Life's gonna be easier I guess

Aku akan pergi jauh dari rumah untuk tempoh setahun.

Excited? Yes.

Tapi banyak takut dan berdebar dengan apa yang sedia terbentang untuk aku teroka kat depan sana. Aku perlu tanamkan misi yang untuk dicapai dan mulakan dari situ.

Aku tak tahu sangat pasal jodoh, rezeki. Tapi jalan kali ini semuanya begitu mudah awalnya sampaikan aku sangsi pada diri sama ada ini jalan yang aku betul mahu atau cuma menurut aliran yang menyenangkan.

Kadang-kadang bila ada jalan yang ditutup kita merungut tak ke sudah.
Kadang-kadang bila ada jalan yang dibuka luas kita tak hargai pun.

Ini kerana kita manusia.

We talked nuts, we went insane, we died from time to time, we left and then we came back. We dealt with nonsense and unnecessary ones too.

Ada kuasa lain yang menyusun atur semua ini.

Melalui beberapa fasa cuba menjadikan hal ini kenyataan, aku tahu aku sangat perlukan peluang kali ini. Ada perkara yang aku perlu selesaikan dan lakukan untuk diri.

Jadi ya, terima kasih kerana memudahkan.

Walaupun sebenarnya ada banyak perkara ralat yang memberatkan hati. Soal hati siapa tahu.

No comments: