Januari, 18

Mak. 

Selamat ulangtahun kelahiran.

You should be 62 today. And in 35days I'll be 25, and older.

I wish to be kind, like you. Always.

If only the world could sit with me patiently, 
and try to see with my heart.

Mother, you're so very precious.

I love you.

( ) 1

The other day I wish you were here.
I guess right now I just want to be there with you.

Angin yang bertiup membawa rasa yang lembut

Kadang-kadang, walaupun aku punya kerinduan yang melampau pada arwah mak, wujud satu rasa syukur dalam hati aku. Syukur Tuhan ajarkan aku erti kehilangan yang paling besar pada waktu itu, dan membentuk aku yang sekarang ni. Bukan nak kata aku bagus sangat. Cuma aku risau kalau-kalau mak masih ada, aku digolong anak derhaka, lupa diri dan sebagainya. Ataupun adik-beradik aku semua berpecah belah. Ayah tak sayang kami semua, dan aku merempat tak tentu hala. 

Semalam seorang teman baik dari sekolah rendah membuka tirai perasaannya yang terkilan dengan darah daging sendiri. Hubungan adik beradik yang tidak berada di paras pemikiran sama, yang payah nak capai persetujuan baik, yang lebih pentingkan diri sendiri lebih dari segalanya. Diceritakan juga bagaimana terharunya dia dengan sikap baik hati kenalan ayahnya yang sanggup membantu dalam pelbagai segi. Katanya dia sudah lali, tidak dipendam rasa hati yang berat pun. Cuma sedih.

Hubungan sesama manusia itu, kelihatan se-tak-kisah-mana-pun aku, aku titikberatkan sunguh-sungguh. Macam tahun lepas, tempoh Januari aku penuh dengan kisah sedih hati yang diheret bawa dari tahun sebelumnya. 

Tuhan itu Maha Tahu. Selaku hamba, kita punya pilihan sendiri atas tindakan yang kita laksanakan. 

Dah 2014;

Setapak demi setapak. Langkah aku lemah. Aku rasa buat pertama kali sejak beberapa tahun aku tak sediakan entri ataupun draf cuma untuk pengakhiran tahun lepas dan menyambut tahun baru yang ini.

Kehidupan sedang mendatar. Hampir menjunam, tapi aku tahankan kuat tak mahu jatuh.

Terlalu banyak perkara yang berselirat di balik kelopak mata yang cuba melelapkan diri lewat malam-malam lepas, perkara-perkara yang menjadi angin sejuk ke hulu dan ke hilir, perkara ringan yang memberat, perkara berat yang diambil ringan, perkara-perkara tentang resah hati, juga perkara tentang mati yang mendekat.

Kalau dikumpulkan rajuk aku pada dunia, terlalu banyak untuk diambil peduli. Kalau nak bandingkan dengan kasih sayang Tuhan pula, tak terkumpul banyaknya.

Selaku manusia, selaku hamba kita ini sangat kerdil. Setiap detik dan ketika sekarang mampu buat aku menangis tak henti. 

Aku rindu manusia-manusia jauh. Aku rindu memori yang telah pergi. Aku rindukan rakan-rakan dan teman mesra yang setia untuk ada di setiap jatuh dan naik aku. Dan jarak tak pernah putuskan ikatan itu jadi terima kasih Tuhan.

Kadangnya fikiran suka terbang jauh. Jauh dan tak punya navigasi yang baik, boleh buatkan aku sesat terlupa tujuan asal penerbangan tadi.

Malam semalam aku lihat foto-foto di laman sosial kakak, gambar semasa keluarga menghantar aku di KLIA. Satunya dengan ayat, "Ayah pesan suruh adik bawa balik master, bukan monster".

Senyum.

Sick, and sick-ness

When you were not feeling so well, it sucks to look around and find out that the surrounding and you were not even familiar with each other yet. 

It sucks big time you just want to cuddle yourself and weep at night; playing the beautiful memories inside your head over and over again. 

The memories you hope to keep till the day you die. Of course when pain seems so near and keep banging on your head countless time death feels so much nearer as well. 

But no, you do not wish to die with thousands of missions to be accomplished.