Sebagai manusia, kita suka menyusahkan diri. Bila diberi pilihan, mula-lah nak kata susahnya nak memilih. Bila tak diberi pilihan, mula-lah nak cakap ini semua tidak adil, tidak adil.
Konsep karma aku dah malas nak percaya. Buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat. Tu semua konsep yang boleh diguna-pakai bila dengan Tuhan saja. Dengan manusia, jangan sesekali nak percaya secara buta dan tuli kalau kau sayang nyawa.
Kerana jujurnya semua orang akan menyakiti kau. You just need to find the ones worth suffering for. Bukan aku kata, Bob Marley yang kata.
Ada kawan-kawan yang sedang sesak, terhimpit masalah yang tak berkesudahan. Ada kawan yang pergi, ada kawan yang datang. Ada kawan yang sibuk bercanda-mesra. Ada kawan yang baru bekerja. Ada kawan yang sibuk bekerja. Ada kawan yang berhenti kerja. Ada kawan yang mula belajar kembali.
Aku sedang bergiat mencuba sesuatu yang akan mengubah cara hidup aku ke jalan yang baru. Moga keputusan ini mendatangkan baik yang molek-molek sahaja.
Ringkasnya, aku kini nekad cari kerja. Menganggur cuma seronok bila ada duit. Percayalah. Jiwa anak muda macam aku ini bila duit menipis kalut semacam juga. Mana mampu nak tanggung kegilaan dan kemahuan yang menggila.
Bigbadwolf pun aku tak mampu nak jejak. Khuatir dirasuk roh-roh yang mampu menghasut aku berbelanja hingga ke ratusan ringgit.
Sekian, laporan terkini.
No comments:
Post a Comment