Perkara-perkara yang memanusiakan kita

Kadang-kadang, untuk tidak cuma berfikir tentang diri sendiri itu memang mematangkan. Akan tetapi, ada masanya perkara macam ni yang makan diri. Terutamanya bila kau tak merasa pengharaan yang sepatutnya, atau pihak satu lagi tidak merasa kepentingan kewujudan kau. Atau mungkin dia merasa cuma tak cuba untuk kasi kau rasa yang dia akui perkara tadi. 

Entah. Aku rasa kau faham apa aku cuba cakap ni.

Benda ni aku rasa sama juga macam dalam sesebuah hubungan percintaan. Nak kena hormat diri cukup untuk berlalu pergi bila perlu. Had to have enough respect for yourself to walkaway.

Ada perkara yang serapat mana pun kau dengan sesiapa pun, kau takkan dapat boleh kasi dia faham keadaan kau. Be it your parents, your siblings or your friends.

Macam aku tweet haritu. Masalah untuk memahami ialah kita tidak berada di paras yang sama.

Mungkin aku mampu dongak tapi tak semua mampu tunduk. Aku juga mungkin tak mampu tunduk untuk beberapa manusia yang memerlukan aku untuk berbuat demikian dan aku tak sedar pun perkara tu.

Life is like that.

Jaga diri semua.

2 comments:

Fendi Rocka said...

kadang aku boleh tahu org tu tak memahami bila dia start ayat..."aku paham apa yg kau rasa.."

Pisey said...

Haha terus rasa orang tu tak faham apa.