Karakterisasi

Manusia ni sebenarnya banyak kerenah. Dan aku tahu aku pun manusia juga. Apa kau binatang?

Kalau pakai nafsu tak guna akal boleh jadi.

Death pattern

Mati itu agenda yang sangat hampir.
Al-fatihah.

Aku baru sedar manusia-manusia dekat yang dah sahut panggilan Tuhan kebanyakannya sebelum pergi dia sihat semacam. Ataupun takde lah sihat sangat tapi macam bagi kita letak harapan yang they gonna be fine after this.

Tapi sebenarnya lepas tu terus tak ada.

Kelmarin punya cerita

"Aku cuba bertatih semula tetapi gagal. Rupa-rupanya aku bukan lagi penyabar seperti aku yang dulu. Aku tak salahkan masa. Aku salahkan diri. Aku loser yang sendiri malas nak bangun betulkan apa yang telah punah. Aku belum berhenti menapak ke depan. Menapak kosong kerna aku benar sudah malas untuk berpaling meratapi masa lalu. Tiada jurupandu, melelong macam orang gila."

Ya, kakak-kakak aku kata blog aku macam orang gila yang tulis. Sebab tu diorang suka baca. Kawan diorang pun ada yang suka. Oke la tu. Orang gila yang suka tulis blog.

Kah kah kah.

2:22

Tuhan. Beri aku mimpi yang membuai. Dan aku mahu ingat setiap perinciannya sampai bila-bila.

Sampai mati.

Biarlah aku nak cerita

Blog ini dalam proses untuk bertukar menjadi action kamen. Sikit masa saja lagi. Aku dalam mode hibernasi. Jadi aku menjadi seorang pemalas. Mungkin akan ambil banyak masa untuk bertukar. Mungkin juga yang berubah itu akan sedikit saja.

Contohnya blog akan cuma memakai helmet curi jiran rumah hadapan yang ramai anak lelaki bermotosikal. Tak bertukar sepenuhnya menjadi action kamen kegemaran shinchan. Bi bi bi.

Sepanjang cuti, aku paling rajin basuh baju, sidai baju, lipat baju, pakai baju dan ulang kembali. Tidur tak perlu nak cerita. Makan tak perlu dinyata pun. Tapi ini tidak bermaksud kerja-kerja rumah yang lain aku tak buat.

Jadi kalau-kalau ada jawatan kosong sebagai pembantu rumah untuk buat aktiviti kegemaran aku tu sila bagitahu pantas. Cuti 'sekolah' aku dah nak habis.

Aku rindu naruto. Dan gaya gelak encik satan.

Tulisan terkumpul dalam draf sudah lebih sepuluh. Tapi tak tahu nak pilih bila masa paling tepat untuk publish setiapnya.

Aku dalam proses menjadi seorang yang private. Bukan pervert.

Aku cerita semua ni bukan ada orang nak peduli sangat pun. Tapi kita kembali kepada tajuk.

90 marhalah

Ini kisah minggu lepas.

Aktiviti/Destinasi kami tanpa kronologi:
-Masjid Abidin/Masjid Putih (zuhur, asar, mandi, maghrib, isyak)
-Masjid Terapung (mandi, subuh)
-Masjid Kristal (snap beberapa keping gambar)
-Taman Tamadun Islam (duduk seketika di bangku dan berlalu: macam bengong pun ada yang ini)
-Bank RHB (korek duit: tak jumpa cimb awalnya)
-McDonald 24hour (melepak dari jam 1pagi ke 6pagi: beger ayam jimat, sundae cone, kopi)
-Mydin Mall (jumpa kawan sekolah lama: cik tuyup san)
-Pasar Payang (beli kain batek sarong terengganu dan kayu lastik)
-Pantai Batu Buruk (tengah malam, selepas makan pagi: melepak, main pasir, menyanyi merdu dan tiup belon)
-Kedai Makan tepi jalan (makan pagi: pekena nasi dagang Terengganu)
-Restoran Tenang Seafood (makan malam: milo tabur dan nasi goreng cendawan)
-Kedai taktahu apa (pekena teh tarik: lepak dengan kawan-kawan kepada kawan-kawan selepas makan malam)
-Restoran Kak Mah (isnin: makan tengah hari percuma, selasa: makan mi kari percuma, zuhur, asar--ini kedai mak salah sorang peserta iaitu cik hasnoor)
-Bulatan Batu Bersurat (lebih sepuluh kali ditambah dengan sesat)
-Roadblock polis (kena tegur tak pakai seatbelt belakang comel-comel)
-KT Bowl (tak pasal-pasal pergi main boling padahal letih gila)
-Keropok Losong Suka Ramai (borong keropok rebus nyam2)
-Killiney Kopitiam (saja buat urban padahal semua poket kering)
-Dataran Syahbandar (petang dan malam: beli belon tiup buih, binatang tak bernyawa kecil berbulu yang menyala bila melantun, sehelai baju warna ungu)

Kami berlima ke Kuala Terengganu. 24jam aku tak lelapkan mata. Sebabnya bangun jam 11am hari Isnin. Bertolak. Dan esoknya jam 11am aku terlelap selama 1jam dalam kereta. Selepas itu bersengkang mata lagi hingga jam 8pm. Aku mati seketika dan isyak jam 5am hari rabu.

Konklusi dari trip kali ini, kami tak liar tapi kami ada iman. Ada 3 destinasinya masjid walaupun satu cuma singgah buang hajat. Dan ayat yang tercatat pada bulatan batu bersurat itu kami memang dah hafal.

Sekian laporan aktiviti daripada saya,
-yang bernama.

Ketiak basah perasan hensem

Kalau rasa tengah tensi ke apa, sila klik sini dan sini. Kalau kau gelak-gelak terbahak-bahak lepas tu tensi semula jangan salahkan aku.

Aktiviti saya hari ni

Hari ni umi pergi kolumpo. Sepatut hari ni dah mula meeting tapi sebab pengetua tak buka surat yang di-address pada nama pengetua hujung minggu lepas jadi hari ni bila buka surat baru tahu dan umi terus pergi beli tiket dan caucincau pukul 3pm tadi.

Hari ni saya belum mandi pagi walaupun sebenarnya bangun agak awal iaitu 10++am. Saya menghadap laptop sampai sakit mata tapi malas nak pakai spek mata sebab malas nak merangkak capai beg dalam bakul.

Hari ni ayah jual besi buruk. Besi buruk yang dikumpul-kumpul dijual kepada pembeli besi buruk yang datang tadi. Ayah kata kat saya 'nah lapan ringgit untuk adek'. Saya sangat suka hati sebab total jual ialah 12rm. Means saya dapat lagi banyak duit dari ayah.

Hari ni sebab umi tak ada jadi ayah order air kat saya. Dia cakap 'adek buat air teh'. Saya gabra sebab tak berapa nak reti bancuh teh susu ikut selera ayah. I am a pro with nescafe. Tapi saya rasa air saya buat tadi sedap amat dah. Fuhh.

Hari ni jam dah menunjukkan pukul 627pm dan saya nak pergi mandi dan makan nasi dan makan pengat pisang dan kemas-kemas dapur. Kalau saya nak menggatal saya nak guna duit lapan ringgit tadi buat beli sate ikan sampai perut kembung.

Bai.
Kadang-kadang bila dah membesar dan otak mematang and so on, kita mudah lupa dengan perkara-perkara kecil yang perlu diambil kira.

Beberapa jenak

Kita hidup dalam gubahan empat keping dinding yang melingkari. Ada empat keping semuanya. Kalaupun ada lebih aku cuma tetapkan empat yang penting. Ia wujud beserta atap dan lantai.

Aku fikir dalam keadaan begini aku takkan lagi berasa sakit atau lesap menghalus. Rupanya hati yang begitu gigih menangkis anasir kotor ini masih terlalu sensitif terhadap sekeliling. Yang mana aku sedikit terlibat dalam pengabaian memanipulasi dengan baik. Dia gagal.

Dan aku tahu ini maknanya aku turut gagal.

Sakit sangat ni.

Selamat bobok semua

Bobok jangan tak bobok. Sebab mungkin cuma dengan bobok saja mimpi-mimpi tu kau boleh capai kemas-kemas.

Kalau tiba-tiba longgar ke apa tarik jugak kuat-kuat.
The secret of life, though, is to fall seven times and to get up eight times.
--Paolo Coelho.

Riak dengan result sem lepas


Oh, result sem ni dah dapat. Tapi saja nak bangga dengan result sem lepas sampai lebam. Sem ni punya syukur alhamdulillah; sangat lebih dari target dah pun sebenarnya sebab usaha tak seberapa.

Before dapat result kalau boleh aku nak print balik result sem lepas ubah tarikh lepas tu pos ke rumah tunjuk kat ayah ngan umi.

Tapi sebab dah hepi sangat aku setel makan sedap-sedap dah tadi konon macam celebrate tapi tak pasang lilin nak tiup-tiup2 fuhh fuhh pun.

Serius Tuhan, terima kasih sangat-sangat. Ini bukti aku tak bodoh. Ha ha ha ha. Riak ni riak. Ah, takde siapa-siapa boleh komen. Welk.

Hello world (;

Aku sepatutnya dah tidur berjam yang lalu. But since I am easily amazed by pictures and words; I got stucked for hours on tumblrs.

Ha ha ha ha ha. Shouldn't have been there. Makin bertambah pula plan untuk berhidup manja-manja pada tahun 2011 nanti.

Because she not-so-secretly ask me for this

4th dec 1985 - present time.

Dear sister,
Adek tahu dari sebayi-bayi saya awak sangat tak suka the existence of me. Even when I was little, I realized that I am not your option when it comes to spending some time with. I was always the 'leftover' when you had fun with the neighbours, cousins and friends. We are four years gap in between. The others said that you were just jealous with the fact that me have all the attention as the youngest; or maybe you were expecting a little brother.

But being the not-so-old us now; I guess we both know how anything affecting us, give effects to one another. And yes you have your impact on me in a good way minus the so-called-harsh treats back then. Ha ha.

By the way, please let me know if you happen to get married anytime soon. I need to get rid of this extra kilos hanging on the belly so that we both look gorgeous on that special day of yours.

And oh; being recognized by you means a lot to me. Especially regarding my fashion sense that you love to puji-puji and ask for my opinion from time to time. Walaupun you suka curi my baju selalu. Ahahahaha.

Take care. Be bubbly always (;

Love,
Adek.

Goodbye Terengganu

Hello goody-goody home!

Goodbye home

Hello Terengganu.
Waktu ini sewaktu manusia normal sedang tidur seperti biasa, aku masih belum dapat lelapkan diri. Jadi aku buat kesimpulan yang aku ialah manusia paranormal.

Fakta tentang mimpi dan tidur

Aku boleh tidur pada kadar berterusan separuh hari hanya dengan membawa hati yang rapuh. Sebenarnya bila aku patah hati aku akan tidur untuk ease the pain kononnya.

Aku akan tidur bangun tidur bangun jika tidur atas dasar bosan tak tahu nak buat apa. Sampai bosan tidur baru bangun.

Aku akan paksa diri tidur kalau gastrik melampau sangat lepastu bila terjaga basah dengan peluh. Bukan lena pun.

Aku bangun dari tidur bukan selalu boleh recall mimpi apa sebab terlebih nyenyak agaknya.

Aku jarang-jarang dapat tidur bermimpikan putera dengan kuda putih tapi bila dapat memang senyum-senyum dekat seminggu.

Aku kalau mimpi ada mak, scene yang ada mak tu pendek je. Tapi terkesan dalam.

Aku bila tak dapat nak lelapkan mata awal-awal, aku terus paksa diri tunggu subuh sebab aku tahu nanti liat sangat nak bangun. Lagipun sama je kalau tidur bukan lepas subuh pun mesti tengah hari baru nak aktif.

Selamat pagi semua. Tajuk tu patut ada 'aku' tapi malas nak tambah sebab ramai macam ni jugak. Bai.

I am an O-blooded mammal

Awak baca dan faham tentang yang bertulis di sini?
Ya.

Pernah travel ke luar negara Eropah bla3?
Ada.

Berapa lama?
Seminggu je.

Awak ada penyakit sawan? Bla3?
Takde. Takde. Takde. Tak...de.

Ada keturunan yang ada penyakit begitu?
Takde.

Oh, awak ada gastrik. Awak tahu kan macam mana nak handle gastrik ni?
A'ah.

Teruk ke awak on medication all the time?
Tak. Saya makan bila sakit je.

Awak tahu awak kena makan 2jam sekali? Tak boleh kasi perut tu kosong langsung.
Angguk-angguk comel.

Awak bawa bekal biskut la kiranya selalu kan?
Tak. Saya makan coklat selalunya.

Coklat tak boleh. Kena makan biskut.
Oh, oke2. Saya makan biskut.

Tiba-tiba dapat consultation free pasal gastrik. Ha ha ha.

Oke. Just nak bagitahu satu dunia yang aku derma darah isnin lepas. Ni second time aku. Dan time dia check blood pressure and all semua normal. Kecuali pulse aku. Tinggi tak sekata. Lepastu ramai gelak-gelak kecil kononnya. Macam atas dasar aku nervous lah gitu. Ya, memang nervous pun sebab sorang-sorang. Habis manusia aku text cakap aku takut ni weh. Abang aku suruh tarik nafas panjang-panjang. Ada kawan yang suruh selawat banyak-banyak. Tak kurang ada juga yang bantai gelak.

Yang penuh dalam tempat tu semua penderma lelaki dari kalangan abang-abang dan pakcik-pakcik. Dan itu juga kali pertama aku jejak ke unit tabung darah hospital kota bharu (malas nak sebut nama baru yang panjang).

Lepastu nurse yang pangkat makcik assume sebab aku baru panjat tangga kot jadi macam tu. Padahal aku sebenarnya tercungap betul berjalan kaki hampir 1km gara-gara salah tempat cari unit tabung darah. Aku pun senyum-senyum comel jela dia suruh pergi duduk-duduk makan-makan minum-minum dulu. Oleh kerana aku sudah breakfast yang sihat pagi itu iaitu sekeping daging burger ayam tanpa minyak, scramble egg satu dan semug nescafe o kaw, aku ambil keputusan untuk cuma meneguk beberapa gelas air suam di situ.

Darah aku punya flow kali ni keluar dengan normal agaknya. Macam laju jugalah dan aku tak ada rasa apa-apa yang pelik atau pening dan sebagainya. Brader sebelah kiri ni punya masa nak penuhkan 100mg (betul ke unit tu wahai pelajar medik sekalian?) sama tempoh dengan nak penuhkan beg darah aku sebab dia punya flow memang lambat gila lah aku dengar nurse2 duk bercerita. Heh, aku menang kali ni. Masa first time aku pun macam brader tu jugak. So aku tak ada lah bantai gelak ha ha atas muka dia ke apa. Aku faham situasi tu.

Lagi-lagi aku sebenarnya tengah buat muka paling tak bersalah (read: innocent) sebab kat sebelah kanan aku pula ada sorang pak haji yang suci wajahnya. Manalah tahu dia tegur nak buat menantu ke apa.

Dan bila balik rumah lepas tidur sepetang sebab exhausted kes lepas derma darah boleh pergi makan di mall paling tersohor di kota bharu dan bertandang ke rumah kawan sekolah lama sebab nak mintak coklat percuma dari new zealand; abang cakap kat aku yang derma darah lain kali minum air masak je sebelum tu.

Apa kejadah aku ambil kafein pagi-pagi nak pergi hospital entah. Aku ada baca yang berdarah O ni adrenalin tinggi sikit berbanding dengan jenis darah lain. Patutla sikit-sikit nervous. Sikit-sikit nervous. Pesen tak boleh gertak sikit terus nak gelabah? Tak, tu langsung bukan aku.

Banyak yang deep orang tak nampak je. Keh keh keh.

Hujan tiba-tiba di kota bharu setelah seharian tak hujan

Sejuk. Tapi malas pakai baju. Maksud saya, malas pakai baju tebal-tebal. Sekali-sekala kena belajar hidup tak cukup selimut nak tahan sejuk.

Sebenarnya aku lupa tutup suis kipas dan malas nak bangun dari katil. Aku nak tidur berbekalkan haba dari laptop.

Kesimpulannya hari ini aku ada penyesalan tentang kipas.
Sometimes, when we meet with something good, we just want to hold on to it regardless of what it might offer later on. We hold to it eventhough we know that it won't last long.

We just do.

Aku cuma tak mahu didekati yang tak diingini tika tanah masih basah begini

Tidur jam 9pm. Terjaga jam 2.32am. Sakit gigi. Sakit wei sakit. Gigi kanan bahagian bawah yang paling bongsu buat hal. Kasi kebas 1/4 jumlah gigi yang aku ada sekarang. Sengal-sengal gitu. Teguk susu sejuk dari peti dan sambung tidur.

Lapar yang amat. Bangun sarapan dengan umi dan ayah jam 922am. Dalam hati diorang mesti takjub aku bangun seawal tu untuk rekod cuti kali ni.

Kasi reminder kat ayah hari ni ulangtahun kelahiran anaknya yang keempat.

Tergolek-golek dan tidur lagi. Makan tengah hari usaha gigit daging goreng sampai lumat guna bahagian gigi sebelah kiri. Aku penggigit tegar menggunakan gigi sebelah kanan pada kebiasaannya. Sambal sedap.

Dah tak tahu nak buat apa. Tengok langit tak ada gaya nak menangis dalam masa terdekat.

Berwuduk. Sarung tracksuit, tshirt lengan panjang warna cerah, tudung putih. Musim macam ni banyak nyamuk weh. Capai kunci basikal tua yang ayah tak mahu jual walaupun ada orang nak beli tapi setakat ni cuma aku je yang duk naik bila cuti dan mulakan kayuhan.

Cabut rumput. Cabut semua anak pokok yang meliar.

Dan ya, aku pakai kasut nike ayah yang sedikit besar tadi. Entah apa sekeliling fikir tengok anak gadis comel tunjuk urban masuk tanah kubur sorang-sorang.

Ni bukan cubaan nak tunjuk hebat depan orang kampung pun. Serius aku jalan tunduk tengok kasut je.

Tunduk beb tunduk. Tunduk itu hormat namanya.

I just wanna feel alive and kicking

Aku benci ketidakpastian. Jadi gusar sampai mengah dalam tidur. Belakangan ni dah tak ada mimpi yang duk hias malam-malam aku. Dan aku pun tak macam selalu-selalu bila cuti suka tidur tak tentu hala. Kali ni aku tidur 5 hingga 7 jam untuk tidur malam je. Sebenarnya tidur selepas subuh kebanyakannya. Heheh. Kes takut tak bangun nak solat sendiri. Dah besar panjang, kena sendiri tahu jaga.

Macam cerita biasa-biasa. Bila rasa loser, aku nak mak. Dah 6 tahun. Macam baru semalam je abang jemput aku dari sekolah suruh kemas-kemas baju cakap mak dah tak ada. Tapi tak penat sangat pun rasa loser bila kau dah faham selok-belok, liku-liku dan patah-rapuh yang ada. Selesa pun ada macam ni. Jadi seronok pun ada sebab kau tahu maksud bahagia dan perit. Tahu beza langit dengan bumi. Kawan cakap, 'loser itu kool'.

Kalau duit tu benda yang boleh jatuh dari langit bila-bila masa je kau jerit 'NAK DUIT!', dah lama aku berhenti belajar. Malas gila kena baca buku dan masuk kumpulan manusia-manusia yang kadang-kadangnya tak mengerti pun tapi bodoh sombong ingat tahu semua. Tu satu contoh. Kalau duit tu bukan keperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup, mesti aku nak duduk rumah makan, tidur, kemas-kemas, cuci-cuci, layan ayah tengok tv je.

Raya hari tu aku memang jadi adik bongsu bila tiba-tiba sibuk bercerita tentang ketidakadilan hidup. Kesempitan masa, ruang dan duit. Lelah. Aku nangis. Aku jarang nangis depan manusia lain melainkan tengok hindustan atau memang dah tak tahan sangat dah. Yang hari tu; berbekalkan sebab nombor dua. Aku juga nangis depan beberapa kawan lepas borak panjang lebar. Tak ada sebab konkrit, aku kata, 'tak ada apa, cuma sakit kat sini' sambil tunjuk tempat letak hati. Lepas tu tertidur. Ye, comel kan?

Aku buat beberapa keputusan besar sendiri kali ni. Harapnya hidup masih ada warna-warna pelangi walaupun mungkin pudar sikit. Tak apa. Asal ada. Asal ada. Asal ada. Tu dah jauh lagi baik dari tak ada apa-apa ataupun yang ada lesap tiba-tiba. Pun aku dah biasa sangat.

Ya, saya bangga dengan diri sendiri. Walaupun mungkin dalam beberapa minggu ni posmen akan bawa surat untuk buat aku terjun bangunan. Tak apa.

Hidup memang macam graf sinus.
Jangan pandai fikir diri je. Susah-susah sikit untuk orang lain tak apa. Dapat pahala bila tenangkan hati orang lain.