Tak stabil

Bila aku tidur cuma 3jam sehari dan selebihnya berjaga untuk beberapa hari, ada teman yang cakap hidup aku dah tak seimbang.

'Unbalanced life', katanya. I chuckled.
I said something like 'Hey I performed this great and now you said my life is unstable?'

Jadi dah dua hari ni aku tidur dan rehat hampir 12jam sehari. Balas dendam kat diri. And I wanna see how it goes. How it's gonna affect my life schedule again.

I've been thinking.

Sejauh mana perlu menonjolkan diri untuk memberi bukti yang kewujudan aku di sini adalah untuk menjaga segala baik buruk, kelebihan kekurangan manusia-manusia penting di sekeliling aku.

Dan apa lagi aku perlu lakukan untuk mendapat layanan yang serupa.

Apa yang perlu aku buat untuk semua sedar nilai aku?

Recognition (pengiktirafan?). Kadangnya itu yang ter-paling penting.

Most of the time, aku cuma mahu jadi yang baik. Yang paling baik kalau boleh.

Akhirnya, yang terbaik.

Lagi sebulan

I'm scared of the uncertainties- of the unknowns.

Takut yang boleh jadi gila.

Raya kali ni tak rasa macam raya

Rasa macam saja-saja projek makan berkumpul satu keluarga dan pergi lepak rumah saudara-mara dan kawan-kawan.

Betul ni.

Life's gonna be easier I guess

Aku akan pergi jauh dari rumah untuk tempoh setahun.

Excited? Yes.

Tapi banyak takut dan berdebar dengan apa yang sedia terbentang untuk aku teroka kat depan sana. Aku perlu tanamkan misi yang untuk dicapai dan mulakan dari situ.

Aku tak tahu sangat pasal jodoh, rezeki. Tapi jalan kali ini semuanya begitu mudah awalnya sampaikan aku sangsi pada diri sama ada ini jalan yang aku betul mahu atau cuma menurut aliran yang menyenangkan.

Kadang-kadang bila ada jalan yang ditutup kita merungut tak ke sudah.
Kadang-kadang bila ada jalan yang dibuka luas kita tak hargai pun.

Ini kerana kita manusia.

We talked nuts, we went insane, we died from time to time, we left and then we came back. We dealt with nonsense and unnecessary ones too.

Ada kuasa lain yang menyusun atur semua ini.

Melalui beberapa fasa cuba menjadikan hal ini kenyataan, aku tahu aku sangat perlukan peluang kali ini. Ada perkara yang aku perlu selesaikan dan lakukan untuk diri.

Jadi ya, terima kasih kerana memudahkan.

Walaupun sebenarnya ada banyak perkara ralat yang memberatkan hati. Soal hati siapa tahu.

Konon-konon syahdu malam raya

Setan bercuti sebulan pun tak mampu mengawal nafsu umat membeli mercun sebanyak semahal boleh. Setan bertepuk riang seronok merai kebodohan beramai-ramai.

Tahniah. Kasihan kat abam-abam bomba kena datang kerja malam raya.

Aku bukan nak marah ke apa. Bunyi banyak sangat. Aku sakit telinga. Tu je. Kalau aku yang main mercun tu pun mesti aku tak peduli orang juga.

Jenis riak tak bertempat.

Selamat hari raya. It was a weird Ramadan journey this time.

Seorang yang berguna

Aku baru tidur setengah jam ni. Badan tak lemau, kepala je sakit. Sakit ni sakit boleh gila sebab sakit gila.

Saja nak mengadu. Banyak benda nak kena buat. Sibuk, sibuk!

Kesimpulannnya, berguna juga aku ni.