Sebenarnya cukup, tapi aku mempunyai banyak kegilaan-kegilaan manja yang aku kena penuhi. Contoh utama aku boleh bagi makanan sedap dan segala isi Uniqlo. Keh keh.
Aku tengok kawan-kawan lain rileks mampu melancong sana-sini. Jeles ada, kagum pun ada. Jadi oleh kerana tu hidup diorang, hak diorang lah nak pakai duit buat apa pun.
Lepas dah merasa perasaan selesa (dalam kata lain bosan) dengan kerja bahagian jualan di gedung perabot Swedish terkenal di Damansara, aku tahu aku kena bertindak pantas untuk memberi semangat baru kepada diri sendiri. Maka bermula bulan Juli, aku dah mula kemaskini resume dan hantar permohonan kerja baru.
Aku dan bosan/tak ada cabaran/tak ada adrenaline rush/perasaan stuck akan membuatkan diri aku terjerumus ke fasa depresi. Aku tahu sangat. Aku dah taknak dah benda tu berlaku lagi. Sikit-sikit boleh lah layan. Kalau dah jatuh dalam tu, siapa pun yang ada nak tarik aku, tampung aku, semua orang sibuk dengan kehidupan masing-masing kot. Jadi kita tak boleh nak selfish kat sini. Sebab satu lagi: cukuplah aku lihat beberapa kawan aku berlalu pergi sebab tak mampu nak hadap kecelaruan aku dulu. It sucks.
Anyway, lepas dah 4 kali hadap sesi temuduga untuk 3 jawatan berbeza, aku berjaya dapat satu yang aku paling nak. Aku paling gila-gila nak.
Maka terima kasih Tuhan.