Entiti

Ada ketikanya kita berasa sungguh pilu, seperti yang diumpama ditusuk sembilu, bahkan lebih parah kerana yang dipancang ialah hati, bukan cuma jari.

Dalam hidup ini, essence paling utama ialah untuk berlaku jujur dalam setiapnya. Betul, jujurlah.

Jujur yang bila kau rasa gembira, bergembiralah. Jujur bila kau rasa itu yang perlu dilakukan, maka buatlah. Jujur dengan hati yang bila kau penat dan sedih, maka berehatlah. Jujur pada diri yang senantiasa benar terpacak seorang menghadang percikan tohmahan masyarakat yang tak memahami, asalkan kau jujur pada Tuhan.

Kau tahu kan dunia. Dunia tak pernah rasa cukup untuk meminta. Kalau kau jadi dunia, kau juga takkan penat menjerit mahu macam-macam permintaan.

Impikan syurga? Berbaik-baiklah dengan Tuhan.

Ikut logiknya Tuhan tentu tahu bukan apa yang kita mahu, segenap isi hati kita yang ada. Tapi masih kita perlu pohon dari Dia. Kerana itu usaha yang menggolongkan kita pada paras/tahap mana.

Kadangnya mahu menangis, tapi esakan cuma dalam senyap sendiri-sendiri. Tak mengapa bukan-

Dia kan ada.

26April, tamat sudah sesi praktikal aku. Aku ada habit/sindrom menggelabah bila hidup ke transisi baru. Menggelabah mengada sorang-sorang. Depan orang tunjuk macho.

No comments: