Banyak perkara berlaku. Banyak jenis manusia aku terpaksa hadap.
Kadang-kadang bila kita nak sangat jadi baik, fikir baik-baik, macam-macam pula jadi kat kita yang cuba baiki diri ni.
Menahan diri daripada bertindak menyakiti hati manusia-manusia yang menyakiti hati aku adalah perkara paling sukar. Walaupun cuma dengan niat teguran.
Walaupun begini cuma, aku juga boleh menjadi yang paling baik dan yang paling teruk dalam hidup kamu. Itu semua pilihan.
Kerana kita ini dijadikan Tuhan dengan akal yang sama untuk diasah.
Ramai manusia yang sudah berumur pun masih belum pandai bergaul dan hormatkan manusia sekeliling. Aku simpati. Ramai juga yang sedang dalam proses meningkat umur tidak cuba berubah untuk kebaikan diri dan sekeliling. Aku sedih.
Sedih kali ini sedih kedua paling teruk selepas satu pemergian. Hampir hancur, ke tahap mendengar perkara yang tiada kena mengena dengan aku pun boleh gugur air mata.
Benda paling banyak aku minta kat Tuhan tak pernah segalanya tentang aku. Kebanyakannya mendahulukan orang lain terlebih dahulu, walaupun manusia-manusia itu tak pernah berhak untuk mendapatnya daripada aku.
Aku cuma mahu dunia yang tenang.
Kenapa perlu ditambah dosa-dosa yang disengajakan, dosa-dosa yang mampu dikawal walaupun dalam keadaan mental yang tidak rasional? Kenapa perlu menyakiti hati?
Tidak cukupkah dosa-dosa yang tidak sengajakan, dosa-dosa yang tak mampu dikawal?
Tidak cukupkah keadaan diri yang sudah jelas belum sempurna, hingga kamu rasa perlu untuk melebarkan sayap cuba mempamer kuasa yang jelasnya kebodohan cuma.
Tidak sedarkah kamu yang manusia sekeliling juga mahu dihormat dan dilayan seperti kamu yang menginginkan benda yang serupa.
Hati-hati, jangan sampai hati kamu mati.
Berlaku baik-lah, Tuhan itu ada.
Moga Tuhan mengampunkan dosa dan khilaf kita-kita yang lalu.