Kakak cakap sebab Dia dah uji macam-macam itu hari, ni dapat ganjaran kerana sabar. Point yang baik di situ, aku senyum je baca. Perasaan haritu manis lepas terbeban macam-macam.
Semester ni bertungkus-lumus sikit. Banyak hal berlaku kalau rujuk dari Januari aku tadi. Tak berkesudahan lagi. Aku belum ada bilik/rumah nak masuk untuk April ni. Tapi apa ada hal, kawan-kawan yang suka aku ramai. Haha. Aku pun suka diorang gak, thanks kaseh!
Perkara yang aku belajar duduk Manchester ni, Tuhan je tahu. Perkara yang aku lalai pun, cuma Dia yang tahu. Perkara yang aku usaha baik pun, tak ada manusia lain tahu.
Takut ni, takut. Takut tak dapat keputusan cemerlang akhir September nanti untuk membuahkan senyum yang panjang di bibir ayah. Jun nanti ayah dah nak masuk 65.
Moga Tuhan kekalkan bahagia keluarga sekarang untuk beberapa tempoh lagi.
Syukran for what we have at the mo.
Syukran for what we have at the mo.
No comments:
Post a Comment