Aktivitas baru

Jogging dan berlari setiap petang yang tak hujan.

Bukan nak buat diet baru untuk kurus sangat. Aku cuma mahu mencapai sesuatu dan gembira dengan pencapaian itu yang bermula dari titik usaha sendiri keseluruhannya.

Cuma mahu mengalami dan menghargainya sendiri.

Untuk masa sekarang, aku mahu menjadi seorang pelari yang berdedikasi. 

Moga terbit usaha lain pula dari sini nanti.

Cepat menangis

Aku selalu doa. Supaya wajah tak nampak tua. Tapi Tuhan tua-kan pemahaman aku terhadap sekeliling. Supaya aku mudah faham situasi. Pantas bertindak mana perlu untuk menjaga kemaslahatan manusia-manusia yang aku suka. Keluarga dan rakan-rakan yang baik hati.

Tapi bila tersepit. Faham tahap mana-pun tetap aku tak mampu nak bantu uraikan segala apa yang terbelit. Segala resah yang menyesahkan hati.

Cuma mampu keluar memandang langit malam, pejam mata menikmati angin dingin dan tawakal tak ada mata-mata jahat yang memandang. Kerna di waktu begitu kalau-kalau datang manusia jahat cuba merompak, aku dalam keadaan paling lemah. Paling mudah pecah.

Sedang menangis dalam hati.

Dan sebenarnya salah-kah aku bila selalu saja bergenang air mata sejak kebelakangan ini? Menaip ini di sini turut menggangu nafas aku bila air mata mencerun laju membasahi pipi ke bantal tidur.

Tenang saja wahai dunia.

Lazying around sipping coffee

I find it hard to brain people with low common sense. Sometimes I wish I don't have a lot of common senses so that I wouldn't have to adapt with the unnecessaries all the time. Sometimes I think common sense is a matter of respect. Sometimes I think those with low ones are just pretty lazy to think about what it would be like to fit in someone else's shoes and so on. Sometimes I think too much like right now, yeah right now.

One more paper to go. Then finished with all the exams of my MSc. It's 140pm and tomorrow at 2pm I'll be sitting for the paper. Ha, haven't read any topics yet.

May God keep our heart at a safe place. Amin.