Hal kerja pula. Dari tahun lepas memang macam-macam benda aku cuba. Macam-macam juga aku apply. Dah tak dapat nak buat macam mana, kan? Nak nangis kat bucu meja kang terhantuk jadi jendul. Aku dahla dari kecil selalu sangat kumpul parut kat dahi. Yang masih berbekas jahitan pun ada. Maka aku kerja jela apa aku mampu. Apa yang boleh buat aku rasa hidup lebih bermakna dalam tempoh mententeramkan diri dan mencari jalan untuk menapak fasa seterusnya. Lepas sebulan dua di tempat kerja sekarang, kawan-kawan dan keluarga mula mensarankan aku untuk mencari kerja lain pula. Haha. Oleh kerana aku seorang bongsu yang agak degil sebenarnya, tak manja. Maka aku berkeras jela nak teruskan kerja yang sekarang. My honeymoon phase. I guess. So far aku sangat gembira je, cuma bab kewangan memang sesak lah. Bayar kereta lagi, rumah sewa lagi, isi minyak lagi, makan lagi. Dan setentunya nak berhibur juga.
Lagi-lagi sekarang bila dah tak ada student untuk diajar. Mungkin aku kena lebih giat promosi diri untuk mencari pelajar baru yang tak cukup ajar. Kah kah. Yang penting bukan saja nakkan student yang baik, aku lebih utamakan nak ibubapa yang bagus. Kalau anak bagus tapi ibubapa tak bagus pun buat stress aku je. Bukan mudah nak mengajar ilmu kat anak orang. Alhamdulillah aku seorang manusia yang bertoleransi tinggi dalam hal ni. Jenis tak jemu ulang info banyak kali.
Secara automatik nampak macam aku okay je kan kalau dapat husband lampi? No lah. Teman hidup moga kau bukan spesis lampi hahahaha. Sebut pasal teman hidup. Sejak kebelakangan ni ada perasaan lonely sikit meresap ke dalam diri. Mungkin aku rindukan teman-teman yang telah berjalan pergi sebenarnya. Mungkin-lah.
Disember dah dekat amat. Aku perlu draf pelan kehidupan seterusnya dan bertindak pantas. Dah nak meninggalkan tahun 2017, dan semakin menghampiri Februari 2018 yang akan menjadi tanda usia semakin meningkat lagi.
Ramai tegur aku kurus semenjak dua menjak ni walaupun aku rasa aku gemuk sebab asyik makan burger, nasi sup dagung atau nasi lemak ayam balik kerja lewat malam. Hal ini bahaya kerana aku akan terjebak makan banyak dan malas bergerak. Hahaha. This is one of the main reason kenapa aku suka kerja tempat sekarang. Secara automatik metabolism aku meningkat walaupun makan banyak amat. Walaupun gossips travel too fast here, most of them are pretty cool and easy to talk to. Banyak aku nak sambung lagi. Siapa suruh malas menaip/menulis sangat lately. Akan tetapi dah nak pukul 2 pagi. Elok lah aku tidur. Masuk kerja 815am ni woi and aku bukan tidur di Kota Dame ni tapi kat Shah Alam. Pfft.
By the way. Harga minyak kenderaan asyik naik je. Aku perlu menabung pantas dan beli sebuah motosikal ni. Walaupun aku tak pandai langsung bawa motosikal kah kah. Basikal tahu-lah. Mungkin aku patut kahwin je dengan orang kaya. Senang tak perlu fikir hal duit. Pfft lagi sekali.
Good night.