Ranap tempoh hari

Menyakiti hati manusia lain, adalah suatu benda yang payah untuk dilaksana melainkan dah semulajadi begitu, atau dirasuk menjadi kurang waras.

Jadi bila manusia yang anggap aku dekat dalam hidup mereka, sedih dengan kebingungan aku tetapi bertindak menghukum aku dengan menyakiti hati aku, aku mati. Aku mati berkali-kali. Aku jatuh terguling, terhantuk, tersembam lama. Pejam, celik dan mati lagi.

Episod itu sebenarnya aku sudah ikrar untuk padamkan bila kau ucap maaf pagi itu. Dan sepanjang hari tersebut, aku menikmatinya dengan perasaan puas dan bersyukur. Walaupun ucap itu begitu pendek dan ringkas, aku tahu benar payah untuk seorang kau tuturkannya begitu.

Jadi kalau-kalau kau baca ini, aku dah lama maafkan kau. Sebagaimana aku harap kau halalkan aku yang kecelaruan dalam episod-episod ke belakang. Yang setiapnya telah aku selitkan berjela maaf. Cumanya yang tinggal bebekas ialah perasaan sedih. Sedih bila dilayan dilaku begitu.

Maaf kerana buat kau fikir aku ini kawan yang sempurna. Bila timbul satu cela itu kena pada kau, kau tak mampu hadap aku yang begitu. Salah aku juga. Salah aku bila terlalu lama cuba menjaga hati kau. Salah aku bila memilih untuk menjadi tempat kau mengadu selama ini dengan tenang.

Salah aku lebih bila mengharap kau faham keadaan aku yang kacau waktu itu. Salah besar aku, untuk percaya begitu.

Maaflah. Moga Tuhan senantiasa menjaga hati-hati kita. Senyumlah.

Ohohoho balik kampung

Salam Maulidurrasul.

Mari kita pulang ke kampung halaman di mana kehidupan bermula. Moga-moga dapat mengukur dan merancang kembali kemampuan diri yang mula terbawa-bawa.

Sekian.

Clash of Clans

Hari-hari terisi dengan main game kat henfon. Berilmu betul aku jadi manusia berguna.

Bateri cepat habis pun gara-gara apps ni gak. Pesen main nak kena online je. Dah la perisian berat.

Semua benda nak mengada. Huh.

Tapi game ni pesen menggoda. Taleh nak berhenti main.

Being sick

Aku tak pernah terfikir bila Tuhan tarik satu nikmat tu dunia boleh ranap serta-merta. Aku demam dah lebih seminggu. Tapi yang agak teruknya kelmarin dan siang hari ini. Dengan hilang selera-nya, dengan lenguh sendi satu badan-nya, dengan kepayahan nak rukuk-nya. Sampai tak keruan aku taktahu nak buat apa. Itupun baru sekejap. Sekarang dah beransur kebah, syukran.

Aku perlu susunatur kehidupan untuk menjadi manusia yang lebih berguna nampaknya. Aku terlalu lama tidak mengendahkan sekeliling sehingga makan diri. Yang asalnya aku terlalu mengendahkan sekeliling sampai makan hati. Aku tak patut menghukum diri dan manusia-manusia yang masih prihatin tentang aku atas kecuaian yang lepas.

Mari kita mula dengan menulis dan membaca.

Hai mak

Selamat hari lahir. Don't worry about me.

I'm surviving.

...

Kalau hari-hari kepala pusing, penat.
Kalau hari-hari pusing kepala, lenguh.

Hari-hari mulai malam ni aku nak berjoget sebelum tidur malam. Bagi kepala pusing, dan boleh pusing kepala dengan rela dalam kawalan sendiri.

Shaky and trembling

Aku manusia yang terlalu bertenang rentak hidupnya. Jadi bila goyah walaupun sedikit, aku kaget panik banyak.

Macam air yang tenang di kolam. Kau campak batu, percikannya jelas bukan? Berlainan dengan air yang sedia berombak, arus menarik bersahaja menelan riak.

Aku demam. Jadi otak pun jelajah bukan-bukan. Aku cuma rindukan satu jasad yang mesra.

It's raining and I wish I could dance in the rain

Apalagi yang aku perlu? Apa yang aku mahu sebenarnya?

Get a grip, please. Hold still.

Nescafe O panas satu

Aku makan lewat untuk makan tengah hari, jadi malamnya aku dah malas makan nasi semalam. Kawan aku datang dan ajak teman makan kat Belimbing.

Aku order nescafe o panas, kawan aku order nasi goreng telur mata dan milo ais. Sambil sedia nak bancuh air, pakcik tu laung cakap kat aku, 'biasanya orang yang suka minum nescafe o ni, orang yang kuat merokok'.

Aku sengeh dan jawab, 'kalau saya lelaki, saya merokok la agaknya'.

Hey hey

Aku dalam transisi baru. Nak berubah jadi super-human. Jaga-jaga!

Pernyataan atas tu ada tipu sikit-sikit.

Masih bernyawa dengan manja. Telan masa di Bangi. Aku kembali menyewa di rumah agam tingkat 5 demi keselesaan jiwa. Semalam bertungkus lumus angkat tolak heret almari kayu tiga pintu tu sorang-sorang dari ruang tengah ke dalam bilik. Malam ni kerja sumbat baju bajan masuk almari kemas-kemas pula. Hari-hari aku di sini terisi dengan termenung, menonton filem yang lapuk sudah kerana sebelum ini masa asyik tak cukup untuk layan diri, tidur yang banyak, makan yang sedikit, naik tangga turun tangga, melepak dengan kawan-kawan yang aku suka dan mengemas bilik serta ruang rumah.

Kali ini segalanya perlu dilaksana dengan baik. Harus.

Ni nak online pun kena lepak berkopi untuk wifi. Keh keh.

Hmm

Mau gila kalau hari-hari otak giat macam ni.

Sofea

Harini kakak ketiga aku selamat melahirkan anak pertama melalui pembedahan. Bayi perempuan seberat 3.3kg.

Takleh lawan aku berat 3.75kg, tehehe.

Syukran.

2013 M

Selamat pagi.

Mari selesaikan apa yang dirancang terlebih dahulu.