Of big things and small things

Biasanya hujung tahun akan meninggalkan aku cuma dalam keadaan paling melankolik, ataupun dalam keadaan paling gembira. Tapi kali ini ia sedikit berbeza.

Banyak benda berlaku. Kebanyakannya perkara yang membuahkan senyum. Jadi palit tahi atau tusukan duri yang busuk, menggigit beberapa kerat itu aku dahpun lepaskan pergi. Tak berbaloi untuk dikenang fikir.

Awal tahun itu hari aku buat permintaan untuk cuba memuaskan hati manusia-manusia yang aku sayang sebaik boleh, terutamanya keluarga. Aku yang dari kecil tak berapa pandai nak bermanja ini telah menyusun setiap satu rancangan untuk berada dekat, untuk ada di setiap panggilan, dan cuba selami hati seorang-seorang dari mereka.

Aku juga telah berjaya melaksanakan beberapa rancangan untuk kawan-kawan yang aku suka, kawan-kawan yang aku kasih.

Aku ini dikurnia minda yang bertindak hampir seperti seorang lelaki. Tetapi aku masih punya hati seorang perempuan. Waras aku kekal, emosi aku diganggu.

Kadang-kadang bila membesar, kita lupa yang kita dulu pernah kecil. Pernah dekat.
Kadang-kadang bila dah tinggi, kita lupa yang kita dulu pernah rendah. Pernah dekat.

Hidup ini masih selamanya tentang pilihan. Aku sudah dewasa dan punya beban untuk memilih.

Aku masih mencuba untuk menjadi yang paling baik di mata semua orang. Kerana dari mata, kau boleh baca hati manusia. Ini juga satu pilihan.

Kerana aku juga boleh memilih untuk tidak mengendahkan segalanya dan mementingkan diri.

Aku mohon untuk semua-nya selamat saja. Amin.

Seclusion

Dalam mencari alasan untuk meneruskan keterlangsungan hidup, aku banyak menggelamun membuang masa seorang diri.

Aku perlu berfikir dengan lebih serius akan capaian masa depan yang aku mahu. Nampaknya kali ini aku tewas dengan keadaan yang sedikit menghimpit. Manja rupanya. Aku terlalu lama dilayan dalam situasi yang damai, jadi bila datang ombak besar hampir saja meragut seluruh mampu aku.

Seumur hidup aku, aku tak pernah merasa sesak susah begini. Tak terbayang aku akan penderitaan yang dilalui orang-orang yang memerlukan, terhimpit dengan keadaan.

Untunglah bila dilayan teman-teman yang sudi, keluarga yang menyayangi. Mungkin tanpa sedar aku ini kurang menghargai apa yang ada di sekeliling. Sibuk mengejar perkara remeh, sampaikan terabai perkara yang penting.

Aku ditanya kakak petang semalam. Sama ada mahu cari kerja untuk jadi kaya, atau mahu cari kerja yang selesa. Aku cakap mahu yang biasa-biasa, asalkan gembira. Dia tanya lagi, tak mahu jadi kaya kah? Aku kata tak. Cuma mahu selesa. Persoalan ini mendorong aku untuk berfikir dengan lebih giat sampaikan aku rasa mahu tidur dan peluk mimpi saja. Kadangnya aku boleh jadi eskapis tanpa sedar.

Aku perlu mengasingkan diri dari berada terlalu lama dalam keadaan selesa seperti sekarang ini. Aku perlukan ruang untuk aku menaja imaginasi untuk bergerak lebih laju.

Aku perlu maju, untuk mereka yang lelah memikirkan tentang halatuju aku. Perkara paling perlu untuk aku lakukan sekarang ialah mengambil hati ayah. Ayah sudah tua.

To be told

I wasn't great. I am just awesome.

True story.
Sebagai manusia, kita suka menyusahkan diri. Bila diberi pilihan, mula-lah nak kata susahnya nak memilih. Bila tak diberi pilihan, mula-lah nak cakap ini semua tidak adil, tidak adil.

Konsep karma aku dah malas nak percaya. Buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat. Tu semua konsep yang boleh diguna-pakai bila dengan Tuhan saja. Dengan manusia, jangan sesekali nak percaya secara buta dan tuli kalau kau sayang nyawa.

Kerana jujurnya semua orang akan menyakiti kau. You just need to find the ones worth suffering for. Bukan aku kata, Bob Marley yang kata.

Ada kawan-kawan yang sedang sesak, terhimpit masalah yang tak berkesudahan. Ada kawan yang pergi, ada kawan yang datang. Ada kawan yang sibuk bercanda-mesra. Ada kawan yang baru bekerja. Ada kawan yang sibuk bekerja. Ada kawan yang berhenti kerja. Ada kawan yang mula belajar kembali.

Aku sedang bergiat mencuba sesuatu yang akan mengubah cara hidup aku ke jalan yang baru. Moga keputusan ini mendatangkan baik yang molek-molek sahaja.

Ringkasnya, aku kini nekad cari kerja. Menganggur cuma seronok bila ada duit. Percayalah. Jiwa anak muda macam aku ini bila duit menipis kalut semacam juga. Mana mampu nak tanggung kegilaan dan kemahuan yang menggila.

Bigbadwolf pun aku tak mampu nak jejak. Khuatir dirasuk roh-roh yang mampu menghasut aku berbelanja hingga ke ratusan ringgit.

Sekian, laporan terkini.

Sebak

Kalau boleh, aku tak mahu segala beban rasa yang aku tanggung ni orang lain tahu. Biarlah aku mengharung segala tujahan bertubi hari-hari yang sudah pun berlalu itu sendirian. Tetapi aku tidak lagi dalam golongan yang mampu bila kau cabar tahap kemanusiaan aku, kawan.

Jadi aku berkongsi cerita dengan beberapa teman yang menadah.

Maaflah. Aku harap Tuhan tak kategorikan yang ini sebagai dosa yang berat. Cukuplah apa yang dah sedia ditanggung.

Kalau dengan situasi sekarang ini mampu buat kau tenang di sana, aku sudah tak kisah sangat. Selaku pemilik hati yang lembut, masih berbaki sakit pada luka yang berparut sudah. Bukan salah kau bila kau tak mampu menghadapi aku waktu itu.

Begini pun boleh sebak. Kerna sepatutnya keadaan tidak perlu seperti ini. Ia sepatutnya sudah selesai, mudah- tanpa perlu dihentikan.

19# - Sexy

Hello me

I'm hungry but I am too lazy to go downstairs and grab the leftover lasagne and throw it into the microwave for 30seconds. Now that I have said it, let's go and eat shall we?

I am not that lazy when it comes to eating.

18# - Be calm

To some extent of reasoning

There were times when you were caught thinking over the same matter again and again. And then you feel suffocated and lost. You got carried away with something else but the heavy thoughts stay. It's too heavy you can't seem to move even an inch. Perhaps you wanna blame the gravity for locking you to the ground. All you're able to do is to stare blankly at the ceiling. Looking at the rotating blade as if you could see through it and touch the darkness outside. You imagined the sky hanging up there with the stars. You wished to grab one but it's still too heavy to lift your hand. So you just stayed that way for a long time. Waiting for something to happen. Waiting and wishing for a miracle to appear and ease the burden. You befriend with the silence. You started to believe in things. Even things that seems like no way it could be real. You talked to yourself, because no one cares to listen. But someway, somehow you learnt that hope kills. You started to get tired to keep on living. You wanted to blame somebody but there is no one near to point. You started to disappear. You put the rules behind. You care less.

Then you realized that none of these make sense. So you stopped. You just stopped. Because that's what you've been wanting all these while. Sometimes, when you get too absorbed like this, you get frightened of yourself.

02:31, 061212
Aku tak percaya yang semalam aku menangis teresak-esak sampai tertidur. Aku hampir terlupa aku gugurkan air mata semasa berbaring menunggu tidur menakluk tubuh. Harini bila bangun muka sembab. Mata bengkak, lebih sepet dari biasa. Tapi sebenarnya aku ingat sangat apa yang sebabkan aku merintih tiba-tiba. Benda sama yang mengganggu gugat tenteram yang ini. Benda sama je sejak bertahun sudah.

09:22, 240812 

Peh, padu!

Aku perlu menjadi lebih padu. Supaya hidup terasa lebih padu. Contohnya bila nak cakap pasal kehidupan blabla, boleh cakap 'oh padu je life aku skang ni'.

Entah apa aku mengarut.