Mungkin apa yang aku benar perlukan, cuma wujud di beberapa ketika sahaja

Dengan segala beban kerja yang dah tamat, aku sepatutnya lebih merilekskan diri. Well, physically I am. Aktiviti tidur, tidur, tidur dilaksanakan dengan sungguh sempurna. Tapi ada beberapa bukti yang menunjukkan aku sebenarnya tidaklah se-berehat mana. Migrain.

I know, I know. Kesihatan harus nombor satu. Tapi apa aku boleh buat? Heh. Sambil memandu pun boleh kena denyut sikit-sikit kali ni. Mungkin puncanya faktor pemakanan, I guess.

Harini banyak kerja mengemas buku-buku fiksi, non-fiksi dan baju-bajan menyumbat masuk kotak dan beg-beg yang ada. Nota-nota ilmiah yang tepu dalam satu kotak aku malas nak setelkan lagi. Kucar-kacir keadaan saja nanti. Cecah jam 1pagi baru nak sibuk menaip dan editing laporan projek tahun akhir.

Sebenarnya dah lama tak bersengkang mata sampai ke Subuh. Bertemankan bunyi-bunyian dari lori-lori yang sibuk mengendali tugas di luar sana, tak ada lah sunyi mana. Kali ini aku tak berbekalkan makanan atau minuman apa pun.

Aku masih menunggu satu bunyi lain.

..

Oke. Dah azan.

2 comments:

miya said...

KAKKKKKKKKKK!! jage kesihatan pls. badan ni Allah bagi pinjam kei. so dah jadi tgjwb kite la nak jagee kei?
so plsss tlg jage diri kak! :)

Pisey said...

miya
Hehehe. Baru perasan awok komen sini. Ekceli rasanya punca utama ialah saya malas pakai spek. Spek tu senget. Toktahu bilo dio senget. Atau selama ni memang senget, tapi saya buat alasan takse paka sebab senget.