Semalam seorang teman baik dari sekolah rendah membuka tirai perasaannya yang terkilan dengan darah daging sendiri. Hubungan adik beradik yang tidak berada di paras pemikiran sama, yang payah nak capai persetujuan baik, yang lebih pentingkan diri sendiri lebih dari segalanya. Diceritakan juga bagaimana terharunya dia dengan sikap baik hati kenalan ayahnya yang sanggup membantu dalam pelbagai segi. Katanya dia sudah lali, tidak dipendam rasa hati yang berat pun. Cuma sedih.
Hubungan sesama manusia itu, kelihatan se-tak-kisah-mana-pun aku, aku titikberatkan sunguh-sungguh. Macam tahun lepas, tempoh Januari aku penuh dengan kisah sedih hati yang diheret bawa dari tahun sebelumnya.
Tuhan itu Maha Tahu. Selaku hamba, kita punya pilihan sendiri atas tindakan yang kita laksanakan.
No comments:
Post a Comment