Pace

Keributan pada hati yang menjengah aku halau jauh-jauh. Tak ada masa untuk melayan. Atau sebenarnya aku yang tak mampu nak menghadap wajah hati lama-lama.

Kehidupan sedang mendatar tapi aku dihujani keselesaan yang baik.

Langkah demi langkah aku atur perlahan. Kali ini, ia perlulah tentang aku. Kali ini, ia adalah keputusan aku keseluruhannya. Kali ini, jatuh bangun adalah dari aku sendiri.

Wang sedang menjadi masalah. Aku bentangkan segala cara untuk mengatasi dalam masa terdekat. Sudah susut sangat simpanan jadi aku risau. Risau yang ini aku tak sepatutnya risau kerana dulu aku pernah katakan, wang tak patut jadi masalah kerisauan utama.

Jadi ya aku kalah untuk yang ini, sekarang ini.

2 comments:

ya-na said...

Duit duit

Pisey said...

Awak dah setel ip5 dan yellow didas. Hikhik.