31 Mei 2013

Ada satu debar yang aku nantikan esok. Moga-moga, molek saja hendaknya. Moga-moga kalau nasib tak sebelahi aku pun, tabah lagi aku untuk terus.

Pace

Keributan pada hati yang menjengah aku halau jauh-jauh. Tak ada masa untuk melayan. Atau sebenarnya aku yang tak mampu nak menghadap wajah hati lama-lama.

Kehidupan sedang mendatar tapi aku dihujani keselesaan yang baik.

Langkah demi langkah aku atur perlahan. Kali ini, ia perlulah tentang aku. Kali ini, ia adalah keputusan aku keseluruhannya. Kali ini, jatuh bangun adalah dari aku sendiri.

Wang sedang menjadi masalah. Aku bentangkan segala cara untuk mengatasi dalam masa terdekat. Sudah susut sangat simpanan jadi aku risau. Risau yang ini aku tak sepatutnya risau kerana dulu aku pernah katakan, wang tak patut jadi masalah kerisauan utama.

Jadi ya aku kalah untuk yang ini, sekarang ini.

Selamat pagi

Tekak kering, badan melemah.

I need my breakfast now, now!

Sleep

Terlalu banyak tidur siang. Hampir setiap minggu ada saja dejavu. Padu. Bila dapat mimpi masa depan macam ni. Tapi cuma sedar bila dah berlalu. Tapi malam-malam belakangan ni payah betul nak lelap.

Payah sungguh-sungguh.

Masih lapuk, masam

Aku masih yang dulu. Yang merindu bau ibu. Yang terkenangkan riang ria zaman kecil. Yang kalau boleh mahu segalanya baik-baik saja tanpa cela. Yang kadangnya lupakan keadaan diri bila terbawa-bawa risaukan sekeliling.

Masih.

..

We spend so much of our lives not saying the things we want to say. The things we should say. We speak in code and we send little messages, origami. So now, plainly and simply, i want to say that i love you both very much.

Michael Scofield -- Prison Break

••

It's 3:21am. I don't know what I've been doing. I should be sleeping 3hours ago. But well it's heavy heart syndrome again. Thoughts bundled up together, recruiting more to kill me from inside. Voices from within shouting words I couldn't fathom. This pain. I don't know if I can bear it every time it came knocking out of nowhere. I took a sip of plain water I put on the dressing table. It's a habit since little to take a glass of water from the kitchen to bed. I'm trying to put my heart at ease but I feel like crying. I'm scared. I'm scared so bad I got shaky from time to time when I think about this. Why must I face this situation? How am I going to get through this? Old scars remained scars. Lessons learned and habits changed. Getting wiser is an option, a choice. I can choose to be dumb and play dead. I don't want to grow old and be forgotten. Ah, tummy calling for food now. It's time to close my eyes. See how I'm ignoring the situation? I don't even know what my problem is.

Bonne nuit. I shall sleep now.

100513 - 03:33

Tamatkan huru-hara ini pliss

Aku nak keluar pergi beli barang runcit la pasni. Terperap kat rumah ni bahaya bila asyik dengan alam maya.

Tenanglah hati

Let's get through this.

Kehidupan

Pegang aku erat-erat. Mari teruskan langkah. Aku gigil ni sebenarnya. Masa depan belum dalam tangan.

This time around

13th General Election-
May 5th, 2013.

Rise and shine baby.
Serve your responsibility.