saya pilih untuk jadi misterius. hehe. orang busuk-busuk masam ni selalunya akan terus saja membusukkan sekeliling. at times dah masam sangat memanglah parah jap. tapi sebab awak ada kawan yang wangi lagi misterius jadi hidup tu ada warna-warna jugalah. saya pun boleh jadi busuk-busuk sikit kadang-kadang.

(;