Usaha untuk mengurangkan kadar ambilan kafein tidak pernah berjaya. Tak pernah mencapai kejayaan tipis pun sebenarnya dalam bidang yang satu ini. Nyamuk-nyamuk yang menyentuh manja ini benar mengganggu keadaan jiwa yang sedia rusuh tak tentu hala.
Hal berkaitan duit, duit, duit, kerja dan tanggungjawab memberatbebankan diri sesiapa sahaja yang berfikir tentangnya. Kenapa sebenarnya kita perlukan duit? Kalau boleh pakai kasih sayang kan untung, aku memang seorang yang pengasih. Heh.
Sebenarnya aku mahu meletakkan perkataan Tuhan di baris paling atas yang tertera pada catatan hati. Kerana Tuhan, memang sepatutnya menjadi entiti paling dekat yang akan senantiasa mengekalkan kedudukan teguh di dalam sini. Sepatutnya, ia kewajipan dari azali.
Kau pernah tahu atau rasa tak bila dalam situasi paling mahu ke Tuhan, tiba-tiba nafsu untuk berpaling tu dasyat menggila syaitan duk dodoi manjakan. Perit.
Telah wujud beberapa ketika yang baru meninggalkan, mengkhuatirkan pegangan aku dalam beberapa hal. Gerun.
Kaget bila tiba-tiba sepertinya aku ini mula beransur hilang dari dunia sini.
140312
2 comments:
boleh tahan juga penulisan kau. aku suka cara susunannya. penggunaan perkataan yang ringkas dan menyenangkan. apa kau sebenarnya penulis?
Aaa, kalau kau labelkan orang yang suka pegang pen dan kertas lepas tu merapu tak tentu hala tu penulis- aku salah seorang.
Trimas!
Post a Comment