In the mood for love

Tu tajuk muvi.

Aku sebenarnya in the mood untuk menyanyi. Suara aku serius sedap. Nak-nak lagi bila aku mengaji. Memang asyik lah. Tambah pula tertib tajwid semua dijaga. Sekali sekala cuai kena undur ulang baca balik tu ada lah juga. Asalkan perbetul. Ye dak?

Mula pertengahan tahun lepas proses pendengaran aku memasuki beberapa fasa dan genre baru. Aku dengar lagu yang tak pernah terlintas nak dengar. Dengar lagu yang tak semestinya wajib keluar di radio. Tak semestinya hip di telinga orang lain untuk didendangkan itu bagus untuk kau dengar pun sebenarnya. Tak semestinya taste kawan sebelah kau itu terbaik bagi kau walaupun kau makan tidur bersama. Dia mungkin suka amalina. Kau pula minat eminem.

Ada orang boleh menyanyi terus cuma dengan dengar nyanyian dan ikut. Aku tak. Aku spesis yang kena tengok menghadap lirik baru boleh cuba ikut nyanyi. Kalau tak memang sesuka hati aku je kunci lirik itu ini.

Dan ya. Aku mudah suka lagu yang padan dengan jiwa aku. Yang boleh menyebabkan roh aku terbang melayang kadang-kadang hampir nak terlepas dari jasad realiti.

Heh. Untuk beberapa atau mungkin beratus entri akan datang, akan ada banyak atau sedikit atau banyak sikit lagu-lagu jiwa yang aku layan pejam akan aku tonjolkan di sini.

Akan tetapi tak semestinya kalau aku letakkan lagu sedih maka aku sedang bersedih. Tidak. Mungkin waktu itu aku sedang menari tango dalam kamar mandi.

5 comments:

busuk said...

saya suka amelina! asyik ahh!

tieykah said...

sam,
aku rindu saat kita jamming dalam toilet.

and i miss you so much!:(

ya-na said...

sansan, bilo nyo sek awok nok buat konsert? awk, senor, zati.

p/s: jangan jawab "mokcik dok jual nyor. make nyepak kekgi"

Pisey said...

bushuk
Asyik asyik asyik, asyik asyiknya bercinta!

tuyup
Greenday! Haha. Hari-hari pagi petang lagu samo jah. Macy's day parade. Dokpun tear's in heaven Eric Clapton.

yanashomot
Kalau buat konsert bertiga, saya jah penyanyi. Dua orang tu kena menari. Haha.

Makang ikang!

dysnomia erys said...

menari tango dalam kamar mandi?
wow.