Duit atau kita yang bodoh

Duit jadi agenda utama untuk januari. Harapnya februari muncul dewa emas yang akan turunkan hujan yang nyaman. Entah apa-apa punya impian.

Aku semakin sibuk. Letih rupanya jadi pelajar sepenuh masa. Lebih tepat lagi, menjadi manusia. Manusia berguna tipikalnya.

Aku sedang tunggu kalau-kalau putera dengan kuda putih akan sampai tahun ini. Dengar-dengar kuda putih yang sakit sebelum ini dah mati. Mungkin tahun ini akan datang jenguk naik ferrari pula.

Kesihatan boleh dikata dalam keadaan merah jambu. Sakit-sakit comel saja.

Sedang belajar membelai kenderaan bagai menatang minyak yang penuh. Cumanya konteks ini minyak mengalir laju bila kuat sangat tekan pedal.

Nak iphone 4g! Agh.

Aku doakan semua orang termasuk aku murah rezeki tahun ni. Ibadah semua jaga molek jangan tinggal. Dah berduit dan senang semua bolehlah perlahan dan laju bayar duit aku. Terutama yang tajuknya ala-ala bukit tujuh tu.

Untuk Februari, awal-awal lagi aku nak minta maaf kat mulut dan perut. Kena jimat bab makan. Moga-moga kesihatan tak terjejas.

Bau dunhill adalah bau ayah

Aku takut bila ketinggalan dalam banyak hal. Manalah tahu kalau-kalau dalam keadaan tak up-tp-date dengan banyak perkara, tup-tup esok lusa aku pun mati. Rugi kan. Quran pun belum habis baca terjemahannya.

Lately aku banyak bermonolog dalaman walaupun sedang bersama kawan-kawan yang riang ria hari-hari. Normal lah tu bila umur nak meningkat tambah satu lagi sekali kan. Heh.

Bila dapat peluang untuk tidur, aku tidur betul-betul dengan bersungguh-sungguh. Contohnya bila sedang mendengar lecture artificial intelligence. Gila apa nak concentrate bila kau mengantuk. Aku boleh gastrik tahu. Hidup kenalah pandai buat pilihan.

Kelas pagi jam 8am akan buat aku mandi seawal 630am dan 730am dah menyelit di roundabout bandar baru bangi menuju ke teras jernang untuk menjadi pelajar cemerlang. Aku buat cadangan kat co driver untuk light a cigarette dan hulur tangan keluar tingkap kasi nampak cool pagi-pagi gitu. Alang-alang memang ada rokok dan lighter yang kawan tertinggal.

Tapi dia tak mahu buat. Kah kah kah.

Note to self #1

Hari ni aku harap hari kau berjalan lancar. Harapnya hari mendatang juga elok-elok saja. Dan momen-momen indah kau dapat tangkap dan simpan dengan baik dalam ingatan. Dan pada setiap kemahuan yang kau terbitkan, ada penyelesaian yang memuaskan hati. Mungkin kau akan gusar dalam membuat perkiraan tentang beberapa masalah yang mengganggu gugat keberadaan kau. Tentang pilihan dan keputusan yang mungkin tak berpihak banyak mana pun pada kau. Terumbang-ambing bagai perahu tanpa pendayung. Cuma punya asa yang sedikit untuk yakin pada diri. Tapi aku harap kau tahu. Yang aku di sini percaya kau akan memilih yang paling menguntungkan buat diri kau.

Aku cuma harap mimpi-mimpi kau kembali menyinar. Kan kawan selalu cakap; jangan risau sangat bila buat perkara yang kau suka.

Akhir di awalnya

Meletakkan diri dalam beberapa posisi manusia lain bukanlah sesuatu yang mudah. Begitu juga menanti untuk manusia lain cuba meletakkan diri dalam posisi kau untuk lebih memahami.

Tak banyak pun yang aku pinta.

Langit kuat menggelamun belakangan ini. Awan macam biasa itu hari suka menangis di penghujung tahun. Dan di awal tahun ini juga masih bermanja-manja. Cahaya ligat mencari susuk tubuh basah untuk dikeringkan.

Bunyi putaran kipas di tengah malam buat aku rasa mellow dengan diri. Entah apa exact meaning mellow pun aku tak tahu. Yellow mellow banana. Heh. Call me nana then.

Dah lama aku tak guna perkataan ironi. Ironi sungguh.

Aku kembali takut untuk memeluk mimpi-mimpi yang ligat cuba memeluk aku. Untuk masa sekarang, aku cuma mahu merasa realiti seperti truman dalam truman show.

Kalaupun sebenarnya ini semua adalah fake, biarlah. Asal aku tak tahu. Nanti jenuh nak cari exit door ke real world yang mungkin lebih dasyat.

Kewangan agak tak stabil. Tapi makan tak pernah tak cukup alhamdulillah.

Oh hai buku-buku ilmiah yang berat. Mahal betul harga korang ni. Harapnya best student lah sem ni main pikul-pikul buku banyak ni. Mini project pun bukan main banyak yang komplikated. Haih.

Mini+mini+mini+mini=mega la kot. Final year project pun tak fikir-fikir lagi nak propose buat apa. Hnsf%#!

Tengok berita pun kadang-kadang boleh buat kau rasa mual macam nak gastrik atau mengandung 2 bulan

Belek akhbar sini sana dah macam baca manual untuk menumpahkan darah beramai-ramai. Perang sini perang sana. Sana sini kes rogol. Sana sini kes dera. Sana sini kes bunuh. Kanak-kanak mati. Bayi mati. Perempuan mati. Lelaki mati. Kematian macam boleh dibawa main. Macam main game. Tembak piu-piu bleuwk kau mati.

Aku kalau kuat macam badang yang makan muntah hantu tu nak sangat la bersemuka dengan manusia-manusia yang tak ada adab/perasaan/hormat/kasih tu kasi flying kick sedas dua kat muka. Kasi bersepai gigi-gigi yang diorang duk tayang sengeh tak punya perasaan tu. Kalaulah. Tapi sebab aku ni comel-comel saja. Aku boleh tolong doa saja untuk world peace. Ala, macam ratu cantik selalu sebut tu; world peace.

Sebab doa is a very powerful weapon. Jangan setakat tengok dan mengeluh. Jangan cuma duk sedih dan meratapi. Play your own part well. Dah kata hidup/mati macam game sudah. Jangan bila skrin dah papar game over baru nak berteriak bagai.

Lepas tu yang perasan ada kuasa jangan nak salahguna kuasa. Kat dunia kau boleh main acuh tak acuh buat kerja ingat Tuhan tak tahu? Melampau. Pesen tengok cerita spiderman tak ambil iktibar molek2. Hafal dan tanam dalam-dalam la wei pesanan pakcik henry kat parker tu.

Ataupun kukuhkan iman masing-masing. Konpem setan tak leh nak bisik banyak-banyak sampai berjaya hasut suruh bunuh orang. Melampau-lampau. Dosa/pahala pandai-pandai lah timbang fikir sendiri.

Takpun kes rogol yang bersepah-sepah. Ragut. Dan macam-macam lagi. Macam orang bodoh. Makin lama makin rasa tak selamat nak hidup weh kalau berterusan camni.

Semalam tengok cerita khurafat dengan gaya cool silang tangan tak katup muka pun. Boleh la penceritaannya. Ringkas dan pendek.

Sekian.

Jangan jadi bodoh

Well. I actually secretly silently pray that manusia-manusia yang dahulunya pesen jalan terlanggar bahu tak cakap sorry, jenis bawak kereta atas jalan raya macam dia bayar cukai paling banyak, spesis tak sedar diri dalam bermacam perkara ringkas tapi sebab tak ambil pusing sangat jadi membebanberatkan manusia sekelilingnya dan sekian-sekian mendapat vibe baru untuk meneruskan hidup dengan penuh maruah. Jangan ingat aku berdoa untuk kesejahteraan kau kalau kau sendiri tak ingat untuk buat dunia a better place for each other.

Hai dua ribu sebelas (;

Haha. Baru jumpa dalam draf. Busy juga permulaan tahun aku ni.

Ayah cakap #tiga

Ayah cakap dalam hidup ni jangan buat kerja bertangguh. Nanti Tuhan pun bertangguh nak tunaikan hajat-hajat kita.

Hari ni kalau mak masih bernyawa, umur mak lima puluh sembilan tahun.

Dah malas fikir tajuk

Aku baru pulang dari Medan, Indonesia.

Letih.
Seronok sikit.
Banyak makan.
Rasa miskin sebab duit dah kering untuk bulan ni. Sampai kena tarik dari saving-saving sebelum. Harapnya dapat berjimat dan hidup untuk bulan depan. Mungkin esok lusa akan buang tabiat pergi call daddy cakap ayah adek nak duit hehehehe.

Kehidupan semacam sesak. Aku rushing mungkin. Otak laju sangat ke depan. Hari ni aku tekan brek banyak-banyak sampai berhenti.

Dara bujang

Aku cuma nak cakap semester ni aku tinggal kat rumah sewa. Dua tahun setengah yang lalu aku hidup di asrama macam budak sekolah. Curfew itu ini. Tapi niat keluar dari sana bukan sebab kena masuk sebelum 1130pm. Tapi sebab adalah malas nak bagitahu. Contohnya macam anak-anak muda yang tak suka duduk rumah jadi diorang lari dari rumah/berpindah ke tempat lain. Jadi aku ni boleh kata lari dari asrama. Hubungan kekeluargaan aku masih tulus sambungkan ke mana-mana port yang masih mahu aku. Aku selalu saja bersedia. Sekarang ni cuma cuba angin baru di tempat tinggi. Tingkat lima wei. Kiranya aku menetap di rumah bujang lah orang kata. Kalau nampak wira warna biru bernombor pendaftaran negeri serambi mekah yang ada pelekat bertulis 'MITSUBISHI' ronda-ronda bandar baru bangi tu aku lah. Ayah yang lekatkan pelekat tu. Katanya sebab tak ada yang hitam kosong waktu dia beli. Haha. Niat aku bila kereta cecah bangi aku nak cabut terus. Tapi buat masa ni biarlah dulu. Boleh rindu-rindu ayah bila tengok kereta sendiri macam ada gelak tawa terselit celah-celah gigi. Jangan ada kereta ajak berlumba sajalah. Tak pasal-pasal aku buat jadi turbo betul-betul.

Doakan aku berjaya menempuh hidup bujang di rumah bujang bersama orang-orang bujang.

Ini cerita tahun lepas

Aku cuba selindung perasaan yang bertimba penuh dengan bacaan ayat suci. Aku cari Tuhan. Sebab Dia saja yang selalu ada senang susah aku. Dan susah kali ini memang aku betul tak boleh ungkap dah. Dan di setiap rajuk begini, aku akan juga kata yang aku mahu mak dodoikan aku sampai lena. Mengerekot di sisi meletakkan kepala di pehanya. Rindu.

Aku tak tenang. Tak dapat fokus. Otak tak jalan. Tapi benar hati berat. Rasa bangang. Aku rasa keadaan yang penuh dengan negativiti pada mata aku boleh buat aku mati. Semacam dikeringkan setiap energi yang ada dari segenap ruang, dikumpul dalam satu plastik sampah dan dibakar sampai tiada debu pun mampu terbang jauh. Lesap.

Aku ini penuh dengan kesedihan. Yang dalam. Dan aku kuat berfikir. Tak henti berfikir. Masa depan yang aku dulunya percaya terang benderang seperti sudah mendung. Aku takutkan kilat yang tak tentu hala. Jadi ya, aku mudah gusar pada perkara yang tak perlu pun kadangnya. Wujud pula agenda yang berselang-seli bagai persembahan tari berirama. Persefahaman yang bodoh. Pergantungan yang tipis. Janji-janji kesakitan. Keparat yang terpamer.

Aku ambil satu jalan baru. Sebelumnya aku telusur saja jalan lurus kat depan. Kali ini aku belahkan aspal jalan raya tersebut dengan kuasa harapan. Harapan. Heh. Dengan konsistensi semangat begini, mungkin ada logiknya aku akan bertahan lama untuk percaya hidup.

Aku ini orangnya yang tak boleh terlalu selesa dengan sesuatu perkara. Aku akan jadi terlalu mudah untuk diluka. Macam biasa; aku takut kehilangan. Moga lencongan kali ini beri kebahagiaan pada kita semua.

Jadi, maaflah kawan-kawan. Aku juga perlu lindungkan diri.

Dan aku simpankan kata carutan terkahir ini untuk kau wahai makcik

"Awak tak fikir ke ha? Orang-orang nak masuk parking. Apa ingat tempat parking ni baaapak awak punya?!"

Dear makcik ala datin,
Saya semahunya mahu minta maaf kerana terlupa angkat signboard tinggi-tinggi yang saya sedang melayan anak saudara saya yang sangat nakal lagi energetik yang sangatlah power rangers serta kebal besi keluli semasa makcik sibuk merungut tentang ketidakstabilan hidup yang melayakkan makcik berkenderaan kereta waja bukan kereta kristal yang bling-bling.

Sebolehnya saya dengan sepenuh hati mahu makcik berpuas hati dengan kehidupan yang makcik lalui. Contohnya tidak perlu mencari parking bersusah payah dan mampu menggunakan khidmat pemandu untuk membolehkan makcik bergerak ke sana ke mari tanpa perlu berbahasa tidak indah.

Makcik dearest,
Saya tulis panjang-panjang dengan lemah gemalai ini kerana saya sebenarnya mahu makcik faham yang memang saya ini seorang yang sangat well-mannered. And yeah I got so fucking annoyed bila jumpa manusia seperti makcik yang sepatutnya potray as role model to your daughter yang rambut mengurai tadi tetapi makcik yang berkemungkinan tak belajar baik-baik bahasa indah di sekolah ataupun jenis tak apply anger management dengan baik telah membuatkan hati saya sakit pada 29 Disember 2010.

Atau adakah gadis mungkin anak makcik juga termaktub dalam ketaksamaan yang linear?

Oh makcik,
Tahukah makcik kenapa Tuhan jadikan kita pelbagai? Seperti mewujudkan manusia seperti saya dan juga manusia seperti makcik. Tahukah makcik kenapa Tuhan wujudkan ketidaksempurnaan? Seperti saya yang silau malas pakai spek lalu tak perasan signal kereta waja pada awal-awalnya. Tahukah juga makcik bahawa mengenepikan hati dan perasaan orang lain itu bukanlah sunnah nabi?

Tapi saya tahu makcik mungkin ada amal sunnah nabi seperti tidur mengiring ke kanan misalnya.

Makcik dan gadis yang mungkin anak makcik,
Harapan saya anda berdua masih dapat menjalani kehidupan dengan baik walaupun saya mungkin telah merosakkan hari anda dengan comel-comel tidak sedar yang anda sedang menunggu untuk masuk ke tapak parking kereta yang saya naiki. Dan ya saya menangis sebab hati saya sakit dan tidak malu untuk mengaku itu kerana saya tidaklah terlanjur menggunakan bahasa yang pada saya biadap caranya seperti yang makcik gunakan.

Moga-moga makcik berpuas hati dan janganlah sampai tak tidur malam dengan nota yang saya selitkan di wiper bukan kereta kristal milik makcik itu. Nota pendek dalam bahasa inggeris kegemaran saya yang mungkin tulisan tak berapa cantik sebab saya sedih sangat. Tapi saya cuma harap dapat menyentuh hati kamu wahai makcik yang telah bazirkan masa saya menaip ini semua pada kanvas putih di sini. Kalau makcik dan gadis adalah blogger, apa kata say hello di sini? Saya yakin semua ini hanya salah faham.

Cadangan saya ialah lain kali saya akan cuba sedaya upaya menghumban anak saudara saya masuk dalam kereta dan tidak langsung mementingkan keselamatan beliau, tidak cuba menyusun troli-troli yang tidak tersusun di celah-celah kereta, berlatih gusti dan memakai baju keluli untuk mengelak serangan-serangan anak saudara saya yang ganas, dengan mengikat kaki dan tangan anak saudara itu saya akan cepat-cepat menghidupkan enjin kereta, reverse dan memberi laluan kepada mana-mana kereta yang kelihatan menyilaukan untuk parkir di situ.

Lalu saya pula akan cuba bermain signal, hon, bagi high beam dan berlatih menyukai bahasa seperti makcik untuk disampaikan pada orang-orang yang kelihatan seperti sedang melengahkan masa untuk mengeluarkan kereta dari tapak parking bapak mereka punya tetapi realitinya mungkin bukan itupun niat mereka. Atau seeloknya dengan bahasa lebih ekstrem daripada makcik? Mungkin mereka seperti saya yang bersusah melayan anak saudara saya yang saya sayang amat tetapi degil dan nakal tak terbanding duk bergusti malas masuk kereta sementara menunggu kakak saya usai melaksanakan ibadahnya di surau.

Saya mahu makcik tahu yang kami tidak bersungut lebih semasa menunggu masuk parking ada beberapa makcik yang betul macam datin berbual-bual manja sambil memasukkan barang-barang ke dalam kereta benz mereka. Kerana itu hak mereka. Kami ambil inisiatif mencari tapak parking lain walaupun tidak berapa selamat untuk kanak-kanak dan sedikit jauh dengan target untuk dekat dengan laluan berbumbung.

Maaf. Tetapi memang saya sangat mahu tegaskan di sini saya benci kata-kata yang berbaur kebiadapan pada saya kerana saya memang seorang yang baik hati. Melainkan saya rasa saya deserve diperkatakan begitu tetapi dengan karangan penulisan tahap penilaian menengah rendah yang saya dah pass with flying colours dapat 8A beberapa tahun lalu ini, agak-agak siapa pendosanya?

Sekian daripada saya yang cuba memahami manusia yang tidak pernah memahami. Saya tak rasa kamu berpeluang memenangi situasi jika saya memilih untuk bertekak bahasa di tapak parking tersebut. Bukan kerana kamu makcik jadi saya cuba hormat lebihkan. Atau gentar dengan cara penyampaian bahasa kamu yang potpet sambil berlalu tak bagi muka. Tetapi kerana saya ada anak kecil yang buas untuk dijaga.

Nampaknya Tuhan sayang saya lebih. Bai.
p/s: Sepatutnya publish 31disember2010. Lupa online.