Of big things and small things

Biasanya hujung tahun akan meninggalkan aku cuma dalam keadaan paling melankolik, ataupun dalam keadaan paling gembira. Tapi kali ini ia sedikit berbeza.

Banyak benda berlaku. Kebanyakannya perkara yang membuahkan senyum. Jadi palit tahi atau tusukan duri yang busuk, menggigit beberapa kerat itu aku dahpun lepaskan pergi. Tak berbaloi untuk dikenang fikir.

Awal tahun itu hari aku buat permintaan untuk cuba memuaskan hati manusia-manusia yang aku sayang sebaik boleh, terutamanya keluarga. Aku yang dari kecil tak berapa pandai nak bermanja ini telah menyusun setiap satu rancangan untuk berada dekat, untuk ada di setiap panggilan, dan cuba selami hati seorang-seorang dari mereka.

Aku juga telah berjaya melaksanakan beberapa rancangan untuk kawan-kawan yang aku suka, kawan-kawan yang aku kasih.

Aku ini dikurnia minda yang bertindak hampir seperti seorang lelaki. Tetapi aku masih punya hati seorang perempuan. Waras aku kekal, emosi aku diganggu.

Kadang-kadang bila membesar, kita lupa yang kita dulu pernah kecil. Pernah dekat.
Kadang-kadang bila dah tinggi, kita lupa yang kita dulu pernah rendah. Pernah dekat.

Hidup ini masih selamanya tentang pilihan. Aku sudah dewasa dan punya beban untuk memilih.

Aku masih mencuba untuk menjadi yang paling baik di mata semua orang. Kerana dari mata, kau boleh baca hati manusia. Ini juga satu pilihan.

Kerana aku juga boleh memilih untuk tidak mengendahkan segalanya dan mementingkan diri.

Aku mohon untuk semua-nya selamat saja. Amin.

Seclusion

Dalam mencari alasan untuk meneruskan keterlangsungan hidup, aku banyak menggelamun membuang masa seorang diri.

Aku perlu berfikir dengan lebih serius akan capaian masa depan yang aku mahu. Nampaknya kali ini aku tewas dengan keadaan yang sedikit menghimpit. Manja rupanya. Aku terlalu lama dilayan dalam situasi yang damai, jadi bila datang ombak besar hampir saja meragut seluruh mampu aku.

Seumur hidup aku, aku tak pernah merasa sesak susah begini. Tak terbayang aku akan penderitaan yang dilalui orang-orang yang memerlukan, terhimpit dengan keadaan.

Untunglah bila dilayan teman-teman yang sudi, keluarga yang menyayangi. Mungkin tanpa sedar aku ini kurang menghargai apa yang ada di sekeliling. Sibuk mengejar perkara remeh, sampaikan terabai perkara yang penting.

Aku ditanya kakak petang semalam. Sama ada mahu cari kerja untuk jadi kaya, atau mahu cari kerja yang selesa. Aku cakap mahu yang biasa-biasa, asalkan gembira. Dia tanya lagi, tak mahu jadi kaya kah? Aku kata tak. Cuma mahu selesa. Persoalan ini mendorong aku untuk berfikir dengan lebih giat sampaikan aku rasa mahu tidur dan peluk mimpi saja. Kadangnya aku boleh jadi eskapis tanpa sedar.

Aku perlu mengasingkan diri dari berada terlalu lama dalam keadaan selesa seperti sekarang ini. Aku perlukan ruang untuk aku menaja imaginasi untuk bergerak lebih laju.

Aku perlu maju, untuk mereka yang lelah memikirkan tentang halatuju aku. Perkara paling perlu untuk aku lakukan sekarang ialah mengambil hati ayah. Ayah sudah tua.

To be told

I wasn't great. I am just awesome.

True story.
Sebagai manusia, kita suka menyusahkan diri. Bila diberi pilihan, mula-lah nak kata susahnya nak memilih. Bila tak diberi pilihan, mula-lah nak cakap ini semua tidak adil, tidak adil.

Konsep karma aku dah malas nak percaya. Buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat. Tu semua konsep yang boleh diguna-pakai bila dengan Tuhan saja. Dengan manusia, jangan sesekali nak percaya secara buta dan tuli kalau kau sayang nyawa.

Kerana jujurnya semua orang akan menyakiti kau. You just need to find the ones worth suffering for. Bukan aku kata, Bob Marley yang kata.

Ada kawan-kawan yang sedang sesak, terhimpit masalah yang tak berkesudahan. Ada kawan yang pergi, ada kawan yang datang. Ada kawan yang sibuk bercanda-mesra. Ada kawan yang baru bekerja. Ada kawan yang sibuk bekerja. Ada kawan yang berhenti kerja. Ada kawan yang mula belajar kembali.

Aku sedang bergiat mencuba sesuatu yang akan mengubah cara hidup aku ke jalan yang baru. Moga keputusan ini mendatangkan baik yang molek-molek sahaja.

Ringkasnya, aku kini nekad cari kerja. Menganggur cuma seronok bila ada duit. Percayalah. Jiwa anak muda macam aku ini bila duit menipis kalut semacam juga. Mana mampu nak tanggung kegilaan dan kemahuan yang menggila.

Bigbadwolf pun aku tak mampu nak jejak. Khuatir dirasuk roh-roh yang mampu menghasut aku berbelanja hingga ke ratusan ringgit.

Sekian, laporan terkini.

Sebak

Kalau boleh, aku tak mahu segala beban rasa yang aku tanggung ni orang lain tahu. Biarlah aku mengharung segala tujahan bertubi hari-hari yang sudah pun berlalu itu sendirian. Tetapi aku tidak lagi dalam golongan yang mampu bila kau cabar tahap kemanusiaan aku, kawan.

Jadi aku berkongsi cerita dengan beberapa teman yang menadah.

Maaflah. Aku harap Tuhan tak kategorikan yang ini sebagai dosa yang berat. Cukuplah apa yang dah sedia ditanggung.

Kalau dengan situasi sekarang ini mampu buat kau tenang di sana, aku sudah tak kisah sangat. Selaku pemilik hati yang lembut, masih berbaki sakit pada luka yang berparut sudah. Bukan salah kau bila kau tak mampu menghadapi aku waktu itu.

Begini pun boleh sebak. Kerna sepatutnya keadaan tidak perlu seperti ini. Ia sepatutnya sudah selesai, mudah- tanpa perlu dihentikan.

19# - Sexy

Hello me

I'm hungry but I am too lazy to go downstairs and grab the leftover lasagne and throw it into the microwave for 30seconds. Now that I have said it, let's go and eat shall we?

I am not that lazy when it comes to eating.

18# - Be calm

To some extent of reasoning

There were times when you were caught thinking over the same matter again and again. And then you feel suffocated and lost. You got carried away with something else but the heavy thoughts stay. It's too heavy you can't seem to move even an inch. Perhaps you wanna blame the gravity for locking you to the ground. All you're able to do is to stare blankly at the ceiling. Looking at the rotating blade as if you could see through it and touch the darkness outside. You imagined the sky hanging up there with the stars. You wished to grab one but it's still too heavy to lift your hand. So you just stayed that way for a long time. Waiting for something to happen. Waiting and wishing for a miracle to appear and ease the burden. You befriend with the silence. You started to believe in things. Even things that seems like no way it could be real. You talked to yourself, because no one cares to listen. But someway, somehow you learnt that hope kills. You started to get tired to keep on living. You wanted to blame somebody but there is no one near to point. You started to disappear. You put the rules behind. You care less.

Then you realized that none of these make sense. So you stopped. You just stopped. Because that's what you've been wanting all these while. Sometimes, when you get too absorbed like this, you get frightened of yourself.

02:31, 061212
Aku tak percaya yang semalam aku menangis teresak-esak sampai tertidur. Aku hampir terlupa aku gugurkan air mata semasa berbaring menunggu tidur menakluk tubuh. Harini bila bangun muka sembab. Mata bengkak, lebih sepet dari biasa. Tapi sebenarnya aku ingat sangat apa yang sebabkan aku merintih tiba-tiba. Benda sama yang mengganggu gugat tenteram yang ini. Benda sama je sejak bertahun sudah.

09:22, 240812 

Peh, padu!

Aku perlu menjadi lebih padu. Supaya hidup terasa lebih padu. Contohnya bila nak cakap pasal kehidupan blabla, boleh cakap 'oh padu je life aku skang ni'.

Entah apa aku mengarut.

Teehehee

Hari-hari makan banyak. Kalau diberi pilihan, sampai bila pun aku taknak tukar keluarga yang ni dengan yang lain. Gemuk pun gemuklah. Mana boleh tak makan. Kalau nak turunkan berat aku yang kena usaha lebih berlari ke mana-mana.

Malam ni ada Frinjan. Dekat je kalau nak pergi. Tapi tak pergi sebab tak sempat. Makan, layan bebudak, bersembang teh o panas dua jug, basuh kain, sidai kain, paksa bebudak tido dan sebagainya. Kalau ada teman wanita yang janji nak pergi sama baru aku gerak sebenarnya. Oleh kerana fulus kurang jadi tak ada guna juga walaupun nafsu mahu tu ada.

Mencari barang yang hilang tak sama macam mencari cinta yang hilang. Sungguh aku perlu kuasa magik nak kesan mana benda-benda alah tu boleh lesap. Nasiblah tidur lena makan kenyang. Otak je penat, hati tak tenang.

Sekian.

Terlebih rehat

Aku terlalu banyak masa bersenang-lenang bila berada bersama keluarga yang terlalu baik seperti ini. Terlebih makan dan suka tidur. Aktiviti untuk berpeluh sudah dihentikan. Bila kaki dan tangan aku cepat kebas kebelakangan ni, aku sedikit risau. Tapi aku bukan doktor jadi aku malas nak ambil tahu lebih dan aku masih rilek dengan diet nescafe o dua gelas sehari. Ini-pun aku sudah kekang nafsu. Ikut hati memang boleh mati. Bukanlah minum ni je sepanjang hari. Aku juga makan dengan banyak macam yang cakap tadi, sampai terlebih makan. Kasut sukan aku sudah berehat hampir 3minggu. Kasihan dia.

. . .

I wish I could bring light to people I care about most of the time, but I am not capable of doing so. From time to time, I would say sorry to you for mistakes I have done and mistakes I have not yet committed. Because I put people I know very dear at heart. I may seem untouchable and unmoved by the attachments I made around, but I am always in a very vulnerable position. You see, I have flesh heart. Blood in the veins can easily be drained and then I will die soon. You're gonna die too. We are all gonna die. And I need you to know this. I never put my heart in the wrong hand because no one should be able to hurt me without my consent. I am the one who always play a safe bet. Sometimes, I do take challenges. But usually I made sure that my heart is strong enough to bear the consequences. If life bores me, then that's it. If you hurt me, then that's it. I will find some other ways to entertain a me. I will find some other you to befriend with a me. Life does not revolve around you only. There are also me and everyone we know. Not to forget other people out there (whom we does not know, would not care to know and might know later) who try to reach in and out of their own unsolved matters.

Life sucks sometimes, but not at all time. Trust me. Like right now, I'm in a serious trouble- it's heavy. Perhaps later I'll be feeling as light as a feather.

04:42, 261012

Hati, hati-hati

Penat sebenarnya nak tinggalkan sesuatu tabiat yang menjadi darah daging selama ini.

Umumnya orang kita suka fikir mudah tanpa beratkan otak dengan mengkategorikan apa yang menjadi amalan sejak turun-temurun itulah yang paling betul. Lagi lama lagi bagus dan sebagainya.

Apa yang salah dirasakan tak salah berlapikkan alasan terbiasa. Padahal segalanya dah musnah dek terlalu mementingkan diri.

Sepayah mana nak menyesuaikan kaki kita dalam kasut orang lain pun, cuba-lah. Cuba. Tak berdosa pun kalau mencuba.

Se-tak-reti-mana-pun, belajar-lah. Bukan payah pun nak membaca orang. Tak susah pun nak tahu sama ada orang itu terluka, orang itu jatuh cinta, orang itu egois, orang itu bermasalah dan sebagainya.

Untuk interpretasi yang sebegitu, kamu cuma perlu lihat dan rasa dengan baik. Dengarlah hati kamu berkata-kata. Kalau tak mampu latihlah ia sampai mampu.

--

Sekeras mana-pun hati besi aku, gugur juga air jernih di pinggir mata yang menahan pedih bila hati rasa berat yang berat betul. Bila berkeadaan macam ini, aku cuma mampu diamkan diri lama dan berdoa. Berdoa dan berdoa yang aku ini di pihak yang betul kerana semampunya aku telah mencuba dan melaksanakan apa yang aku rasa perlu dalam etika--yang betul. Forgive me Ya Rab. Kuatkan aku.

20:07, 181012

Yuk kerja, yuk!

Kalau nak cakap aku rasa tak rugi bila menolak tawaran pengajian berbekalkan duit Amanah Rakyat untuk ke Perancis, tipu-lah.

Cumanya aku betul tak bersedia untuk menghadap buku lagi buat masa ini. Walaupun cuma untuk menjalani persediaan dan belajar bahasa bermula Disember ini. Oleh kerana sesi temuduga dengan wakil dari universiti dan kedutaan sana sudahpun berlalu, aku dapat rasakan satu kelegaan sebenarnya. Peluang tu sudahpun ditutup, jadi aku tidak lagi perlu berfikir untuk memilih.

Sekarang cuma tinggal satu pilihan saja.

Aku harus bertindak untuk cari kerja bagi mendapatkan jumlah wang tertentu yang diperlukan untuk menyuap nafsu serta kegilaan-kegilaan yang ada. Cumanya, pesen kerja macam mana yang aku mahu ini agak sukar untuk dicari. Kerna aku dilahirkan untuk kerja dengan diri sendiri.

Macam sekarang, sebab tu jam 11 baru nak kalut bangun mandi tadi.

Puii, cemerlang betul.

Tapi sayang, sayang, sayang

Aku jatuh cinta sungguh dengan lagu ni. Lebih dua bulan dah aku hafal nyanyi setiap hari. Tajuknya 'fatwa pujangga'. Artis asal S. Effendi. Ada versi oleh Aishah. Ada versi oleh Rendy Ahmad. Kalau kau suruh aku menyanyi sekarang juga aku boleh nyanyi secara langsung. Tapi perlukan audiens yang menerima lah kang tak pepasal aku terjerit-jerit menyanyi menjiwai kau terjerit-jerit suruh aku diam. Aku nyanyi dan hantar pada kawan aku melalui pesanan ringkas. Dia cakap sedih betul aku nyanyi. Sampai dia pun terkedu mendengar. Ha ha!  

Budak Cina hensem

Ada sorang budak Cina sekolah menengah yang ambil kelas tuisyen kat atas TF Seremban itu hari bagi aku hensem-nya. Gaya cool habis. Speaking lancar, wallet duit tebal (aku selalu jeling tengok setiap kali dia nak bayar kat kaunter). Hampir setiap hari dia akan datang beli dan makan. Sorang ataupun lepak dengan kawan-kawan bangsa India. Lebih kurang dua kali seminggu, mak dia dan adik dia akan datang makan lepak sekali lepas kelas tuisyen waktu malam. Oke kesimpulannya dia hensem dan kaya.  Daripada gaya percakapan, aku juga mahu simpulkan yang dia bijak lagi pandai. Kalau aku jadi budak pompuan Cina yang sekolah atau tuisyen sekali, dah lama dah aku ngorat. Ya lah, aku kan comel. Tapi konpem aku yakin- budak Cina hensem, kaya dan pandai ni takkan layan pun.

Sebab apa?

Sebab dia cool. Peh.

Yeah I'm still a living creature

Menjawab persoalan hidup serta perihal rancangan kehidupan dengan seorang teman rapat siang tadi, left me thinking over and over again about what I am doing at the moment. Fasa-fasa yang telah pun berlalu membuatkan aku sedikit mengah. Lagi-lagi dalam keadaan tidak berduit seperti sekarang. Kalau perlu ikat perut, memang aku ikat kuat. Akan tetapi dengan kurniaan keluarga yang kasihnya melimpah ruah, manakan mampu untuk aku kurus tak makan. Alhamdulillah bak kat Hann, tak pernah lagi tak makan. Yeah I'm broke too. Bezanya dia dah ambil langkah mulakan kehidupan baru dengan berani, manakala aku masih pengecut yang menyorok daripada realiti yang pada aku, sangat mengerikan. Seberani aku naik semua roller coaster di Movie World tempoh hari pun (dua daripada tiga, aku berseorangan), aku betul tak suka memulakan sesuatu yang baru. Baru bermaksud asing. Asing bermakna tidak familiar. Sebagai manusia, janggal buat kita terkeluar dari zon selesa.

"Life is not all about money. But we need money to live."
15:45, 141112

Hulllooo!

Safely at home in Bangi. Now, now mau cari kerja apa ya nak tanggung kehidupan?
Berfikir mudah. Bertindak mudah. Tapi bukan senang nak memahami dan cuba tenggelam sama. It takes a lot of guts to do so. Sebab bila hati rasa kecut, kita takkan ambil risiko untuk faham lebih. Kita takkan ambil risiko nak lemas sama-sama. Kita takkan ambil risiko nak turunkan darjat diri yang kononnya mulia dari orang lain. Bodoh kan? It's all about steps you take to learn and respect your surrounding. And you gonna be wiser. Bukan susah pun nak cuba celik tengok luas-luas keadaan yang ada. Tapi nak juga tegakkan diri taknak tunduk pada isu yang terbentang. But then, sometimes there will be a situation on which no one is to blame. Though perhaps still you wanna win the argument or let the other side understand what you feel. Because you feel hurt by the misleading situation. Well, sometimes you just had to put your defense mechanism aside to put things at ease. Sometimes, you just has to stay calm and keep silent. And when it happens, you just has to swallow and pray to let it pass. Easy. And yes, you gonna be wiser.

(note to self, last week+days)

Hey there. I am in Brisbane right now. Staying over at my friend's. At the moment using the computer at her campus of UQ which stands for University of Queensland. Tomorrow I'll have to pack my things and go to Goldcoast. Gonna take all the rides that cost me big sum of money just to enter the parks. Wait, had to shop a few things first at Harbour Town. Hope I have enough money to support my desire though. Really, I can't quite understand the slang here. I am more British at heart than I resemble. Keh keh.

Bonne nuit peeps. It's quite cold here at night and in the morning. I just wanna enjoy the present and safely go home.

051112

Hmm hmm hm

Saw this on Kareem's blog.

Segala semangat aku hilang tiba-tiba kerana extra meluat dengan apa yang berlaku. Mengantuk pun hilang. Benda ni Mac haritu. Gila. They are women. Makciks. And there were also men. Still, sorang pun tak aktifkan sel-sel neuron masing-masing nak faham keadaan. Coach tu cuma minta hormatkan kawasan dia je untuk budak-budak teruskan latihan yang tergendala kat situ. Makciks pula sibuk duk suruh 'listen' but none of them did listen to what the coach is saying even from the start. And shouting 'don't shout' out loud nonstop. Lepastu gila apa semua orang adalah ketua? No wonder semua nak bersuara serentak.

Oke I need to stop here. Watch it and judge it yourself.



Oh, em. Makciks ni apa rasa eh bila tonton video ni sendiri? Malunya. Sedara-mara, anak-beranak suku-sakat semua, malu tak?

Malu infiniti.

Selamat pagi

Khusyuk betul aku tidur dalam tempoh 2jam setengah seorang diri di tengah-tengah rumah kat ruang televisyen. Sedar-sedar ayah duk bebel cakap jam dah tunjuk pukul 7pagi. Rasa nak makan telur masak separuh 2biji. Tapi dah penuh bungkusan nasi dalam plastik atas meja ni.

Em raya oke. Tuk imam baca khutbah sedap. Daging dah banyak masuk mulut, ke perut dan ke jamban. Banyak gelak tawa, banyak momen yang baik-baik.

Sepatutnya aku gerak Bangi hari ni; Ahad, tumpang kawan-kawan yang ada. Tapi lepas fikir dalam-dalam, aku tak mampu nak bertahan walaupun beberapa hari dari segi kewangan kat sana nanti. Oleh kerana sudah ada tiket penerbangan berjadual lusa yang dibeli Februari lalu, guna sajalah. MYR20 cuma. Niatnya mahu batalkan yang ini kerana kesuntukan masa untuk berkemas bagi perjalanan jauh hari Khamis nanti. Dek kesempitan diri, duduk sajalah di kampung halaman dan mengemas membuat apa patut dalam bilik bujang anak bongsu ini. Nanti tahulah aku apa nak buat berkalut-malut. Macam tak biasa.

Dah 841am, oke mari makan!

Bohhhhh, mmbbekkk

Hujung bulan lalu, aku membebel tentang duit. Rasa tak cukup. Rasa takut. Rasa gerun nak mula hidup bekerjaya. Rasa macam-macam. Aku rasa nak menangis. Tapi jiwa aku ke laut. Otak aku tak fokus. Hati tak tenang. Aku tahu aku agak terbawa-bawa belakangan ini. Entah apa-apa. Aku tak dapat pegang apa-apa dengan baik. Rakan serumah aku cakap jangan fikir sangat tentang kerja dan duit. Ada teman cakap jangan duk risau sangat. Semuanya akan baik-baik. Selesaikan apa yang aku rancangkan terlebih dahulu. Tapi bila jadi manusia, beginilah gayanya.

Kali ni, aku rancang untuk lebih menikmati. Kali ni aku mahu lebih merasai. Kali ni aku harap aku tak memberatkan otak sampai sarat dengan macam-macam. Kali ni aku cuma mahu tenggelam dalam realiti yang menyempit, tanpa rasa lemas kerana aku tahu aku mampu sangat berenang ke tepian. Mungkin kali ni aku juga mahu meraikan diri untuk berendam sedikit lama. Banyak perkara yang aku tak mampu olah dengan kata-kata. Tuhan tahu, Tuhan tahu. Aku cuma mahu puaskan diri, kerana aku tahu di beberapa sudut sana akan ada manusia-manusia yang takkan berasa puas dengan aku. Tuhan tahu, Tuhan tahu.

Seberapa banyak tenaga yang aku salurkan untuk membantu kawan-kawan pun, seberapa mampu aku dalam memegang energi untuk memulihkan sesuatu pun, seberapa boleh lagi untuk aku teruskan perjuangan yang ini pun, kalau kau atau aku cuma mahu bermalasan dan malas bergerak, maka begitulah. Kau, kau. Aku, aku. Sudah ter-tetap begitu. Kalau rasa nak jadi bodoh, maka bodoh-lah. Kalau rasa nak berusaha, maka berusaha-lah. Setiap satunya sudah ditetapkan Dia. Kau ada akal, kau carilah jalan pintar untuk hidup.

Tapi sekarang ni fokus aku cuma pada daging lembu. Ya, cuma padamu wahai lembu. Dan ya, daging kambing. Raya korban setahun sekali, apa salahnya berkorban ruang untuk lemak wahai perut? Walaupun senantiasa saja kamu berbuat baik memberi ruang kan perut? Trimas.

Selamat hari raya Aidiladha. Makan sampai kenyang ya!
Harapnya kesihatan baik-baik saja. Tak ada sakit demam tak bermakna tak ada penyakit. Selaku seorang aku yang sebelum ini sangat terurus, ada banyak perkara yang mengganggu gugat ketenteraman diri aku belakangan ini. Hilang fokus terhadap banyak benda/perkara. Dan ya ia memudaratkan pada beberapa segi. Beberapa hari aku vomit tengah malam sebelum tidur. Feel dia macam zaman gastrik teruk waktu matrikulasi. Tak sedap langsung. Kalau ianya adalah penyakit dalam diam, janganlah bersembunyi lama sangat. Minta jauh. Aku perlukan kesihatan yang baik. Terlalu banyak perkara yang aku belum laksanakan, terlalu banyak impian yang perlu aku usahakan, terlalu banyak kasih manusia yang belum mampu aku balaskan. Dan aku rasa mungkin tak ada penyakit pun. Ini cuma frasa banyak fikir yang memakan diri. Tapi betul beberapa aspek diri aku ada sedikit perubahan. Aku bukan yang macam ni sampai boleh tak tentu hala nak buat apa. There must be something wrong somewhere, and I am sorry for that. I am sorry even for myself. Pathetic I am, but it's true. Akan ada masanya lagu-lagu yang menjadi alunan manja setiap pujukan malam, setiap bangun pagi pun tak mampu nak beri impak pada kestabilan yang ada. Ada gangguan yang aku panggil bodoh suka buat bangang bila aku bersendiri memandu. It's like I am this whole new person, a racer perhaps. A reckless one. Heh. Mengada gila. Nasiblah balancing dan alignment tak sempurna, jadi paling laju ialah 99km/h. Aku perlukan kanvas baru. Kanvas yang betul baru. Tahun ni punya sudah ada contengan yang aku tak gemar. Jadi harus dibuang tolak ke tepi. Tapi keseluruhannya, tahun ini selain keadaan aku yang sedikit terumbang-ambing seorang diri, segalanya baik saja. Thanks to You, syukran. Maaf, malas buat perenggan. Yeah I am that lazy.

(entri tanpa tajuk)

Di tempat aku mencari nafkah hidup bujang demi menampung perbelanjaan untuk aku menjelajah benua baru ini, banyak perkara baru yang aku perhatikan tentang habit manusia. Tentang cara berkomunikasi, tentang hormat, tentang macam-macam. Aku belajar tentang tanggungjawab. Aku belajar tentang etika. Aku belajar untuk tak malu bercakap. Dan macam biasa tanpa perlu belajar aku perlu senyum sepanjang waktu bekerja. Jiwa aku oke sahaja dengan situasi seperti ini. Cumanya agak lelah bila usaha untuk menghabiskan pembacaan buku-buku masih tertunggak. Walaupun banyak waktu senggang sepanjang syif bekerja, agak susah untuk aku membelek bahan bacaan seperti novel. Kerana setiap kali ada pelanggan masuk ke kedai, aku kena bangun dan ucap selamat datang kepada mereka. Lepastu menggelabah nak kena baca ayat yang sama kembali.

Dalam lebih kurang seminggu lagi, aku akan menamatkan sesi hidup di sini. Dalam tempoh ini, aku minta pada kakak untuk tidak diberi cuti supaya boleh aku kutip sisa gaji yang terkumpul sebaik boleh alang-alang sudah menetap di sini. Aku tahu memang nanti akan terpaksa juga gunapakai duit simpanan untuk melancong kali ini. Duit simpanan yang semakin hari semakin berkurang. 

Sedikit tak sabar untuk beraya aidiladha lagi dua minggu lebih. Kali ini seluruh isi keluarga akan berkumpul. Kali ini akan menjadi titik baru untuk dicatat dalam carta aktiviti menggembirakan aku untuk tahun ini. Tahun ini, ialah tahun istirehat. Tahun ini, ialah tahun untuk keluarga. 

Tahun ini, ialah tahun untuk aku cari aku.

Harapnya semua baik-baik saja.

And I lost a mother, again

Akhir Ogos lalu,  sewaktu lebih separuh rakyat Malaysia sedang menyambut kemerdekaan tanpa banyak pengertian, seorang hamba Allah yang aku sangat suka telah kembali ke rahmatullah. Aku kenal beliau dari kecil, dan beliau kenal aku dari janin. Aku panggil dia, Ibu. Kawan baik ayah dan arwah mak. Di-diagnos kanser hati, limpa, perut etcetera. It was a Friday.

Terlalu banyak jangkitan, merebak merata walaupun setelah dilaksanakan sesi kemoterapi dan sebagainya. But she fights well and I am glad for that

I could see it in her eyes the last time I saw her dalam unit rawatan rapi HUSM, Kubang Kerian. The place where I was born. And it was also the place where mom had her last breath on bed.

Seminggu sebelum Syawal, ada operation dilaksanakan untuk beliau. Para doktor terpaksa menjahit kembali kesan koyak untuk pembedahan tanpa melakukan apa-apa pada beliau. Terlalu berisiko tinggi. Kawan baik Ibu, juga kawan baik Mak memesan pada anak-anak dan teman-teman rapat untuk tidak memberitahu Ibu tentang hal tersebut. Just tell her that everything is fine. Jadi daripada detik itu lagi, kami semua sebenarnya sudahpun bersedia untuk memberi lambaian akhir pada arwah. 

We let her go awal lagi. In our own silence.

Kali terakhir aku melihat Mak dengan nafasnya yang lemah ialah pada suatu petang Sabtu, July 3rd 2004 to be exact. Aku dalam baju uniform sekolah, bersedia untuk dihantar abang masuk semula ke asrama petang itu. Pada kaca televisyen di ruang tengah wad, disiarkan lagu nyanyian Guy Sebastian, 'angels brought me here'. Esoknya abang datang selepas Subuh untuk ambil aku dari sekolah. Itu adalah kali pertama dan terakhir aku melihat abang dalam keadaan begitu.

Sekali lagi, aku dalam uniform sekolah.

Pada hari terakhir aku bertemu arwah Ibu, Ibu sebenarnya dalam keadaan sebak dan matanya berair seperti menangis melihat aku dan kakak di tepi katil. Kami terpaksa tenangkan dia supaya tidak cuba untuk bercakap. Kami bisikkan pada dia, kami sayang Ibu sangat-sangat.

Ibu adalah antara beberapa kaum ibu yang sangat menghargai anak-anaknya. Sangat menghargai pelajar-pelajarnya. Sangat kasihkan perkara sekeliling. Sangat-sangat baik.

She was a good mother, a perfect wife, a kind teacher and a superb friend. To us siblings, we lost a second mother.

Dan aku, kembali mengingati setiap detik yang telahpun berlalu 8 tahun dulu.

Al- Fatihah.

Konvo sudah saya

Aku dah pun selesai menghadirkan diri ke majlis konvokesyen yang meraikan aku dan rakan-rakan yang lain. Sebenarnya sejak mula sesi praktikal Januari lalu aku sudah berkira-kira untuk tidak melibatkan diri dalam majlis ini. Atau awal lagi. Akhir tahun lepas lagi aku dah bersepakat begitu dalam hati. Kerana majlis ini melibatkan wang ringgit dan pembaziran masa. Dan memenatkan kerana ia leceh pada aku.

Jadi, waktu tarikh pembayaran untuk jubah dan sebagainya mula dibuka sesinya, aku tak ambil pusing sangat. Selepas beberapa jenak, keluarga mula tanya itu ini tentang hal konvokesyen. Bila, mana, macam mana, dan segala jenis soalan aku kena hadap. Betul sebenarnya, aku tak ada hati.

Menjadi yang paling akhir dalam keluarga untuk memegang gulungan ijazah, aku sebenarnya memikul satu tanggungjawab juga. Entah apa daya tiba-tiba menarik aku untuk menguruskan segala hal konvokesyen dengan cepat dan pantas.

Keluar saja dari dewan yang besar itu, sesudah saja sesi penggambaran individu dengan jurukamera berbayar, aku mendapatkan wakil keluarga yang datang ke majlis.

Aku salam ayah, peluk ayah, cium ayah dan ucap tahniah pada ayah kerana semua anak ayah sudah grad sempurna. Ayah yang pada waktu itu sebenarnya sudah sedia nak ucap tahniah pada aku tak jadi nak ucap. Terus saja ayah cakap, a'a lah dah habis dah semua anak ayah. Ni yang paling akhir.

Sempena adanya majlis konvokesyen ini, along yang dah lama tak jejak sini seronok datang menghiburkan jiwa. Ayah yang belanja dia. Ayah pula dibelanja oleh angah walaupun awalnya ayah cuma minta uruskan pembelian tiket dengan menggunakan kad beliau sendiri. Ayah pula seronok bermain dengan cucu yang tembam.


Paling penat sebenarnya kaki aku. Kenapa-kah diwujudkan tumit yang tinggi? I wish I could walk barefoot on stage. Sampai je aras parkir aku tanggal wedges jalan kaki ayam ke kereta. Sampai kereta sarung pakai selipar jepun merah berbiji-biji. Rasa macam kaki diurut seketika.


Kami semua berkumpul di rumah makcik untuk makan tengah hari dan sesi melepak makan minum berterusan sepetang. Aku macam biasa pengsan sendiri dek kehabisan bateri di sofa ruang tamu, masih dalam baju kebaya selepas kenyang makan nasi dua pinggan. Celik mamai dah petang, makan bihun dan minum milo ais pula. 

Cerita pasal sofa rumah makcik di Seri Kembangan ini, akan senantiasa ada bulu kucing yang berwarna putih kerana wujudnya beberapa ekor makhluk tersebut yang mendiami rumah ini bersenang lenang. Hari-hari vakum pun tetap sama. Dan sofa ini adalah antara tempat baring paling sedap dan tapak tidur paling lena dalam hidup aku. Dari aku kecil, besar sikit, zaman malu segan, zaman datang bila lapar dan tagih kasih tanpa segan, momen nak sendel dengan kucing dan sebagainya. Makcik ialah adik Mak.

Kembali ke topik konvokesyen.

Yang sedikit istimewa masa aku sengeh-sengeh atas pentas tu sedia nak ambil skrol (bukan skrol sebenarnya, benda petak buat isi sijil berlambang universiti tu apa nama entah orang panggil), Dato' cakap 'tahniah ye Syazana', automatik aku pun 'ohhh, terima kaseehh datoook' dan sambung sengeh-sengeh. Aku tanya budak lain semua cakap 'tahniah' je. Keluarga pakat duk gelak cakap dato' suka aku. 

Pasal konvokesyen yang telah berlangsung, ada banyak perkara baik berbanding perkara kurang baik daripada hasil pemerhatian dan perasaan aku. Jadi, syukran ya Rab.

Banyak masa aku rasa aku kurang bersyukur. Maaf. Moga sentiasa beringat-ingat mengingatkan. I should better look further and deeper. Tak terkira benda yang aku patut syukurkan sebenarnya.

Hey guys, thanks a bunch. Bundle of bunches. Hahah.

Really, thanks.
Untuk pengetahuan kamu (dalam rasa sedikit riak), aku dikurniakan senyuman yang manis. Sebenarnya daripada sini-lah terbitnya gelaran 'pisang' waktu aku tingkatan satu. Sebelum itu, aku cuma dikenali di kalangan kakak-kakak senior sebagai 'budak yang paling suka senyum'. Teman rapat aku yang mula memanggil aku begitu sebenarnya. I'm cool with that sebab aku awesome.

Awesome kan jadi aku? *bersiul*

Esok ialah majlis konvokesyen aku. Dengan majlis rehersal semalam yang entah apa-apa pada aku kerana gaya pengurusan yang agak lemah, dan aku yang belum tidur malam sebelumnya menggunakan masa di dalam dewan dengan baik untuk melelapkan diri, aku harap aku berjalan elok saja di atas pentas penerimaan skrol. Kalau tak silap aku, si pemberi skrol berketurunan raja-raja Melayu.

Baju pakai yang mana ada.
Tudung pinjam kakak.
Jubah dan topi sewa.
Kasut hampir lusuh kakak punya.

Sempurna saja dengan senyuman yang aku ada. I should be fine. Konvo, bukan kahwin. Ihiks.

Tapi dengan darah gemuruh yang kalau pergi bank atau pejabat pos menunggu angka giliran dipanggil pun boleh gugur jantung, esok tentu aku bertukar jadi vampire juga untuk beberapa ketika.

17# - Super cheesy



Lagu ni ada dalam thumbdrive yang dicucuk pasang pada televisyen di tempat aku sedang bekerja. Seawal seminggu bekerja di sini, girlfriend aku sudah tertarik dan jatuh cinta sama lagu cinta yang ini. Which is good, coming from her who loves RnB, techno and music I can't listen to 24/7. To her, my type of music would make anyone who listen to it fall asleep on the dot (;

Magis dari Tuhan

Selaku manusia yang benar manusia, bila datang saat untuk jatuh, aku jatuh betul. Dalam surat-surat terdahulu yang aku pernah pos-kan ke Dia, aku selitkan pelbagai contengan dan sisipan nota. Aku bagitahu itu, aku cerita ini. Aku bebel itu, bebel ini. 

Dalam kawanan rakan yang aku ada, bukan mudah untuk aku buka hijab masalah yang aku kumpul pada mereka. Untuk sesetengah orang, aku cerita beberapa halaman yang ini. Untuk sesetengah orang lagi, aku cerita beberapa halaman yang lain. Ada juga halaman-halaman yang cuma aku saja tahu. Halaman yang cuma aku kongsikan dengan Yang Satu.

Ada masa aku memang memilih untuk bersendiri tanpa ditemankan sesiapa. Ada masa aku parah betul bila bersendiri. Benda ni menjadi-jadi bila bawa kereta sorang-sorang. Sekali lagi aku nak cakap, aku belum mahu mati.

Se-kelihatan seperti kurang bermaya untuk hidup ke apa-pun aku, aku belum mahu mati. Masih bertambun hutang aku dengan manusia, masih merata bekal yang aku perlu cari untuk hari esok. Ada hutang manusia dengan aku sejak lebih empat tahun yang lalu aku masih tunggu. Tunggu.

Datuk Kame kan dah cakap, 'kata perlu dikota'. Tak kenal Datuk Kame padan muka. 

Bila jadi manusia yang benar manusia, kita bukan boleh lari dari ber-perasaan dengan perkara sekeliling. Sama ada baik atau buruk, manis atau pahit. Kawan baik aku waktu matrikulasi dulu pernah cakap, 'perasaan tu datangnya dari Tuhan'. 

Ada beban terkumpul sejak minggu-minggu lalu aku dah cuba korek buang. Tinggal sisa sikit saja lagi. Lagipun perkara yang aku sibuk gemburkan itu pun tidak patut difikirkan pun. 

Gatal nak fikir sendiri terseksa. Puii.

Aku rindu Naruto. Ada kemungkinan akan mula baca dari awal semula. Entah sanggup entah tidak.

Sejak tiga hari lepas suhu badan tak berapa betul sebenarnya. Berhingus, selesema. Gila budak hingusan lagi aku ni rupanya. Padahal genap seminggu lagi dah nak konvo.

Fuhh fuhh. Tenang-tenang aja yuk!

September, 15

Aku sering menjerumuskan diri dalam pemikiran yang berat. Bila berkeadaan seperti ini, aku cuma mahu ada dalam pelukan arwah mak.

Tapi bodohlah kalau aku mahu salahkan perkara yang sudah-pun berlalu. Walaupun betul pada dasarnya memang ada episod di kehidupan lepas yang sampai sekarang aku berharap untuk ubah jalannya.

Belakangan ini aku kembali mengaktifkan habit lama aku yang suka termenung. Payah rupanya untuk mendapatkan walau se-sen duit dalam sehari-hari.

Ramadan yang baru saja berlabuh pergi betul memberi aku banyak pengalaman baru.

Maka Tuhan, jaga-lah aku. Pimpin-lah aku. Rangkul-lah aku.

Aku belum mahu hilang.

Anxiety

I want to have the gut to stand for what I believe in. Thus, I hope I believe in the right thing. I hope, I am doing the right thing.

God, please stay.

250812

"

The night so serene I almost forgot that this heart still desire for something of the unseen. I am searching for the one whose presence is enough for my existence. The one who is going to live through life, and death--with me.

130511

16# - Lullaby


Lama tak bagi blog ni menyanyi.

Busy tak busy,

aku memang terus lupa nak kena reply form macam-macam untuk majlis konvokesyen ke-9 Oktober nanti ni.

Esok dah pun dateline untuk bayor jubah.

Baru nak search driver nak install printer. Baru nak cucuk duit. Baru nak bayar fee. Baru nak isi form. Baru nak ah macam-macam.

Aku salahkan website yang tulis 28 September, bukan 10 September. Rupanya asing-asing jubah dan skrol punya pembayaran. Apekehel skrol mahei pun entah ber-antah.

Sekian, aku sibuk.

Pelaburan

Siapa kat sini ada seluar tidur 3suku cotton polka dot atau corak bintang atau belang atau apa-apalah yang dibeli di gedung 'kedai rejek' pada harga 20ya sehelai. Pernah juga ada sale buy 1 free 1. Saiz dari s sampai ke xl tak silap. Aku pakai saiz m saja bagitahu. Yang sekarang bersepah dalam gedung tu adalah samada boxer tak lawa tapi mahal untuk kualiti kain yang ditawarkan ataupun seluar pajama panjang yang berharga 40ya sehelai. Gilo apo? Baik gi beli kat 'la senja' je. Menci i. Nasiblah aku dah beli 4 helai masa yang best ni masih wujud. One at a time. Satu kakak curik. 3 masih dalam kondisi baik. Dari mula sampai tamat ijazah dah pun. Terbaik kondisi seluar pajama ni. Kiut miut lagi.

Aku nak cerita pasal investment sebenarnya. Bila invest pada benda yang betul, rasa puas hati bukan? Aku perlu lebih berhati-hati bila nak keluarkan duit pada geng kaut untung berleluasa ni mulai sekarang. Jaga nafsu! Bukan mudah nak dapatkan walau seringgit duit. Samada belibelah ataupun beri derma.

Belibelah sehelai jubah sedikit mahal/tak maha pun tapi cantik dan berkualiti. Puas hati. Aku ada satu jubah hitam beli lepas SPM pada harga 90ya. Sampai sekarang sempurna lagi. Sekarang tak dapat kot harga ni. Dah jadi trend sangat kat sini. Jubah jadi mahal.

Belibelah baju sa puluh riyal beberapa helai tetapi pakai dua kali dah taknak dah. Rugi dan membazir. Ada je tshirt beli uptown harga 10ya tapi aku pakai bertahun. Superb.

Beri derma pada yang memerlukan tu bagus. Akan tetapi lebih elok kalau derma pada yang jelas cahaya imannya bukan? Maksud aku, bagi pada orang yang kita tahu/rasa dia ni solat jaga puasa penuh dan sebagainya. Takpun derma kat tempat ibadah yang kita singgah. Ia akan jadi pelaburan akhirat yang berpanjangan sampai mati, lepas mati juga ada la. Untung yang ni takleh nak cakap/cerita. Berjela-jela. Bab yang ni, boleh senyum sungguh-sungguh.

Sepuluh sen pun, kalau dapat beli gula-gula yang sedap, seronoknyalah. Kan?

Kerjaya sementara saya

Kalau agak-agak ada nak jumpa sua muka (tepuk-tepuk pipi), meh la ke Uptown Avenue Seremban II. Yang tudung hitam, baju putih lengan hijau sebelah, seluar hitam cotton slack (kalau basuh yang ni, pakai jeans biasa), dan kasut oren. Ya, oren. Pastu tubuh sedikit berisi. Eh, banyak berisi.

Hah, aku gemuk? Ya. Paling gemuk sejak bernyawa ni.

Harapnya kerja pagi petang siang malam ni surutlah apa patut, teballah poket saya.

Sekian dari saya yang curi tulang di waktu bekerja.

Tidur antara dua azan

Hampir 7jam aku pengsankan diri. Bangun saja terus capai tuala ke kamar mandi.

Sekarang aku di sini menaip entri sambil cucuk usb pada port di laptop untuk beri kuasa bateri pada alat-alat eloktronik yang memerlukan nyawa.

Aku sebenarnya sangat kalut. Sebabnya semalam tak packing pun. Lipat kain baju dan sort out nak buang perkakas yang entah kenapa aku simpan yang didapati pada zaman belajar menengah tinggi.

Payah nak letgo? Tak kot. Aku tak simpan banyak memori pun untuk tempat yang aku tak suka sangat duduk. Yang ada simpan pun aku dah buang.

Jadi, doakan perjalanan aku dan gelpren selamat. Esok jam 3pm dah nak kena lapor diri masuk syif sampai 12am kat Uptown Avenue pulak.

Sekian dari saya yang masih di Pengkalan Chepa.

--

Kelambu cahaya bulan separuh yang menutupi sekeliling aku sebentar tadi lembut, tenang. Berada di luar rumah begini, jam 1pagi berseorangan menggantung baju bajan di ampaian sepatutnya mengaktifkan sensitiviti aku pada makhluk ghaib yang mungkin cuba-cuba mahu menegur bergurau senda, dan juga pada kemungkinan hadirnya manusia jahat sedang memerhati dalam gelap malam, tapi aku takda rasa apa pun. Kosong melayankan angin yang sesekali membelai. Sejuk. Lebih memberat condong pada perihal yang terbang menerawang tak jauh mana.

Apa helpless dalam bahasa?

Aku benci rasa helpless macam sekarang ni.

120412

Alter-ego

Abang:
Adek ni kan ada alter-ego dia. Tiba-tiba boleh bertukar! Tapi yang tu bila bertukar dia boleh menulis jela macam kat blog tu (bisik akupiseee). Taip, taip (abang buat gaya robot serius menaip).

Aku:
(buat muka konon tak faham)

Dalam banyak-banyak

Dalam banyak-banyak Ramadhan, Ramadhan yang baru saja lepas tu yang paling unik pernah aku lalui. Banyak benda aku belajar balik. Banyak juga memang baru belajar.

Dalam banyak-banyak Syawal, Syawal kali ni kasi macam-macam rasa sikit. Nak kata seronok sangat, tak. Nak kata sedih ke apa, tak juga. Bercampur baur.

Dalam banyak-banyak masa, masa paling singkat adalah masa paling seronok aku menulis kat sini. Konon macam rasa dia mari seperti kena kejar anjing. Kena cepat-cepat.

Aku tak pernah kena kejar anjing pun. Dan taknak kena kejar pun.

Dalam banyak-banyak entri, entri yang sebelum ni aku munafik (eh, ke hipokrit?) sikit bila pesan suruh makan berpada-pada. Sebab aku main sumbat makanan sampai kena ceriberi. Kiut kan ceriberi.

Cherries and berries. Seronok awalnya. Cuci perut. Tapi petang aku terkandas. Pengsan ketiduran.

Dalam banyak-banyak tempoh, kali ini aku betul-betul rasa yakin akan sesuatu. Dia tahu.

Ya, Dia memang tahu sangat apa dalam aku. Kadang-kadang aku je yang taktahu bila tak jumpa yang mana sebetulnya.

Jarang-jarang sekali aku juga suka buat tak tahu.
Suka hati aku lah.

Stalker
















Haha. Aku nak tanya ni, siapa yang view sampai beratus kali ni?

Entri perkauman negeri

Selasa lepas tamat sudah kontrak aku selaku bibik angah di Denai Alam. Bila di kampung halaman begini, masyuk sungguh feel Ramadhan ni. Lagi la sebab cuaca yang sungguh amat gila panas. Kalah melodi punya cerita panas.

Abang aku cakap normal orang Kelantan di perantauan akan balik sekali untuk berpuasa di kampung halaman, sekali lagi untuk beraya di kampung halaman. Kalau tak, hidup kami rasa tak lengkap. Ewah!

Aku percaya mereka (termasuk aku) merasa begitu kerana makanan di perantauan sungguh tidak sedap. Boleh merana dan boleh mati kami-kami yang sudah terbiasa dengan masakan sedap negeri kami ini. Melainkan ada makcik, pakcik, kakak, abang atau adik manis yang berniaga di bazar Ramadhan di sana itu orang jati Kelantan yang memasak super handalan.

Mari ucapkan terima kasih kepada mereka.

Bayangkanlah melihat label makanan 'ayam percik'. Ayam percik Kelantan rasa dia aku tak boleh nak cerita sedapnya, dengan teksturnya, dengan warnanya. Apa pasal kat KL sana taruk sos lah, kuah kacang lah dan sebagainya? Lepastu label 'AYAM PERCIK SEDAP'.

Hancur selera. Menyirap darah muda.

Aku malas nak ulas tentang kuih. Nanti bergaduh.

Tapi normal-lah. Kalau negeri lain, suka masakan negeri dia. Macam kita suka masakan ibu masing-masing. Dah jadi darah daging.

Padan muka kakak aku sorang tu tak merasa puasa kat rumah tahun ni. Raya keempat baru dia jejak kaki. Yang angah aku pula esok lusa sampai la tu. Surprise untuk ayah dia balik sempat puasa beberapa hari kat sini. Sebab dia raya Kedah.

Aku sebenarnya dah masuk cerita lain ni. Oke, bobok dulu.

Berteleku di malam hari

Kadang-kadang bila datang rasa paling mari nak menaip, bukannya tengah rilek depan skrin laptop pun. Macam sekarang ni bila duk mengadap, bukan ada idea pun.

Sebab macam ayat pertama tadi, feel yang mari tu datang waktu sibuk. Dan bila menganggur seperti ini, kau mahu cari sibuk kat celah mana? Kalau boleh mandi yang selama ni 3minit pun aku nak extend jadi 33minit. Supaya hidup lebih terisi gamaknya.

Aku sedang bergiat cergas dalam aktiviti membaca yang telah dihentikan sejak Mei lalu. Harapnya kali ini tidak hangat-hangat tahi ayam, tahi kucing mahupun tahi lembu sekalipun. Enak sebenarnya menaip perkataan tahi ni.

Tahi. Comel kan?

Oh ya. Kau patut tahu bulan puasa ni adalah salah untuk memuatnaik gambar makanan yang menggiurkan kerana dikhuatiri ada yang mengalir liur. Kebarangkalian gambar tersebut untuk dijumpa lihat mereka yang iman tak kukuh agak tinggi. Jadi, waspadalah.

Aku turut rasa bersalah kerana gambar di instagram aku kebanyakannya ialah makanan.

Oke, jangan nakal-nakal. Ramadhan dah nak habis. Setan akan dilepaskan balik. Jadi kalau kau perangai macam setan, nanti tak boleh nak beza dah. Bukan setakat mak, abah kau keliru. Setan akan turut keliru.

Sekian. Sila jaga diri.

Pilihan

Aku sebenarnya masih dalam ragu dan buntu untuk memilih antara dua pilihan. Hal ini berat pada aku kerana ini tentang masa depan yang entah apa akan berlaku; rentetan dari keputusan yang aku terpaksa/harus buat sekarang ini.

Dari kecil aku memang susah membuat keputusan. Terlalu menambah imbang faktor sekeliling. Walhal dalam proses menyusun nasi dan lauk dalam pinggan sekalipun, aku ambil masa untuk berlaku adil.

Dari perkara kerisauan satu, datang pula kerisauan dua bila berada dalam kelompok rakan yang mula membincangkan topik-topik semasa, untuk umur sekarang ini. Topik normal untuk kaum perempuan. Ya, aku seorang perempuan.

Jadi, sebenarnya aku ada dua kebuntuan yang masing-masing umum-nya terbahagi kepada dua cabang. Dan aku akui aku kini dalam keadaan yang sangat susah.

Paling payah agaknya selama bernyawa.

Hidup ini sebenarnya tentang pilihan, atau harapan?

Of sensibleness and being rational

I can't understand certain people's way of thinking, level of understanding. And it kills me eventhough I have nothing related with the issue discussed.

But I do understand the issue. And it hurts.

Sarcastically, shallow sangat tahap/cara pemahaman/penyampaian. Optimisnya, mungkin jahil. Bila jahil, tak jatuh dosa. Kan? Kan? Tapi kena ada rasa tanggungjawab untuk belajar.

Oke, mari aku juga kaitkan dengan agama.

Dalam agama contohnya makcik yang tak reti sambung saf. Dia tak salah kalau dia tak berganjak apabila terbit ruang kosong antara dia dan jemaah lain. Itu isu dia, kejahilan dalam agama. Tapi dia kena belajar, faham, dan hormat peraturan tu.

Kau faham tak apa yang aku cuba ketengahkan? Ironinya pumpang-pumpang kau memang tak cuba faham pun dari isu yang terbit di awalan, pertama-tamanya. Sebab tu boleh beranak-kan isu kedua--ketaksudahan isu awal.

Tak salah jadi sensitif pada isu bertempat sebenarnya. Yang bila kena sensitif tapi tak sensitif walaupun sepatut tahu dan boleh faham tu yang hnsf%#.

The matter should be an easy-peasy issue. Tapi tak pepasal digemburkan jadi perkara lain.

Knowing that such thing could hurt certain people even from the start, but still you want to write it that way, at that time, and even then after being criticized (some people disapprove your writing) a little, still you did not once apologized.

Tahu, kan? Yang niat tak menghalalkan cara. And people won't condemn you, if you are doing it the right way.

Pernah dengar 'you are, what you eat'? I bet 'discuss wisely, it shows you' pun kau tahu sangat.

Payah barangkali nak taip, 'I am so very sorry for posting this, that it hurts certain people due to the issue I brought in it at this time', or 'I am so sorry. Due to my lack of sensitivity, I have hurt some of you here in any way possible through my writing blabla'. Then give your justification.

Again, easy-peasy lemon squeezy je. But then still, tanak tunduk nak berdiri tegak. Sapa tahu resmi padi?

Oke aku dah melalut. Aku ni sebenarnya tak lena tidur. Maaflah.

I am sorry if I hurt any party/individual who happened to read this. Some are intentionally dedicated to a few individuals actually. But then I bet, well I cakap ni semua secara umum je. Heh.

Truthfully, aku tak ada perkaitan secara langsung pun sebenarnya dengan pihak yang dituju, tertuju, dan taknak kena tuju.

Let say, I am just a passerby here. And I just need to let go of these, berat. Kalau tak duk rasa bangang sorang-sorang. Isu ni mungkin sepatutnya dah lapuk pun. Like I said, aku tiba-tiba je ter-melalui perkara ni. So, yeay! Habis pun entri.

Chill lah. Use your brain, and mind your manners please.

Oke, sekian terima kasih. Fuhh.

;;

I wish for the ride to be smooth, for the journey to be of freewill, for everyone around to be satisfied, for the time to be unlimited, for money to be of easy-access, for the blabla to be blahblah.


Otak padat

Ikut hati nak buat pantun, puisi dan pelbagai lagi yang rima dia harmoni. Tapi tak sempat. Sebab jadual aku padat. Padat sungguh.

Oh oke tu nak bagitahu. Nanti balik dari berbuka puasa di lingkaran syed putra petang ni, mungkin aku akan update lain. Mungkin lah.

Esok aku balik ke kampung halaman. Serius tak sabarnya nak merasa kuih yang manis-manis. Hmm, dasar lidah orang pantai timur memang cenggini.

This is love

Was taking a quick shower just now. I think I heard someone opened the bedroom door while I was still enjoying the cold shower. Been getting a habit of switching off the water heater, preferring to have cold water every single shower I took.

"Imran berak banyak gitemo!!! Sampai kena salin pampers half way sbb takut limpah hahaha"
sender: Kakjuli.geds
sent:30-July-2012 01:52:11

Text message yelling about 'tahi banyak' non-edited from my second sister who is now sleeping soundly in the master bedroom. Baby Imran kind of having some difficulty to fart all day--yesterday. So this news is a perfect relief to us now that he finally poo-ed a lot ^^,

It is love when 'shit' sounds too cute to bear.

Good night.

Reading habit

I am struggling to read all of the books on the shelf, on the dressing table, on the floor, in the box, in the closet, on the bed and so many places I had to tuck the books in. Earlier this year, I have been crazy enough to spend hundreds and hundreds for them, even with additional help given by the current government, BB1M.

Goodreads (click) does help though. I see many known-names, Malaysians, friends and non-friends yet who read and did many good reviews on lot of books! Pity me for not stealing enough of my precious time spent on sleeping all morning, to read.

As this is a very special month, I would like to dedicate enough energy to recite that holy Al-Quran. Might as well try to read/understand more the meaning of the beautifully written arabic words by Him. May all of us be showered with love.

Speaking of habit. Do you know how hard it is to leave one? Or to make one?

Fuhh fuhh.

--

Segala apa yang sedang berlaku sekarang, hadaplah. Aku masih menuju situ.

130612

My bad (edited title)

If you have not watch this, please do. It's about what happening in Indonesia--dealing with our very own religion, Islam.

Watch this. Share it on your social networking sites. Tell those who cares. Raise awareness over this matter.

Let us all save Maryam. If not us, who else would?

Have you ever watch Spiderman movies? You do remember what great Uncle Ben said to Peter Parker do you?

We may not have great power, but this is still our responsibility.

*(I took down the video on 29th July 2012 - 2:31AM)*

I am far from a perfect Muslim. But this scare me to death.

Do pray. InsyaAllah.

1433 Hijriah

Pertama kali-nya tahun ni, aku tak rusuh sangat bila cecah cukup 8tahun pemergian mak, 4Juli itu hari. Mungkin kerana kehadiran anak saudara baru, semua pun sibuk cuba buat bunyi-bunyi comel untuk menarik perhatian baby Imran. Tapi kalau nak kata dah move on sepenuhnya, tipu tersangatlah pula.

You know bila you cinta sangat pada that someone tu, sampai ajal, lepas mati pun masih cinta tu akan ada. Cinta yang macam ni, bukan cuma dengan lafaz 'I cinta you sampai bila-bila!' jerit kuat dari atas bukit dengan boifren/gelfren pada jam 2pagi.

Aku harap Ramadhan kali ni, Tuhan bagi aku apa yang aku perlukan. Harapnya cinta yang ini pun spesis takda tarikh luput sampai bila-bila, sungguh-sungguh.

Salam 1 Ramadhan, roaming from u16, Denai Alam.

The Peppero

Hey peeps.

Beberapa hari yang baru saja berlalu, aku lancarkan sebuah kedai online. Kedai ni jual tshirt. Tshirt semua saiz M sebenarnya. Sebabnya baju-baju ni sepatutnya aku pakai pada badan sendiri, ataupun jual pada kawan-kawan di universiti.

Sekarang saya menganggur, sudah tamat pengajian universiti dan sudah tak dapat loan dari incek MARAh lagi. Dan baju yang sudah dipakai, masih dipakai masih berlambak. Oleh kerana almari penuh, aku kena jual baju-baju ni dengan cepat kerana fulus juga semakin kering.

Kesian tak kat aku? Kesian kan.

Feel free to browse here (click).

Kalau tak ada masa terluang sangat, browse jugak! Lagi bagus kalau like terus. Lagi banyak like lagi tinggi peluang baju-baju tu akan terjual mudah.

Kenapa 'the peppero'? Sebab masa duk upload gambar tu semua, aku duk browse cara-cara nak buat dough piza dan topping apa yang sedap. Banyak mengadap masa tu, pepperoni.

Sekian, harap maklum.

Terima kasih.

Gagal pertama kali

Pagi ni saya bangun sedikit awal dari biasa. Ada satu perkara yang saya perlu laksanakan hari ini. Jadi setelah selesai menyudahkan kerja-kerja rutin di rumah, saya memulakan perjalanan menuju ke hospital. Tapak parkir sangatlah susah untuk didapatkan. Terpaksa saya meletakkan kenderaan di tempat yang jauh dengan destinasi sebenar saya. Ia bukanlah masalah pada saya yang suka berjalan sebenarnya. Cumanya cuaca agak panas. Terik mentari hampir saja membunuh keseluruhan sel kulit muka dan tangan saya. Nasiblah mata yang silau diberi perlindungan yang baik oleh cermin mata hitam besar yang hampir meliputi separuh wajah saya. Setapak demi setapak saya berjalan menaruh impian yang besar menuju ke bangunan hospital. Udara yang masih berbaur pagi saya hirup sikit-sikit. Sudah bercampur dengan debu yang tercemar dari asap kenderaan yang melalui situ. Walaupun begitu, dengan keselesaan sandal kuning berjenama Clerky yang dibelikan kakak saya dari tanah asing ini, saya masih mampu mengekalkan keseimbangan gaya catwalk saya berjalan di tanah, simen, ranting pokok dan sebagainya. Postur badan pun saya jaga dengan baik, jangan risau.

030712

Oke aku dah malas nak cerita panjang. Kesimpulannya aku tak lepas nak derma darah hari tu. Pulse tinggi, bp pun agak tinggi. Berehat, check. Berehat, check. Berehat, check. Pulse lebih seratus bacaannya. Mungkin aku patut bawa mesin untuk check bp yang kat rumah ni ke sana. Sebelum pergi dan setelah pulang ke rumah sama je bp aku, paras normal yang merah jambu sihatnya.

Adakah penyebabnya kerana ada abang MA buat cubaan nak berkenalan masa aku tengah sibuk-sibuk dengan makcik nurse?

Atau adakah kerana berjalan jauh dari tapak KFC Stadium Sultan Muhammad IV ke Hospital Raja Perempuan Zainab II membuatkan jantung saya tak mahu berhenti mengepam darah dengan laju?

Or is it possible that I really have a heart problem now?

Lap dup, lap dup. I really need to workout more. Seriously.

I don't want to die young.

Live

Not being able to write, is a burden. Now everything just stuck inside.

There are still a lot of wishes that I wish. And I said this like thousand times.

But I'm lazy. A very lazy person. Must I hate myself?

Flu

Aku paling benci rasa ubat. Rasa lepas makan ubat lagi teruk. Lalok. Pening-pening sebab tak tidur kot. Rasa pusing-pusing. Pastu nak berpeluh semacam.

Kelat. Pahit. Loya.

Demam, tolong pergi main jauh-jauh. Fuhh fuhh.

Heh heh heh

Aku cuba untuk membuat konklusi mudah untuk fasa kehidupan seterusnya.

Aku perlu dapatkan apa yang aku mahu, dengan cara aku. Bukan dengan paksaan sesiapa, atau kekangan yang timbul.

Kalaupun ada halangan yang begitu mendesak, maka aku harus bersedia untuk itu dan meneruskannya dengan kata mudah--secara rela.

Mungkin untuk merelakan suatu keterpaksaan itu akan ambil masa, jadi aku akan ambil sebanyak boleh masa untuk berbuat keputusan sesuka hati aku.

Tapi seperti yang kita sedia maklum, sedia tahu; hidup ini tak mudah, bukan?

Heh.

Pengkalan Chepa

Sibuk bergomol dengan suasana rumah di rumah kesayangan saya.

Ber-emosi tinggi

Godek-godek entri sebelum tahun 2010 dalam draf,
rasa nak ketawa terkekek-kekek.

Emo betul aku zaman muda remaja.

Sebenarnya saya perlu lari

Benda yang saya nak lancarkan tapi belum lancarkan juga ialah untuk berjogging setiap pagi.

Saya bercita-cita untuk menjadi seorang yang lebih tough, walaupun sudah sedia tough.

Benda paling mudah untuk saya lakukan sebagai aktiviti eksesais sebenarnya ialah berenang. 

Selain dari jogging, saya juga sebenarnya kena kurangkan dos makan.

Dos tidur sudahpun dikurangkan secara automatik bila menjadi bibik ni.

Sebenarnya kan, nikmat Tuhan tu ada dalam setiap detik. Begitu juga dengan ujianNya.

Tajuk entri ni sebenarnya kan, boleh ditukar jadi macam tajuk lagu Yuna - Dan Sebenarnya. Oh how I miss those days.

Hari-hari lalu zaman baru jatuh cinta dengan Yuna, Wani Ardy, Fynn Jamal dan lain-lain. Zaman eksaited dengan diri sendiri.

Well, I still am amazed with myself though. I try to amuse myself every single day.

FIN

Transisi percubaan, permulaan

Sebelum sesi praktikal aku tamat April yang lalu, ramai mula tanya bila aku nak kerja, mahu kerja di mana dan segala pertanyaan lain. Aku jawab, aku taknak kerja. Ataupun, taknak kerja lagi. Atau, saya perlu berehat lama.

Bila dapat kontrak jadi bibik kakngah ni, aku syukur. Sekurangnya I really don't have to face job interviews too soon. Jujurnya, resume pun takdak lagi ni, teeheehee. Dengan sebab yang ini, sangat kukuh sudah untuk aku tidak melangkah terus ke alam pekerjaan. Dan aku boleh main masak-masak. And train myself to be more responsible seperti, bangun awal pagi untuk buat breakfast. Paling payah sebenarnya untuk tidur awal.

Februari lalu, aku gedik dengan seorang teman, miss B mengada beli tiket penerbangan ke Aussie this coming November. Tiket murah sangat. Cost roughly around 6hundred plus, with the return ticket. Bangun pagi jam 1130am, 12pm dah setel beli dalam keadaan mata masih terkebil-kebil. If I am not mistaken, it will be for 10days including the journey. Meeting another close friend there, miss A.

Kakngah cakap apply la sambil-sambil. Dengan jujur aku tanya balik, kalau apply dan dapat, macam mana? Kena kerja terus la? And she said yes. Pastu aku jawab balik habis ni kontrak bibik macam mana? Heheh. Aku lupa ending konversasi macam mana.

Kesimpulan dari sini, mungkin paling awal aku mula menghantar resume ialah, lepas konvokesyen Oktober nanti. Aku attend, atau tak attend tu tak tahu lagi. Kenapa la majlis macam ni mahal sungguh. Dah la aku benci management universiti sendiri.

Ada rancangan untuk menjual baju-baju tshirt terkumpul yang dibeli dari zaman kuat berbelanja sesuka hati. Stok lebih 30helai rasanya. Dan juga baju-baju jenis lain yang beli tapi tak suka dan beli tapi tak muat. Keh keh. Ini baru satu rancangan.

Jadi dari sekarang, I need to be mentally prepared untuk fasa-fasa seterusnya. Sebab banyak sungguh benda nak buat dalam proses berehat aku ni. Buat perkara yang kita suka, tak penat, tahu?

Tarik nafas, hembus hembus hembus.

Lap dup, lap dup.

Eager

I wish I could write, the way I did back in 2009/2010 perhaps.

I wonder how my brain functions at that time. How I keep my life on schedule, what I did during my free time and all. During that, I could write (type) thousand of words with just a single breath, in a blink.

Now I am just capable of batting my eyelashes in front of the screen, for hours.

Tak mudah nak mudah

Aku cuba memudahkan diri untuk tidak berfikir dalam mana tentang kehidupan yang menanti di hadapan. Banyak sangat perkara dalam nota perancangan. Dah berpuluh ratus kertas menjadi mangsa contengan segala idea, segala lukis kasar, segala data perbelanjangan demi untuk merealisasikan rancangan masa hadapan aku.

Kau tahu apa perasaan bila dah tamat belajar? Kalau kau belum tamat belajar, aku cadangkan kau belajar biar bagus dan ambil sendiri rasa tu bila tamat nanti. Kadang-kadang seronok, kadang-kadang bosan. Tiba-tiba nak makan banyak, tiba-tiba tanak makan nak kurus. Jarang sekali nak maju ke depan, suka sangat dengan gear neutral.

Jadi mundane. Sebenarnya sungguh awesome bagi aku. Dah tak ada ikatan wajib dengan buku pelajaran. Keluarga prefer aku sambung belajar lagi, buat master. Aku jawab paling awal aku akan berkeputusan nak ke taknak, tahun hadapan. Tinggal lagi 6bulan lebih nak ke 2013. Keluarga cakap, kerja makan gaji dulu. Dapat duit sendiri, buatlah bisnes ke apa kemahuan sendiri. Memang itu yang aku mahu.

Bukan kerja, nak duit sendiri. Heheh.

Oleh kerana ada jadual percutian November nanti selama 10hari kalau tak silap aku di sebuah negara asing, segala perkara tentang bekerja dengan syarikat bukan sendiri cuma akan dilaksanakan selepas tarikh itu. Buat masa ini, aku cuma mahu rehatkan otak.

Aku tak mahu buat perkara yang memaksa diri. Aku mahu lakukan segala perkara yang aku suka saja. Contoh: makan dan tidur. Aktiviti yang baru akan dilancarkan: memasak sampai sedap dan menjahit dengan tekun.

Aku mempunyai tastebud yang cerewet, tapi telan apa saja. Kalau makan nasi lauk tak sedap mana, aku masih boleh makan licin. Nak komen tak cukup itu, itu memang nombor satu. Macam mengadap hidup. Perit pun tempuh. Ah, ini sudah edisi riak mengada.

Oh ya, kakngah aku baru saja selamat melahirkan anak ketiganya, bayi lelaki seberat 2.94kg di SDMC jam 2.07pm 12Juni2012. Tugasan pertama aku, menjadi seorang bibik yang komited. Aku sudah boleh membayangkan diri yang tidak tidur malam, berjaga sampai ke Zuhr baru dapat tidur aman setelah usai menjaga makan minum si ibu berpantang dan keperluan si bayi.

Penulisan agak berterabur. Masa banyak tapi mengamalkan sikap malas membaca sejak April haritu. Gara-gara tersekat dengan buku yang kurang menarik (beri alasan). Padahal tahun ini tak terkira bilangan not 50myr yang sudah digunakan untuk membeli buku. Bodoh pula rasa. Jadi dalam tempoh membibikkan diri, selain memasak dan menjahit, membaca juga akan dilaksanakan semula dengan berhemah secara sungguh-sungguh.

Maaflah. Tidur pun tak betul ni. Gara-gara bayi yang suka buat bunyi merengek. End up aku berdiri sepanjang tengah malam ke Subuh. Bukan nak menangis lapar ke apa pun. Saja nak orang tepuk-tepuk letak tangan sebelah dia.

Sekian, memang tak mudah nak mudah. Oke tak ada kaitan mana. Bai.

Reminisce

I choose to be happy,
in my own way

And God, please be with me along the way

For I may do wrong,
and went astray.

090612

Hey June

(read: Hey Jude - Beatles)

Juni kali ini insyaAllah akan lebih meriah dengan kehadiran jejaka kachak baru ke dunia saya. Kakngah akan melahirkan bayi ketiganya 12 Juni 2012 ini, moga dengan mudahnya. Dan saya selaku yang bekerjaya sebagai bibik akan menjadi bibik yang paling berjaya di abad ini menjaga beliau dan baby boy baru. Amin.

Akhirnya bulan Mei, aku agak rasa sedikit kepuasan. Sedikit puas saja, tapi itu dah memadai. Kita ini kan mudah nak sabar sebenarnya, tapi susah sangat nak bersyukur. Jadi bila ada rasa kelegaan dalam hari, di sebalik bolak-balik resah rusuh melusuh yang menimpa, dah memadai sangat. Dia tahu.

Ada sabar aku yang sudahpun ke klimaksnya. Jadi maaflah. Aku harap aku tak menyusahkan kau dan keluarga sangat. 4tahun dan masih belum diselesaikan dengan mudah, perit. Dia tahu.

Ada perancangan yang baru saja dilancarjalankan. Moga segalanya baik-baik saja.

Ahh, saya sungguh sakitrumah kampung halaman. Banyak perkara harus bermula dari situ.


Bekerja

Penatnya aku membakar minyak tengah malam. Sampai ke pagi terbakar-nya. Ish ish ish.

Aku selalu fikir aku ada personality disorder

Kadang-kadang kita takut nak bersendirian. Bukan takut apa, takut nak hidup sendiri-sendiri. Gerun bila macam-macam rasa yang timbul bila berseorangan.

Entah apa ke benda-nya pun aku tak tahu. Cumanya bila sorang-sorang otak aku cepat betul melayang ke lain. Paling bahaya bila malam dan aku bawa kereta, dengan latarbelakang lagu yang layan, perasaan dan gaya paling mari terbawa-bawa sampai kadang-kadang stereng pegang tak betul, mata malas nak fokus sangat kat jalan. Terutamanya bila bawa perlahan.

Tapi sebenarnya aku pilih untuk bawa perlahan bila sorang-sorang. It's the only moment yang aku boleh nak capture diri sendiri. Nak lihat, hirup dan telan diri sendiri. Pahit. Sakit. Sesak. Rasa nak nangis pun gedik nak tahan.

The last time aku duk hidup sorang-sorang sendiri-sendiri ialah pada tahun lepas. Tamat semester 7, lepak rumah sewa sorang-sorang dengan housemates semua dah kosongkan rumah balik kampung halaman. Hampir 2minggu buat hidup gaya comel bangun tidur makan sesuka hati. Tanpa internet, tanpa petiais, tanpa mesinbasuh. Entah apa-apa buang masa.

Kah kah.

Ya, aku ketawakan diri sendiri.

Tadi makan malam sorang-sorang lepak kedai makan roti canai kosong kuah sardin dan teh tarik kurang manis satu yang sedap. Hampir melanggar sebuah van yang datang dari sebelah kanan di sebuah cabang waktu nak keluar. Bawa kereta perlahan, pusing-pusing Bandar Baru Bangi, layan lagu-lagu yang sepertinya kedengaran sungguh melankolik walaupun itu mungkin diri aku sendiri yang terjemahkan, kelajuan luarbiasa bawah 60km/jam, fikir nak kopi mahal atau piza sedap tapi apakan daya purse penuh dengan resit saja, sampai ke parking lot kampus, matikan enjin kereta, senyum pada pakcik guard dan berjalan gaya model tuju hostel, panjat tangga ke bilik, buat gila main fesbuk meng-like status penghuni aktif, taip entri kat blog.

Pathetic. (baca di mulut perlahan)

Oke aku ada berpuluh episod series nak kena habiskan ni. Yes, I will be sleeping alone tonight. My bestie went out with her guy.

Kesimpulan yang aku nak simpulkan ialah--sekarang ni pun sorang-sorang juga. Tak aku bukan tak suka pun duduk sorang-sorang. Aku cuma tak suka bila otak aku aktif berfikir macam-macam sangat. Penat.

Bonne nuit.

\o/ <- - (buat gaya ombak)

Today I went out with my favourite friends.

We talked, we ate, we chatted, we laughed out loud, we walked a lot, and laughed again.

The topics are heavy. Need to take it seriously and plan many major steps ahead.

This is life, a real one and I want to be a part of this big plan we are planning.

Got to do it. Got to do it. Got to do it.

Money keep flowing like a river. I hate me.

"

There will be times like right now, when I miss mom so bad. Usually when I got things out of hand. Not knowing what to do, which to be decided upon. I ponder a lot on everything. The environment, the past and I cannot deny the fact that I think about the future all time. I still have a lot of wishes. I still want the world to be a better place, world peace just like miss universe always mention in the speeches. I dream of my family to be happy, happy, happy. I wish for no harm for everyone around me. Pardon me for my mistakes. Please, forgive me for my wrongdoings and all those messed up conversations you might experienced with me. My mind must be so troubled that things went out of hand. And yes since I got those medicine from the doctor last month for the headache that come and go, I do depend on those pills from time to time. I have some curiosity going on regarding my health condition. It's like I might die early something like that kind of feeling. I plan to swim and jog a lot in order to gain energy more and maintain the stamina.

If you have been wishing too much on me, I am so very sorry if I am not able to complete the picture perfectly the way you want it. I am still learning to paint this wall of life I am in. The canvas so big, sometimes I cannot reach some point- leaving it blank.

I am so sorry. Sometimes I even feel sorry for myself.

There is this sentence I came across today. Saying 'would you like you if you met you?'.Now, would you?

Let us all sleep with a dream. And wake up with a purpose. God must be so happy with that. I hope He never let me fail him.

Right now, I am hungry. Been sleeping all day long. Let's get a late dinner/supper. I plan to fast tomorrow, 1st Rejab 1433H. It has been a while since I got a chance to do so.

15# - Finding ways


I find man like Hugh Grant, Gerard Butler- sexxay! And ah, in love with Chace Crawford too. This one starts a year and a half already.

Oh this is so random. Been wanting to upload this song months ago. Even before I start my practical session I guess.

I am pretty sleepy right now. It's Zuhr. Gotta take a nap.

Oh please do click-click the ads that caught your eyes. If you can't find any, please just click any. I need all the help of cents here to settle a big plan I'm launching.

Entri serius seorang penganggur

Seharian aku tak sihat. Aktiviti berlanjutan mengamalkan tidur cuma selepas Subuh makan diri agaknya. Tiga hari berturut sebegitu. Syukurlah, berjaya sudah mencetak keluar laporan akhir latihan industri yang sepatutnya nak beri madam hari ini, Jumaat tapi tak mampu nak bergerak banyak kerana tak sihat. Aku celik pun muslimin dah setel solat Jumaat. Bangun terus rasa terhuyung-hayang macam orang mabuk tingkat tinggi.

Perasaan seronok tak terkata bila dah setel buat segala urusan dengan unit kewangan, akademik, mentor, penyelaras, pusat sumber dan sebagainya. Aku dah habis ikatan dengan universiti yang agak banyak bebankan aku dalam tempoh 4 tahun ni. Majlis konvo Oktober nanti aku malas nak komen lagi.

Perancangan seterusnya, tak boleh nak berserah membuta tuli. Aku perlu lakukan banyak perkara untuk maju menikmati hari esok dan esoknya, dalam masa yang sama cuba mengekalkan perasaan puas untuk masa sekarang dan mampu untuk mengerling momen-momen yang sudahpun meninggalkan.

Juni ini adalah bulan terakhir pihak Majlis Amanah Rakyat memberi bantuan kewangan pada aku. Selaku yang bongsu mengada, aku masih lagi dengan comelnya meminta wang dari ayahanda tercinta walaupun pipi tersipu segan merah merona warna telinga.

Apa yang ada dalam otak sekarang, cumalah untuk menjadi seorang bibik kepada kakngah yang akan melahirkan bayi lelaki 12 Juni yang dekat ini. Mungkin kerja itu akan makan masa 2bulan lebih kurang.

Dalam pada masa yang sama, aku akan belajar menjahit menggunakan mesin jahit. Seumur hidup aku, aku tak pernah mengendalikan mesin jahit. Cuma tahu menyentuh mesin dan menjahit dengan cekap tanpa menggunakan mesin.

Kalau tiba-tiba aku jadi seorang pen-jahit yang berjaya, jangan segan nak tempah produk dengan aku. Produk halal-halal belaka, jangan risau.

Bulan-bulan seterusnya, aku masih belum nampak apa-apa kelibat aktiviti yang lain sangat selain menjaga bayi, menjaga makan-minum kakak berpantang dan menjahit menggunakan mesin. Aku tak nampak rupa nak menjadi seorang jurutera pun lagi kat kanta kacamata yang dah kelabu tak gilap ni.

Sebut pasal cermin mata, aku belum lagi buat pemeriksaan mata yang baru untuk menempah sepacang cermin mata baru. Dan ya, aku masih bercita-cita untuk membeli sebiji ipong 4s. Gila mahal cita-cita. Tak termasuk nak pakai pendakap gigi untuk menjadi seorang gigi besi lagi.

Boleh tak aku minta seringgit sorang dari kau semua? Aku ada bisnes untuk dilaksanakan ni. Mungkin dimulakan dengan ringkas sempoi dahulu. Tapi bisnes ni bisnes serius.

Serius aku serius.

Oke aku bobok dahulu. Dah 412am dah pun. Ubat ni kasi aku high sungguh. Tak pepasal demam nak bersambung ke hari esok ni gini.

Sekian dari saya, seorang penganggur yang osem.

-190512

Aku harap, aku tak mati cepat sangat

There are too many things to do,
but so little time
to accomplish.

-170512

Sabar, sabar

Esok lusa dah hantar full report of industrial training ni, mesti feeling dia mari sampai ke langit. Sekarang ni, usahkan lelangit, baru cecah lidah sikit je rasanya. Gratefully, presentation dengan gaya sempoi yang mungkin dapat markah sempoi tapi saya tak kisah sebab saya sempoi dah tamat dengan sempoinya. Berapa banyak perkataan sempoi saya taip tadi, hah?

Logbook dah hantar ke madam pada 16hb Mei 2012.
Draft report dah hantar pada 15hb Mei 2012.
Presentation dah setel pada 15hb Mei 2012.

Full report belum hantar lagi, planning of submitting it paling lambat this Friday.

Aku taktahu apa status percutian this coming school holiday. Jadi atau tidak, aku tak tahu. Ada kawan-kawan yang confirm mahu dan boleh join. Ada kawan-kawan yang mahu tapi tak boleh join. Ada kawan-kawan yang mahu tapi tak tahu available ke tidak. Tapi aku memang rancang jadi ke tak jadi, I am going to enjoy myself juga.

I am awesome. Why not be awesome, kan?

As usual, life should be good. Oke jom setelkan editing report yang 79% dah siap.

15 Mei 1948

Hari ini Hari Nakbah. Tahukah anda apa dia Hari Nakbah? Ia diperingati oleh rakyat Palestin, orang Arab dan pejuang Islam seluruhnya, sejak 1948, sebagai memperingati hari rakyat Palestin dihalau dan dibantai beramai-ramai dari negara mereka sendiri. Yaumunnakbah ini kalau diterjemahkan maknanya: Day of The Catastrophe, menggambarkan betapa dasyatnya peristiwa tersebut. Mari sama-sama kita juga mengingati peristiwa-persitiwa ini untuk sama-sama memacu perjuangan Islam ke hadapan.

Being the super-busy me

Oke sebenarnya bizi ni. Bizi yang amaat. So then, babai for now. I got a report to accomplish.

Tak buat apa benda lagi ni.

Blaah.

Pengalaman mimpi tak sedap

Pernah tak kau diberitahu yang kalau kau mimpikan sesuatu yang dasyat, dalam mimpi kau cuba lari tapi tak dapat. Suara tersekat-sekat, atau mampu menjerit kuat. Mampu lari atau kaki terpahat ke lantai, longlai.

Itu penyukat tahap iman kau di mana.

Kalau restless dan tak mampu apa-apa, itu kau-lah.

Pernah mimpi yang ada kewujudan makhluk ghaib tak? Penatnya nak lawan tak boleh nak cakap. Penat paling penat. Macam nak mati sebab rasa lemah.

Sampai ke harini, aku tak pernah jumpa dengan mata makhluk-makhluk ni. Syukur. Aku takkan minta untuk jumpa satu pun. Rasa goosebump tu ada-lah. Kadang-kadang kena saja-saja buat tak tahu. Mostly, pray to Him so that you won't be disturb teruk.

Sampai ke harini, aku cuma pernah mimpi saja benda-benda ni. Paling dasyat, masa di tingkatan 4. Tidur sorang dalam kiub asrama masa tu. Dah lightoff, so gelap gulita. I was asleep for a few minutes, tapi dalam mimpi tu macam 200tahun.

Ada benda duk tarik kaki. Tarik, tarik, tarik. Aku macam kena seret atas lantai/tanah. Laju. Masa tu, cuma Tuhan je yang ada. Cuma Tuhan saja tempat aku nak bicara segala. Cuma Dia saja. Mulut terkumat kamit baca al-Fatihah dan berulang-ulang auzubillah minash shaitanir rajim.

Sebab dari apa yang aku pernah belajar/dengar, kalau bertemu benda/makhluk sebegitu, recite something you know apa maksudnya.

Serius, taknak dah pengalaman mimpi macam yang tu.

"

I guess life is still good. Shared with people around who still believe in you. People who love you as much. People who care about you.

Thanks.

Daya

Ia bukan tentang masa yang sudahpun pergi melintasi mata yang merabun saban hari. Pejam celik pejam celik, aku tetap di sini keseorangan meraba tenang mencari alasan untuk senantiasa berkeadaan begini. Tiada bebanan berat untuk ditanggung, tiada komitmen teguh untuk dihulur beri, tidak perlu menonjolkan kesempurnaan yang melebih pada manusia-manusia di sebelah, cuma begini-begini saja.

Dari masa ke semasa ada khuatir yang cuba memperjelaskan diri menimbulkan runsing tanpa kawal. Minda bukanlah sesuatu yang mampu aku kawal sepenuhnya. Berfikir sentiasa menjadi agenda utama yang menggembar-gemburkan segala hal, juga yang memegang alat kawalan tubuh tanpa sedar.

Syukurnya, tubuh badan tidak mendapat mahupun membuat cubaan untuk menangkap sebarang mudarat sepanjang bulan ini dan bulan sebelumnya. Belakangan ini, aspek kesihatan baik-baik saja alhamdulillah. Walaupun ya secara rasminya memang selama ini yang aku duk berasa sakit-sakit berdenyut sebelah itu diberi nama migrain, rupa-rupanya.

Macam mula-mula tahu penyakit nama gastrik dulu-dulu. Aku ingatkan kembung angin biasa je selama 3 tahun.

Oke, mari teruskan hidup. Banyak perancangan dengan kawan-kawan rapat yang aku suka nak kena lancarkan ni!

Life should be good, it should be good.

Pepasir

Perihal dengan Tuhan, biarlah cuma Dia yang tahu.

Ada antara kita yang khusyuk bersujud, taat beramal namun masih juga leka dalam menjaga aib muslimin dan muslimat yang lain. Harapnya, kesedaran itu timbullah untuk si pembicara cerita dan si pembuka aib sendiri. Untuk umat yang ada kini ini, sesunguhnya ramai tak terbilang jumlahnya kedua-dua spesis. Ada kemungkinan, aku juga mungkin/sedia tergolong. Kan?

Wallahualam.

Weng

Tak. Bukan nak cerita pasal seorang yang bernama Weng pun.

Aku sebenarnya sangatlah mahu menulis/menaip. Ada orang panggilnya sebagai sindrom blok penulis (read: writer's block). Aku tak tahu nak terjemah apa maksudnya dalam bahasa Melayu. Sebut seperti itu, bajet penulis hebat pula konon cair saja lenggok dan genggam bahasanya. Oh, kau tahu bahasa Melayu? Sekarang ni bahasa Malaysia. Belajar bahasa Malaysia bukannya dapat ilmu bahasa Cina, India, Kadazan, Bidayuh sekali pun. Kenapa atas bumi (read: why on earth) dipanggil bahasa Malaysia lepas dah diberi label bahasa Melayu, aku tak tahu.

Sungguh tahilembu (read: bullshit). Padahal malas cakap jela. Saya betul dalam paras bawah kawal sekarang ini kerana jam sudahpun menunjukkan 4:36AM.

Heh. Macam mana nak bangun pagi balik ke Bandar Baru Bangi pula ni? Jumaat ni tarikh akhir untuk kemukakan buku log dan draf laporan pada jawatankuasa latihan industri bakal bekas universitas saya. Dan ya saya belum siap isikan untuk bulan April dalam buku log dan sesungguhnya laporan itu belum disentuh sejak menyiapkan pengenalan dan kesimpulan Februari lalu. Isi tengahnya tentang syarikat dan kerja yang dilaksanakan sepanjang latihan belum ditulis apa-apa.

Selamat berjaya memutarbelitkan ayat untuk saya berjaya Jumaat ini.

Endless vacation



This is nice. Hmm, it smells nice!

Awesome video from Wak.

Hurm

Bila baca post lama dalam arkib blog ni, rasa macam nak jadi follower blog sendiri. Bila baca post latest, rasa macam nak unfollow laju-laju.

Pesen gedik mengada-ngada tak ke sudah.