Cita-cita Saya Ialah Untuk Tidak Menyusahkan Sesiapa

Sudah bertahun-tahun aku ambil inisiatif untuk tidak bergantung apa-apa sekalipun walaupun sesak, dan cuba mengatur jalan sendiri. 

Kata kuncinya bunyi saja mudah, iaitu tidak menyusahkan sesiapa. 

Tidaklah terus menerus don't care dan idgaf, lebih kepada memujuk diri untuk kuat bertahan walau seorang diri.

Ringkas dan rasional cuma pada cerita. Realiti cuma Tuhan yang Maha Mengetahui segala yang nyata dan tersorok.

Setiap hari bangun pagi kutip motivasi untuk meneruskan hidup bermula dengan secawan kopi o panas. Seterusnya kopi o panas kedua dan ketiga.

Mungkin aku akan kembali aktif menulis di sini. We'll see. Jujurnya ini saja terapi yang aku mampu bagi mengurangkan tekanan yang tidak ada potensi untuk diolah mudah.


Eid al-Adha

1. Kali kedua beraya dalam pejabat di Bukit Jalil. 

2. To be honest aku tak kisah pun raya kat mana umur sekarang ni. Bukan sebab tak rasa nak ada momen raya atau lebih penghayatan, cuma nak kena imbang tara tanggungjawab dan prioriti secara menyeluruh. Oleh kerana dah ada wakil sorang anak bukan di kampung halaman pulang, maka cukuplah untuk menjengah dan menghiburkan Ayahanda yang semakin menua dan sensitif.

3. Jujurnya bila mendengar cerita tentang ibu dan bapa kenalan lain, mahupun tentang adik-beradik diorang, cukup aku bersyukur ada hubungan yang tenang dengan keluarga. 

4. Ayah yang tua juga bukan dalam kategori perlu dijaga ataupun punya karakter yang membebankan. Punya ayah yang tua tapi masih sihat ke sana ke mari juga suatu nikmat. Tempoh umur pinjaman. Aku cuma perlu bersedia untuk melepaskan dan ambil peluang untuk menjaga hati Ayahanda semampu boleh. Semoga aku anak yang baik untuknya.

5. Adik-beradik juga masih menjadi tempat berbincang dan rujukan apabila ada keperluan untuk menyelesaikan masalah. Kebiasaannya aku memang menyediakan diri untuk dipanggil dan diharapkan untuk membantu. 

5. Trusted and reliable. Lumrah ada ketikanya rasa annoyed, tapi sayang tu masih sangat tebal. Hakikatnya masa aku lebih banyak dihumban untuk agenda kerja dan kawan-kawan. 

6. Jadi bila ada waktu boleh dicuri untuk bertemu kesayangan-kesayangan ini, redah saja tak kenal waktu dan penat untuk bertemu dan gelak bersama.

7. Eid Mubarak, gais. Jaga diri.