sudah bosan

hidup memang begini. apa perlu kau sangsi lagi keberadaan kau? walhal kau yang selama ini mengagungkan diri kau sini sana dek kebanggaan meluap berasap itu.

aku pula. aku benar payah sekarang ini. aku goyah. tiangku gegar. hati aku sakit. jiwa aku kacau. perisa-perisa tak enak menyinggah saling.

detik berlalu dirasakan hambar. aku benar mahu jerit. teriakkan segala mahu aku. tapi pada siapa tiada tujunya. tangan ini terhayun bebas, longlai seorang. tiada digenggam.

aku mahu penunjuk jalan. aku mahu menunjuk ruang. berkongsi lelah. hadiahkan telinga mulut bagai buat seorang kekasih yang sama merasa. merindu yang lama pergi mungkin.

tidak hanya ingin di situ. tidak hanya ingin di sini. aku bermahu segalanya. ya, aku tamak. maaf.

sakit. harapan digilis berulang kali. merosakkan menghancurkan terbiar parah. aku hanya seorang aku. yang gemar bermimpi siang dan malam.

angau bukan? ini aku. jangan disalah tafsir pengamatan. mencoret ini benar buat tekak ku berpasir bertahan apa perlu.

sudah bosan berhidup beginilah. apa perlu aku tambah jelas lagi?

bosan.
aku hanya mahu merengek manja di celahan bahasa itu.
itu saja.

bukan menempel gedik di segenap ruang yang ada.

it's a fact

antara fakta yang aku jumpa bila terjah blog sendiri tengok2 soalan tag dulu2.

what's the first thing you notice about the opposite sex?
bila menatap electromagnetic punya panahan mata yg menusuk ke jantung membuatkan aku tak dapat bernafas dengan turun naik yang sempurna. aku tahu dia lelaki.

what is your natural hair color?
hitam mutu keunggulan.

when do you know its love?
bila aku kata mahu. bila aku tak keruan. bila aku agh!! tarik2 rambut hensem.

soalan paling mencabar;

do you know how to pump gas?
tak. belum pandai. tahu tengok je. em.

lesen P dah lama kot tinggal.
isi minyak tak pernah2.

speechless

untuk berhidup dan meneruskan hidup adalah suatu nikmat kepuasan. untuk punya rakan ketawa dan menangis adalah suatu anugerah. untuk punya waktu pada diri sendiri adalah suatu kepentingan. untuk memahami manusia lain adalah suatu kelebihan.

dulu aku benar gemar menghabiskan masa dengan merancang itu dan ini bagai nak rak. tapi aku rasa to be able to live to the fullest untuk masa kini itu lebih menyeronokkan. orang kata lebih fun mungkin.

malam semalam keluar melepak meraban tanpa arah tuju dengan rakan-rakan. ke alamanda; bought a book at mph and makan at noodle station. kendian 'menembak' di kawasan tasik putrajaya.

aku utarakan pendapat hati tentang hidup;

'aku rasa hidup aku sekarang macam best ah. hari2 aku rasa lain benda aku duk layan. cam tak bosan sangat. dulu2 aku selalu fikir hidup ni mundane'

'aku pula rasa hidup aku kalau cukup benda tu je mesti fun gila dah'

'apa dia?'

'duit!'

heh. so true.
=)

happy living everyone.

expressing

roomate aku semua sambung tidur lepas mentenyeh dahi cukup2 subuh tadi. dah lama tak dapat situasi seperti tadi.

aku suka sunyi begini. aku yang ketiduran agak awal iaitu jam 2am mungkin sudah tiada hati nak sambung lena setelah usai membelek lembaran ayat suci dan terkumat kamit menghabiskan beberapa surah tadi tersentak lepas habis baca ar-rahman.

tiba2 rindu zaman itu. zaman bermaharajalela membawa watak seorang perempuan melayu sopan di situ bertahun2 lalu. watak aku sendiri yang aku rindu. watak yang aku rasa orang akan angkut buat bini terus.

aku kenyang dengan suapan segala bahasa pagi ini. terlalu banyak manusia yang hebat rupanya berblogging. heh. boleh gila aku nak buat entri 10.7km panjang untuk simpulkan segala perisa hidup, lohong jiwa, redup hati, mental obsesi dan berbagai lagi.

ada yang aku baca laju2. ada yang aku baca sekali tak faham jadi baca 5x simpan dalam2. ada yang aku baca sambil geleng2 comel dan angguk2 bersemangat. ada yang aku komen senyum2. ada yang aku komen otak aktif. ada yang aku komen sekadar nak say hi.

cik ipah (nama manja yang aku je panggil), terima kasih kerana masih tertidur berselimut di katilmu. ini laptop dan broadband saya conquer tak bagitahu tapi saya tahu awak tahu sebab tadi saya dah cuba terjah alam mimpi awak.

terlalu banyak yang aku nak catatkan. terlalu banyak yang aku nak ekspresikan di sini. tapi aku rasa tak mampu sebab terlalu banyak juga. dan bila tak menaip, jadi lelah semacam pula sebab dah addicted dengan mencoret bagai di sini.

minggu depan aku akan berpulang ke negeri tercinta. aku plan nak stay situ saja sepanjang cuti hampir 2bulan. tapi aktiviti cuaca tak menentu dan banjir mungkin akan membataskan aktiviti aku. tengoklah. mungkin akan berulang alik ke shah alam.

ah. ada orang nak belanja aku mesin jahit tak? boleh aku senyap2 dalam bilik je bila rumah tak ada orang dan hujan lebat begitu. boleh saja nak beli sendiri. tapi nanti ayah pelik lagi hairan pula fikir banyak ragam betul anak bongsu dia ni.

heh. hidup is a matter of choice.

rasa yang kita semua rasa

aku hanya ingin ada di situ,
bila kau perlu aku.

dan aku juga harap kau senantiasa ada,
bila aku mahu.

kerna rasa ini tidak pasti,
buat aku goyah dan gigil saja.
rasa mahu mati,
bila kau mahu pergi.

maaf.
tak bermaksud untuk aku belot pada si hati,
tapi jiwa aku sedang memberontak.
minda aku tidak keruan.

dan aku tahu,
tahu sangat,
siapa aku di mata kau.

hanya berwatak picisan jalanan,
yang bisa kau angkut dari mana kau suka,
bila mana kau mahu saja.

maaf,
aku harus tinggalkan sini.
aku takut,
takut ditinggalkan dulu.

tapi benar,
hanya ingin di situ.
di satu sudut hati kau,
biar apa pun tiada.

boleh?
=)

aku coretkan ini di suatu kesempatan lalu.
dan masih segar rasanya buat tatapan mendatang.

+note+
agh.
faris.
i miss you already!

babai budak2 ngada2






dearest;
icha and faris.
kakak n adek.
gelenya n uduh.

stay nakal.
stay hyper.
will be missing both of you amat2.

aku rasa nak kena gelak mengilai hari2 nanti cuti ni.
dan elak berada di sini mungkin.
might be staying in kota bharu for the whole cuti.
bimbang aku jerit panggil faris uduh ngan icha gelenya berdua ni pula tiba2.

sila amati beberapa snap budak2 ngada2 yang ada ini.
sila dalami setiap detik dan riak ekspresi setiapnya.

dah boleh faham sikit kan kenapa aku dah rindu ni?
heh.

malam ni insyaAllah aku hantar mereka dan abg f.
study jom!

Tuhan.
tolong aku kuat.

abu raihan dan pilihan

entri ni khas untuk abu

satu sekolah dengan aku di mrsm pengkalan chepa dulu
lepas sekolah baru jadi kawan tak tahu macam mana
tak pernah atau pernah tapi langsung tak ingat bercakap face to face
dia ada blog, ada fesbuk

dia suka cakap aku suka buat karangan kat blog
antara kenapa entri aku compared to months2 ago semakin ringkas, pendek adalah sebab dia suka membebel cakap entri aku panjang dia lenguh nak baca
padahal aku yang malas taip panjang2 dah

dah lama dia tak komen kat sini
asyik2 silent sahaja
tapi entri aku kat bawah tu dia komen.
aha.

ni je nak taip
dia kutuk aku buat karangan kat fesbuk tadi
jadi aku cakap aku nak wat entri tajuk 'abu'

aku dah ngantuk
sepatutnya dari tadi harus study
tapi tak study

paper 7hb 1230pm manufacturing process
tapi area 1am 7hb tu my niece and my nephew and my bro in law akan terbang bersama burung gergasi merentas lautan ke heathrow sana untuk menemui cinta hati mereka iaitu kakak saya yang sibuk nak jadi student macam saya di warwick sana.

kalau tak pergi, jumpa a year later sebab tahun depan saya kalau boleh nak jimat tak mahu travel jauh2 padahal dalam hati semua negara rasa nak terjah.

ah.
ini semua tentang pilihan hidup

'adek pergi hantar budak2 tak?'
'.......tengok la dulu'

*diam*

serius, pernah kau rasa ini?

have you ever felt so upset that you'd rather die than facing the reality?
felt so afraid of losing yourself?

sila terjemahkan sendiri dalam bahasa melayu.
dan jawab aku;
'yes/no'
'pernah/tak pernah'
'entah/tak tahu'
'tak faham/??'
pilihlah.

dah2,
aku nak prepare pergi exam 'op-amp' jam 9am ni.

tahu 'op-amp' tu apa?
aku rasa aku perlu tahu,
dah kemas2 dah study bermacam rumus bagai.

habis exam lah aku cerita kalau ada tak tahu,
babai.

dah tak haus lagi

enche dreba dan rumate gua bersama henfon masing2, air masing2, roti, 2 henfon gua
yang kacip, kunci kereta ferrari merah, straw air gua.


aha.
kalau ayat secara bermadah,
'impian aku menjadi kenyataan'

kalau ayat nak lepak,
'hahahaha'

boleh faham apa aku nak cakap?
baru tadi aku mengomel comel pinta orang belanja bawa lepak mana-mana.

belum sempat aku offline dan lelapkan mata;
'lu free?'
'yaps!'

mocha blended coffee meresap penuh ke dalam jiwa.
rasa lebih tenteram bila dapat dadah begini.
lagi2,
benda free kan?

terima kasih pak!
nanti gue minta lagi.

ni hasil tangan gua gatal2 rindu lama tak jumpa olym2 sendiri.
aha.
yalah.
beberapa malam lalu olym2 jalan2 pergi rumah pena tinggalkan gua.



malas betul lah nak setadi.

*bersiul*
la la la la la

nak tahu sesuatu?
ada seorang budak perempuan duk menempel kat aku ni.
dahla sama-sama pakai baju kelawar.
konon nak manja2 la kot.
dia yang suruh taip ni.
hah!

si rumate sorang lagi pula duk makan comot2 depan aku.
dengan uniform pemain tenis.
heh.

'macam mana rupa gaya kawan aku tak kisah, asal jiwa masuk ngan aku.
jangan biadap je'

aku nak membebel

bukan senang nak jadi manusia ni.
kena bertanggungjawab nak bawa diri berhidup baik.
kau ingat senang macam membuang dalam jamban?
yang tu pun kena pakai otak gak.
jangan la duk tinggal sisa merata-rata.

s*al gila.
ingat jamban tu reban rumah kau agaknya.
tapi kau ayam ke?

nasib la semua tak tahu siapa punya kerja bangang gitu.
tak padan ngan perempuan.
agh.

meluat weh.
sekarang ni nak buka pintu jamban pun berdebar semacam.

shower pun apa kurang,
darah2 ni jangan buat main,
nak aku asapkan taruk limau sekali?

aaaaah.
aku stress ngan math ni.
persekitaran pula macam ni.
esok operational-amplifier linear circuit pula.

eh, ntah betul tidak nama subjek tu.
selalu panggil op-amp saja.

ada siapa2 nak belanja aku lepak mana2?
jom.

malas aku cool-cool camni

serius aku parah ni. kenapa malas sangat nak belek math ni?

ni mesti kes tadi jawab paper cool gila. mana tak cool. sejuk semacam dewan tu. ah. kalau aku demam ni memang aku pergi buang penghawa dingin satu dewan tu. biar berpeluh semua macam lepas main ragbi.


SOVA
homogeneous DE
non-homogeneous DE
exact DE
1st and 2nd order DE

laplace
laplace transform
inverse laplace

fourier

hafal tajuk je boleh?

dah2.
jom pergi restoran depan bawak setin sardin masing2.
baru urban.

semua doa aku lulus math II ni.
jangan duk tiru ejat tuh.
huh.

ini semua tentang pilihan

hidup tak selalunya indah.
halangan,dugaan juga antara perisa2 yang ada dalam hidup kau, aku dan kamu2.

jangan kau anggap hidup kau terlalu bahagia,
atau meratapi kekurangan yang kau punya.

Tuhan itu Adil.
Dia tahu segalanya.
dan jangan kau persalahkan takdir pula.
bila kau yang malas berusaha.

live well or live hell?
you choose
-hlovate; rooftop rants

kau pilih.
dan oh ya.

bila mana kau juga di antara manusia yang selalu, jarang2, kadang2 atau mungkin tak pernah melakukan kesilapan dalam membuat keputusan hidup, aku ucapkan selamat maju jaya untuk segala yang mendatang.

hidup setentunya dan selalunya merupakan tentang pilihan. sama ada pilihan hidup atau jalan hidup yang kau wujudkan itu baik atau buruk, itu terpulang kepada diri kau dan mereka untuk menghakimi atau terus saja menghukum.

diduga dengan pelbagai huluran bagaikan syurga ataupun dilontar caci seperti di neraka terasa akan membuatkan kau ragu dan payah untuk berfikir telus membuat pilihan dalam hidup. hidup ini suatu konteks yang luas. terlalu berjela untuk aku ulas di sini. kalau kau masih bernyawa, itu namanya kau masih hiduplah.

semalam aku memilih untuk terlebih makan kerana nafsu yang hampeh dan membuatkan perut aku upset hampir gastrik. kendian aku tunaikan hutang isyak jam 147am dan bersolat mohon hajat berdiri lama berbaju kelawar berkain sembahyang bersujud sembah di bilik jiran kerana rakan2 roomate masing2 sibuk menelaah melayan radio dan bermakan2 meriah.

dan aku masih di sini. merempat di bilik sebelah. berehat seketika dari menelaah subjek technopreneurship di katil empuk rakan yang lena dalam mimpi sendiri. subjek ini subjek final pertama; yang aku akan duduki jam 1230pm sebentar lagi.

sepertimana aku tahu jika aku memilih untuk tidur jam 5am tadi setentunya aku akan ketinggalan untuk mencium sejadah di awal pagi ini.

ah, sejuk sungguh udara di luar.

kerana terlalu berharap

di situ kau pernah ada.
tinggalkan satu lohong yang dalam.
aku sering berlegar,menanti.
mengharap kau di situ di kala terik mentari.
terlalu berharap kau ada hingga buat aku terlopong.
lalu terlena di kala malam.
namun kau tetap tiada di situ.

aku rindu.
*saket*

aku cilok ini kata2 from a blog tahun lalu. aha. so, kat sini nak minta permit sama tuan punya juga jika melintas di sini.

aku rasa ramai yang pernah lalui situasi rasa ini.
itu saja.
=)

dan aku juga.
pada zaman ribena.
keh3

ah,
sekarang pun masih suka minum ribena juga sebenarnya.

tapi apa-apapun
jangan pernah berhenti berharap
dengan harapan itulah kita dapat berhidup
walau seperit mana
walau sekangkang kera cuma

sekian.

nota kaki: tak tahu kenapa tulisan separuh jadi kecil. musykil2, aku mengecil?

suatu masa dahulu

suatu masa
aku pernah bilang aku gagah
aku pernah bilang aku kuat

aku pernah bilang 123 sampai 1juta kali
dan berkali-kali
bahawa aku ini ada perasaan
aku ini ada hati
aku ini ada otak
aku ini pandai berfikir
aku ini tak bebal
aku ini sangat hebat

suatu masa.
suatu masa dahulu.

tapi kemudian
suatu hari
kata2 itu bagaikan hanya kata2
hilang lembut dibawa angin bayu feminin
tertelan
tiada lagi diluah keras
hanya mampu melihat
merenung
menatap kaku
tiada bunyi lagi

tapi enak juga bila tidak berperasaan
tidak aku tenggelam dalam mana2 dilema
tapi
terbeban juga
bila dikuasai jiwa tak tenteram

nyanyukkah aku?
aku rasa aku ada terhantuk di mana2 ni.
dem.

ah.
macam mana nak hafal nak exam ni?
dah la semalam tak pergi maskara shorties.
huhuhu
gila tak tenteram semalam
nasib lepas ngap twister jap 4am
terus lelap lupa kekesalan

tak terungkap sebab lapar?

perasaan,
sukar diungkap.

tiada kata mampu ditutur.
pemilik hati yang merasa.

resah,
gelisah,
lalu terhumban.
terpana.

sekian.

"hei hei hei orang kampung semua", kata cik pisang.
(baca dengan nada hei3 hang jebat)

aku belum cuti lah!
baru nak final je ni.
tu semua imaginasi aku sebagai planning nak cuti la.
haha.
tiket pun belum beli.
doa mas n asia tak naik harga lebih 1rat sudah
ahakz.

gian nak makan kepsi ni.
alamanda jom!

p/s: siapa nak bawak aku??