What makes me, me

Perasaan paling fakap yang boleh menenggelamkan aku cuma bila macam kena tampar tersedar yang mak memang dah lama tak ada. Tujuh tahun pun, tipu kalau aku kata dalam sehari tak ada fikir langsung pasal rindu mak itu ini. Kesnya mak terlalu sempurna nak dibandingkan dengan apapun. Terlalu sangat. Takkan wujud yang lebih sempurna dari dia Tuhan akan beri pada kami.

Bila hilang benda paling precious, kau akan menggelabah jadi gila kan?
Well, I used to be daddy's girl.

Zaman kecil dulu memang rambut tak pernah panjang. Potong pendek siap bahagian belakang trim dengan pisau cukur. Mak kerja siang. And my should-be-nanny dah lari ke Siam, lepas beberapa konfrontasi berlaku garang dan menyebabkan satu bakul baju merekah lepas dia pukul aku bahagian kepala. Mak sedar pun lepas terperasan benjol luka waktu dia main-main rambut aku satu malam. Bila dia tanya, aku jawab jujur jela oh Kak Zah buat. So, most of my time banyak spend dengan ayah.

Growing up, I choose to be mommy's girl. A little girlish here, a little girlish there. Serius aku cakap, kalau undur waktu ke zaman tingkatan satu, tingkatan dua, aku pilih diri sendiri nak buat isteri. Dari percakapan, gaya santun tuturkata, kerajinan buat ibadah sunat, suci hati dan sebagainya. Tak tipu.

Tingkatan tiga, mak dah tak ada. Hujung tahun yang sama, ayah kahwini umi. Beberapa tahun selepas itu, aku jadi orang lain. Aku yang baru. Aku yang suka simpan perap dalam-dalam setiap perkara yang berlaku. Tertunggak segala puasa nazar yang aku janjikan. Ibadah cukup-cukup saja.

It's never easy to adapt dengan situasi dan sekeliling yang baru. Jadi aku rebel. Rebel dengan diri sendiri. Rebel dengan pelajaran. Rebel dengan segalanya dalam cara aku sendiri. Sekolah yang aku duduki untuk menengah atas adalah sekolah yang sama mak bina kerjaya lebih 25tahun. Bukan pilihan aku nak pergi situ. Sakit.

Terutamanya, rebel dengan ayah. Kurang bercakap. Sekolah tu cuma sekangkang kera dengan rumah. Tapi kalau balik hujung minggu pun, aku akan kayuh basikal balik ke asrama. Comel kan? Bagi peluang budak-budak yang rumah jauh main sama. Pakcik guard bukan nak kisah pun. Cikgu-cikgu bukan nak kisah pun. Dari makcik sapu ke orang dewan makan kenal aku anak arwah.

Aku jadikan alasan gastrik bila malas nak bangun pergi kelas. Tapi memang selalu gastrik pun sebab selalu fikir macam-macam tak tentu hala. Kesian cikgu-cikgu yang jadi mangsa bila aku tak belajar satu apapun subjek yang aku malas nak hadap. Setakat bahasa inggeris, pendidikan agama islam dan matematik moden tu tak perlu nak pulun pun aku boleh cemerlang petik jari. Ya, aku budak pandai.

Gila apa nak mengaku aku bodoh bila dah genius cam gini. Tapi dah terlebih pandai mulalah nak memandai buat haluan sendiri. Aku tahu semua malu bila pointer aku bawah paras 2 once. Sampai kena repeat paper. Keluarga cuma terkedu tak mampu marah. Kawan-kawan mak risau. Aku bukan ada perasaan pun. Macam zombi hidup sehari ke sehari tunggu masa nak mati. Tapi once kau percaya Tuhan yang Satu, segalanya akan kembali teratur normal sendiri.

Bila dah bertahun deal dengan bermacam perkara, lama-lama aku lembut lenturkan sendiri hati dan jiwa untuk kembali rapat dengan insan bergelar ayah. Tak susah pun nak ambil hati ayah. Sapu halaman luar rumah, make sure rumah nampak tersusun, tolong umi kat dapur sekali-sekala, rajin baca quran, jaga sembahyang, menten pelajaran, jaga maruah dan nama keluarga.

Aku tak pernah minta pun nak tukar ayah yang lain. Ayah, is ayah. He is just being him. Dan ye, aku kongsi diet pemakanan yang sama dengan dia dari kecil. Setiap jenis ulam yang wujud, budu belacan, tempoyak ke sup belut, aku yang paling awal ikut rentak ayah. Jadi sekarang walaupun sibuk dia dengan urusan tahlil setiap malam kena imamkan jemaah, dengan urusan jadi guru mengaji petang dan malam sekali seminggu, dalam sibuk membanting tulang urusan kenalan dan pelanggan yang memerlukan khidmat pemasangan boring telaga tiub teknologi ayah sendiri, dia akan cuba cari masa nak ajak aku makan bersama untuk layankan makan beraneka jenis masakan belut dan sebagainya.

Untuk keluarga yang seperti ini, aku takkan pernah minta nak tukar dengan orang lain dah. Dan untuk umi, adek pun takkan minta nak tukar dengan umi yang lain dah untuk temankan ayah siang malam. I love listening to you reciting the holy Quran day and night bila berpeluang. Just like mom. I love the fact that you also try to fit in the family in your own way, sepertimana kami adik-beradik cuba nak fit in the situation with you around. He knows best.

Untuk mak, takkan wujud replacement yang sempurna. Mak is mak. Setiap rindu dan sayang adalah syukur untuk Dia sebab beri saya seorang mak yang paling mak dan keluarga yang paling keluarga. Ada saja masanya saya jeles dengan kawan yang pada saya punyai keluarga yang tersangat lebih sempurna. Tapi sesempurna mana pun manusia, tetap ada celanya. Moga cela yang kita punya sama-sama kita atasi dengan apa yang Tuhan pegangkan.

"

Pada mata yang sedang bertungkus lumus mencari
Pada jiwa yang sedang perlahan-lahan mati
Pada akal yang letak warasnya di sana sini
Pada hati yang gemar memencilkan diri

Aku menangis pada Dia dalam bisik paling sayup pernah kau dengari
Dalam sendu yang ditahan-tahan bunyi
Aku mencari alasan untuk melagukan irama dalam sepi

Sungguh,
aku tertanya-tanya sampai bila lagi
Perlu aku jaja untuk mendapatkan yang melengkapi

Pada rintik hujan yang menyentuh bumi
Pada awan yang berarak pergi
Pada bintang-bintang yang tergantung tinggi
Pada bulan yang bergilir waktu dengan mentari

Sungguh,
aku ini cuma sendiri-sendiri.

2.45am,
181211 - Selamat ulangtahun mak, ayah. Moga jodoh disambung ke syurga.

"

Izinkan saya, di sini
menulis puisi
yang paling manis
buat hati yang dihiris-hiris.

Selamat malam untuk beberapa malam mendatang.

"

Dah lama aku tak tulis puisi.

--

What inspire you to live, from day to day to the last day of your life?

Keep breathing.

--

I live in the power of my own imagination. Most of the time, I lie to myself.

--

I am deliberately waiting for something I am not quite sure of. Someway, somehow- you reminded me of God Himself.

Men and women are both complex

Kawan baik aku, beberapa bulan lepas tamatkan hubungan dengan teman lelaki dia. Hubungan yang berumur 2tahun lebih kalau aku tak silap kira. Masalah di antara, aku tak berapa nak faham pencetus kepada penamat hubungan.

Yang nyata, pada firasat aku mereka sama-sama sayang.

"San, kalu mu jate key seney."

"Bakpo?"

"Bulih kito gewe duo jah."

"Ngek."

Puff--pfft

I wish for miracles to happen.

A wish, is a wish.

I hope God grant me my wishes. If He does, then miracles gonna happen.

I still can't answer you what life is about.

Going for inexplicable things, things that I am unsure of, of randomness and strangers around- that sounds too imaginary. Fictions.

I guess that's life.

Tak mampu dengan kata-kata

"Tuhanku, ampuni aku, sayangi aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkan aku, maafkan aku."

-

I'll be needing a new-big-white canvas next year. Hopefully, things just go right with no wrong turns at all.

Hopefully. Fuhfuhh.

Saya mohon sedekah

Mohon sedekah al-Fatihah, ayat-ayat suci, doa dan sewaktu dengannya untuk arwah isteri abang sepupu yang baru sahaja meninggal dunia, due to breast cancer.

Terkilan masa sakit pun tak berpeluang menjengah. Arwah dah operate. Dah buat chemotherapy. Tapi masih ada baki sel-sel kanser yang menyerang, dan dah tak mampu nak lawan kata kakak.

I miss you, mak. All the time.

Konversasi ringan

"Sey, mu nok tahu kalu mu jadi jatey ghano peranga mu?"

"Haha. Gano?"

"Mu debey gilo."

"Tahu doh."
(diiring dengan gelak tawa kekenyangan)

"Mesti aku kenal jugok mu dale geng-geng sep kelate dok?"

"Hom. Wojib doh."

"Pah mu pekenal diri nge namo 'pise' gitu jela. Nge nada bunyi jatey sikik."

"Pise."
(nada garau)

"Pah kalu Nor jatey aku tahu jugok ghano peranga dio."

"Gano? Gano?"

"Playboy."

Mungkin apa yang aku benar perlukan, cuma wujud di beberapa ketika sahaja

Dengan segala beban kerja yang dah tamat, aku sepatutnya lebih merilekskan diri. Well, physically I am. Aktiviti tidur, tidur, tidur dilaksanakan dengan sungguh sempurna. Tapi ada beberapa bukti yang menunjukkan aku sebenarnya tidaklah se-berehat mana. Migrain.

I know, I know. Kesihatan harus nombor satu. Tapi apa aku boleh buat? Heh. Sambil memandu pun boleh kena denyut sikit-sikit kali ni. Mungkin puncanya faktor pemakanan, I guess.

Harini banyak kerja mengemas buku-buku fiksi, non-fiksi dan baju-bajan menyumbat masuk kotak dan beg-beg yang ada. Nota-nota ilmiah yang tepu dalam satu kotak aku malas nak setelkan lagi. Kucar-kacir keadaan saja nanti. Cecah jam 1pagi baru nak sibuk menaip dan editing laporan projek tahun akhir.

Sebenarnya dah lama tak bersengkang mata sampai ke Subuh. Bertemankan bunyi-bunyian dari lori-lori yang sibuk mengendali tugas di luar sana, tak ada lah sunyi mana. Kali ini aku tak berbekalkan makanan atau minuman apa pun.

Aku masih menunggu satu bunyi lain.

..

Oke. Dah azan.