Sebak

Kalau boleh, aku tak mahu segala beban rasa yang aku tanggung ni orang lain tahu. Biarlah aku mengharung segala tujahan bertubi hari-hari yang sudah pun berlalu itu sendirian. Tetapi aku tidak lagi dalam golongan yang mampu bila kau cabar tahap kemanusiaan aku, kawan.

Jadi aku berkongsi cerita dengan beberapa teman yang menadah.

Maaflah. Aku harap Tuhan tak kategorikan yang ini sebagai dosa yang berat. Cukuplah apa yang dah sedia ditanggung.

Kalau dengan situasi sekarang ini mampu buat kau tenang di sana, aku sudah tak kisah sangat. Selaku pemilik hati yang lembut, masih berbaki sakit pada luka yang berparut sudah. Bukan salah kau bila kau tak mampu menghadapi aku waktu itu.

Begini pun boleh sebak. Kerna sepatutnya keadaan tidak perlu seperti ini. Ia sepatutnya sudah selesai, mudah- tanpa perlu dihentikan.