Membilang duit dengan jari

Selalunya kapalterbang dikaitkan dengan bayaran yang mahal. Tetapi sebenarnya kalau kau rajin menggodek online websites, banyak cara nak dapatkan dan tahu dengan mudah bila masanya ada peluang travel dengan kadar yang lebih rendah dari bas dan keretaapi misalnya untuk penerbangan domestik. Tak, tak ada company penerbangan mana-mana bayar aku pun untuk mencadang begini. Info ini untuk kemudahan penjimatan wang dan masa adik manis dan abang kacak saja.

Bulan ini, Februari yang berakhir hari ini, duit aku licin dek transaksi beli tiket kapalterbang saja. Ada yang wangnya telah berganti. Ada yang akan berganti. Ada yang takkan berganti pun.

Total manusia yang berkait ada lapan termasuk aku.

Enam orang untuk pergi-balik kenduri kakak April nanti. Seorang gadis dan aku akan 'naik kl' untuk memudahkan urusan universiti (contoh urusan: tiru laporan akhir masing-masing) tamat praktikal nanti. Aktiviti 'melawat' Bangi oleh aku sendiri pertengahan Mac nanti kerana kempunan pecel lele dan nasi arab serta mahu mencari buku-buku yang menggugur jantung menggiur jiwa di kedai-kedai buku terkemuka tanahair menggunakan baucer buku yang memang belum sampai ke tangan pun lagi. Tiket berpandangan jauh dari kampung halaman ke ibukota sesudah tamat sambutan raya korban Oktober nanti yang mungkin aku tak ada di rumah pun. Dan bayaran paling tinggi antara seluruh transaksi untuk pergi-balik satu trip rahsia November nanti.

Gila apa, sebut trip rahsia pun dah berdebar semacam. Kih kih.

Tiket untuk hujung Oktober dan awal November tu harapnya boleh diguna lah nanti. Kita merancang akan tetapi Tuhan (:tunjuk dil kerana dalam hati harus ada Dia) yang menentukan perjalanan. Aku beli awal, kerana ia murah dan aku seorang yang bijak. Dan aku yakin harga, masa dan ruang untuk aku buat urusan tersebut di lain waktu tak ada dah untuk aku sama-sama capai setuju dengan seorang teman rapat. Peluang bukan selalu datang berteleku di sebelah, berguling di katil atau melutut di lantai minta digunakan.

Oh MARA, please be good please. I want your pretty money, please! Eh, I want your money, pretty please \(^^)/ <-- tebiat baru.

Au revoir, Fevrier-

2 comments:

Cik Bayu said...

oh..pisey ku..

*komen tanpa baca post sebab dah lewat malam.kuikuikui*

Pisey said...

Oh hei bebeh!