Tahun depan aku nak kahwin

Nak tu dah lama. Tapi fikir balik kalau tak kahwin lagi pun apadehal.

Cari duit bayar hutang-hutang pending je dulu.
Duit itu juga membahagiakan.

Ewah. Lepastu menangis kat bucu katil cakap lonely.
Pfft.

Kawan lama dan kenalan baru

Beberapa hari lepas, aku tengok kawan-kawan lama aku bersuka ria.
Tanpa aku.

Ada sebab Tuhan jadikan setiap kejadian itu, bukan?

Beberapa bulan lepas, aku didatangkan dengan perkenalan baru dengan seorang businessman yang aku tak pernah sangka-sangka masih sudi menghulurkan macam-macam tawaran untuk aku yang tak ada apa ini. To the point where aku akan ulang pertanyaan sama berulang kali kenapa dia pilih aku dan percaya aku sangat sedangkan baru saja kenal?

Aku mula diam bila dia balas balik tanya "Kenapa, you tak yakin dengan diri you ke?"
Aku sekarang mula mengenali rakan-rakan lingkungan bisnes beliau.

Mungkin perbandingan agenda ni macam tak kena. Cuma aku rasa kehidupan aku lebih terisi sebab aku jadi sangat sibuk bila buat banyak kerja dan tak sempat nak mengadu hal lain selain mengomel comel bercerita kisah sibuk penat aku kepada budak-budak rumah sewa yang sudi tadah telinga.

Ada sebab Tuhan jadikan setiap kejadian itu, bukan?

Macam juga bila aku dah bosan kerja kat floor buat rutin dan mula apply jawatan-jawatan lain bersungguh-sungguh, suddenly dapat kerja sepenuh masa. Syukran. Tiba-tiba kerja separuh masa lain pula nak minta aku kerja sepenuh masa. This is one tough one to decide actually. Aku sedikit murung hari-hari nak tidur malam, bangun tidur pagi, sambil kerja kat office pun duk berfikir. Nampak sangat aku nak sangat kerja yang lagi satu ni. Cuma masa tak mengizinkan. Perlu sedikit ruang.

Ada sebab Tuhan jadikan setiap kejadian itu, bukan?

Moga dipermudah.

Sibuk penat, lapang murung

Aku sebenarnya cepat dilanda kemurungan kalau aku tak ada benda nak buat. Mungkin ramai rasa seronok bila tak ada kerja nak buat ataupun sentiasa lapang. Aku pun dulu macamtu tapi sekarang tak.

Tak sibuk bermaksud aku akan banyak menggelamun dan termenung. Yang boleh mengakibatkan perasaan kurang tenang dan sebagainya. Jadi biasanya aku mengelak dari tak tahu nak buat apa. Kadang-kadang sampai bersusah bersungguh-sungguh untuk memuatturun series Grimm (sebab hero hensem) di Mekdonel hingga jam 3-4am jika hari esoknya hari cuti.

Bila kerja syif, hari cuti aku tak sama dengan kawan-kawan dan keluarga aku sendiri. Jadi kena bijak mengisi masa dengan baik. Tapi bila dah terbiasa sangat dengan rutin syif tak tentu hala selaku pekerja separuh masa di syarikat perabot Sweden tersebut, aku mula rasa bosan. Maka aku letak target, by end of 2018 aku kena dapatkan kerja atau jawatan baru dengan syarikat sama (sebab sayangkan benefit), else aku akan keluar.

Maka, aku dapat. Alhamdulillah.

Tapi nak dijadikan cerita, bila minta bersungguh-sungguh dan Tuhan bagi ni, aku ada kerja lagi satu pula yang mungkin juga bakal menjadi kerja sepenuh masa aku.

Maka aku kena memilih lagi sekali. Because at this rate, aku boleh je imbangkan dua-dua. Sepenuh masa dengan perabot Sweden, separuh masa dalam dunia bisnes korporat. Akan tetapi, kesihatan tak mengizinkan dan aku sendiri pun sebenarnya banyak condong ke satu arah sahaja.

Di antara kemahuan dan kestabilan yang kukuh, susah bener kali ni ya mas?
Bye nak makan.