Selam

Setiap yang berlaku di sekeliling aku membentuk kata-kata dalam hati. Tetapi bukan setiapnya mampu aku terbitkan sebagai kata-kata pada umum.

Konsep-konsep yang kita pelajari ialah risalah pengalaman orang yang menerbitkan kata-kata itu sendiri. Hidup kau, harus dipraktikkan konsep lain. Konsep baru. Konsep sendiri. Contohnya memberi dan menerima. Bukan semua orang terwujud melaksanakan konsep apabila diberi banyak akan memberi juga banyak pada orang yang sama.

Ada manusia yang mungkin selalu bersama tak semestinya paling dekat dengan hati kau. Ada yang 24jam sehari di fikiran tetapi jarang muncul depan mata. Atau ada yang takkan lagi wujud selaku jasad bernyawa tetapi kau rindu sepenuh jiwa dan raga. Kadang-kadang orang asing yang kau jumpa di kaki lima mampu memberi senyuman paling ikhlas untuk kau kenang waktu-waktu menggigit. Ini keajaiban yang jarang diketemu.

Sepertinya juga konsep buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas setimpal. Jangan percaya sangat pada manusia sama kau. Jangan berharap sangat. Akhirnya kau sendiri yang sakit. Ranap. Runtuh.

Macam selalu aku beritahu, Tuhan saja yang tak pernah menipu.

Jumpy

Kita sebenarnya takut dengan benda yang kita tidak tahu. Berdebar dalam hal ni boleh jadi lain macam sebenarnya.

-

Aku laparkan pagi yang terang cahayanya. Lebih terang daripada pagi-pagi yang pernah kau hadap. Pagi paling padu.

Heating

Kadang-kadang semakin dikejar benda yang baik, semakin banyak godaan dari nafsu sendiri. Sebab dah terbiasa la tu.

Kan?

Of Kitab Cinta directed by Eirma Fatima

Cintaku buatmu bagaikan huruf-huruf yang terpatri di setiap helaian kitab.
Wali

Cintaku buatmu bagaikan air yang mengalir di lautan yang sepi.
Irfan

Cintaku buatmu seperti setianya sang awan pada kekasihnya sang langit.
Mustika

Andrea Hirata's

"Aku benci kepada diriku kerana tidak dapat melupakan A Ling. Tetapi, aku juga benci kepada diriku sendiri yang tidak dapat melupakan A Ling. Sungguh membingungkan keadaan ini. Aku dan diriku telah menjelma menjadi dua makhluk dengan kehendak masing-masing dan kedua-duanya saling menyalahkan. Dengan terpaksa menempatkan diri, sebagai orang yang harus membenci diri sendiri kerana mencintai seseorang, nilainya sama dengan sesal sebesar kepala yang disumbat ke dalam tenggorokan. Mengapa di dunia ini tidak ada cara bagi mencuci cinta? Lalu mencurahnya ke sungai."

Novel pertama dwilogi Padang Bulan.

Coffee moment

After a while, last night I sipped my big mug of coffee with 3 friends. The coffee is black in colour. I mean, very-the-black one with very-the-bitter taste.

Well, we actually had meal at my house for break fasting yesterday. Inviting another 6 friends who stay in the hostel.

I now live with 4 members in the house. But all 4 of them does not prefer to indulge in the world of caffeine. It's their choice. Their lives.

It's good you know. The feeling is good. To share a coffee moment with peeps who laugh out loud with you.

The one who shares.

Of choices and a choice

Ada sebab dalam hidup untuk dinyatakan pada setiap detik yang berlalu, sedang berlaku dan telah menjadi sejarah. Kita sebagai manusia takkan lepas dari menyoal setiapnya dengan tandatanya yang berterusan. Tujuan apa dan jalan mana menjadi persoalan yang tak berpenghujung pada setiap langkahan. Tak ada yang pelik dalam menjadi seorang yang kuat berfikir. Tahniah, untuk kamu. Kerana masalah dan kebolehan dalam menanganinya yang menjadikan kamu se-manusia mungkin. Walaupun kamu cuma memilih untuk makan, bermalasan dan tidur pada setiap pusingan jarum jam yang meninggalkan. Itu ialah pilihan kamu. Samada kamu memilih untuk belajar dari setiap gagal yang berlalu atau memilih untuk mengulang kembali fasa itu, terpulang. Setiap keinginan, nafsu yang memaksa, perasaan yang tak terkawal, logik akal yang menimbang setiap perilaku, itu yang menyatakan diri kamu, ialah kamu.

Pokok jejarum

Kawasan masjid tempat ayah dilantik sebagai bendahari zaman aku masih kanak-kanak riang dulu penuh dengan pokok jejarum. Sekarang aku tak tahu. Dah lama tak jejak situ. Aku pilih untuk ke masjid dalam taman bila berkesempatan dan berada di rumah waktu Ramadhan sejak masuk ke tingkatan satu sekolah berasrama.

Sebenarnya zaman darjah 5 dan darjah 6 lagi aku dah suka jejak ke masjid dalam taman tu. Sebabnya yang mengimamkan saf ialah seorang hafiz yang hensem. Tak tipu. Aku dan seorang kawan selalu stalk dia dan bersemangat tak tinggal tarawikh dan solat subuh berjemaah. Ah, ini topik lain.

Berkaitan tajuk yang tertera, setiap kali ikut ayah ke masjid besar, aku akan lebih teruja bila menu hidangan berbuka yang disediakan ialah lauk kegemaran. Awal sebelum maghrib lagi aku dah lepak di masjid dengan penuh tertib dan kesabaran tinggi. Sabar. Sabar tunggu kawan-kawan yang lain datang ke situ.

Usai makan kenyang dan solat maghrib, kain dah entah tercampak ke mana. Telekung di kepala je masih rapi pemakaiannya. Geng dah tunggu di luar pintu masuk saf wanita. Geng ada dari golongan lelaki, ada dari golongan perempuan. Kami main-main di telaga, conteng-conteng tanah dan sebagainya. Bila imam angkat takbir saja untuk solat isyak, aktiviti kami mula merancak.

Main sembunyi-sembunyi di balik tiang masjid sambil tutup mulut sebab bimbang terkeluar jeritan-jeritan yang tidak diingini apabila berlaku kejutan-kejutan yang tidak diingini. Sebenarnya lebih kepada menyembunyikan diri daripada pak-pak haji yang membuat rondaan sambil bawa rotan.

Aktiviti tahap maksima tercetus bila telekung di kepala dah tak tahu tercampak di mana. Selipar dah setting di tangan masing-masing. Beratur dalam barisan dan ambil jarak posisi masing-masing tuju kumpulan pokok jejarum di tanah. Satu-satu aku lompat. Ada yang kaki langgar daun sikit. Ada yang lompat jauh beberapa sentimeter dari bunga jejarum dan sebagainya. Ada juga ahli geng yang main terjah langgar tak sempat brek. Tak faham aku.

Seronok, seronok juga. Bila dah dengar bunyi dari jauh budak-budak lain lari pecut ala-ala waksenyambek tapi jenis kucar-kacir punya lari, aku pun apa lagi cipta rekod baru peribadi terus tuju tangga masjid. Selipar aku dah lambung awal-awal bawah tangga. Takkan nak kotorkan tangga masjid. Padahal tadi main kaki ayam je. Seret-seret sikit kat tikar depan pintu tak ada salah pun. Telekung yang tadi aku lambung entah ke mana pun tiba-tiba jumpa balik. Ajaib.

Aku lupa cakap. Antara pak-pak haji yang membuat rondaan sambil memegang rotan pusing-pusing kejar budak-budak nakal ialah ayah aku sendiri. Dia pegang nama pak haji paling garang yang rotan betul-betul kalau kau tertangkap depan mata. Dinding masjid tebal banyak lapis pun aku tahu tu memang aura dia dari jauh. Buktinya waktu aku masuk saf sambung solat tarawikh tu aku dengar budak-budak menjerit sayup-sayup. Yang pesen baru acah libas dinding terus nangis pun ada. Aku nampak je rilek. Jantung duk pam oksigen dalam darah laju kemain tak payah nak cakap.

Dalam lima beradik, aku je tak pernah kena libasan rotan ayah. Kalaulah dia tahu aktiviti yang ni. Tapi takkan nak pecah rekod dengan aktiviti remeh gini. Remeh tak remeh, kau orang ada?

Salam Ramadhan

Nakal, nakal juga. Main, main juga. Setakat kejar tarawikh penuh tapi yang wajib kau tinggal apa jadah? Ibadah ni awal-awal kena paksa. Ramadhan ni setan tak ada. Nafsu saja yang duk kawal kalau iman tak gagah perkasa. Kalau dah selalu amal ibadah bertimba-timba kan bagus. Habit dah lekat memang suka baca Quran. Suka solat sunat. Solat hajat. Bukan Ramadhan baru nak terhegeh-hegeh buat itu ini. Benar, ganjaran lebih. Lumayan. Tapi waktu sekarang tak pernah lebih teruk untuk bermula dari yang telah berlalu. Jadi, laksanakanlah. Muka pun boleh nampak berseri-seri. Mata toksah cakap sinar jujur yang terpancar. Tuhan ni, Dia tahu semua. Kadang-kadang Dia nak test tengok kau setia ke tak. Kadang-kadang Dia bagi can. Tapi kalau tiba-tiba Dia dah bosan dengan kau macam mana?

Wallahualam. Selamat beramal.