Puasa Rejab, Syaaban dan Ramadhan 2017, 1438H

Lagi beberapa hari dah nak masuk bulan Ramadhan. Tahun ni paling haru ialah aku tak berlatih puasa lagi. Makan je kerjanya dan berat badan semakin bertambah. Aku macam biasa salahkan kenapa rajin sangat masuk dapur dan pandai memasak. Sekurang-kurangnya kalau tak pandai memasak, makan sikit dah tak habis. Ni tak. Masak punya la sedap. Hmm.

Bermula bulan Rejab, ramai di sekitar kita akan mula berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. Bagus diorang ni. Kadang-kadang tu hujung minggu pun diorang berpuasa.

Yang mana masih belajar dan berstatus seorang pelajar, kebiasaannya diorang akan memilih untuk berpuasa pada hari yang ada kelas. Hujung minggu tak boleh sebab nanti member hostel makan mi segera, kunyah biskut, teguk kopi dan sebagainya. Kalau puasa time hari ada kelas, waktu senggang boleh tidur dan cuma pergi solat di surau. Takkan pulang ke bilik selagi kelas belum tamat. The idea is to see less food before buka puasa.

Bagi yang bekerja pula, ah korang faham la apa yang aku nak sampaikan.

Ada dua kategori sebenarnya mereka yang berpuasa bertungkus lumus ni. Terutamanya yang berkalut di bulan Rejab dan Syaaban:

1) Memang spesis rajin puasa sunat.
2) Lambat ganti puasa (hahahahaha).

Kebanyakan yang aku kenal berada di kategori nombor 2 hahaha. Dan aku pun selalu juga kalut bersama sebab selalu lupa dah berapa hari ganti dan sebagainya. Jadi aku akan ulang balik ganti berlebih-lebih.

Oleh kerana tahun lepas aku macam dapat hidayah lebih dan habiskan semua puasa nazar, puasa ganti awal lagi lepas bermulanya Syawal, dan ingatan aku agak bagus selepas berkali-kali ingatkan diri "Kau dah habis ganti ni. Dah habis ganti semua puasa wajib. Ingat ni", maka tahun ni dengan keadaan yang selalu lapar, aku tak ambil momentum bagus pula untuk bertemu Ramadhan.#

Not a good thing juga lah untuk aku sebenarnya. Heheh.

Apapun, selamat habiskan ganti puasa, selamat teruskan puasa sunat dan selamat menyambut Ramadhan 1438H. Semoga semua usaha kita diberkatiNya.


1 comment:

pie said...

Hahaha the best post. Tergelak-gelak baca. Selamat berpuasa sisturr :)