Dalam-dalam
Beberapa ketika yang baru meninggalkan, aku sibuk menahan rindu yang tak kesampaian tanpa alasan yang meyakinkan. Hari-hari yang pergi bagaikan pergerakan arus mengalir yang tidak dapat ditebat. Jadi aku cuma mampu tenggelam bersama; sekali-sekala mendongak angkat kepala cuba melihat kejauhan kalau-kalau wujud bahagia di depan sana. Malam-malamku dipenuhi dengan hati dan minda yang sarat. Melelapkan mata di malam hari bagaikan suatu aktiviti yang paling sukar, diikuti dengan ritual bangun pagi. Sukar. Melihat sekeliling, aku percaya aku perlukan penguat yang kukuh untuk berpegang lama sepanjang menapak kehidupan yang ini. Keadaan sebegini sedikit sebanyak memakan isi dalam aku yang sekian lama sudah mula terhakis sendiri; sedikit demi sedikit. Gambar-gambar ibu dan ayah yang tergantung di dinding aku pandang lama. Mereka, dan manusia-manusia lain yang memainkan peranan utama dalam membentuk aku yang sekarang bukanlah semuanya sedang dalam keadaan paling sempurna seperti yang diimpi. Masing-masing masih punya beban yang perlu mereka pikul dalam menjalani hari. Masing-masing punya masalah sendiri. Sekali-sekala aku yang sendiri ini gigil cuba menggenggam situasi-situasi yang menggoyahkan. Empunya rusuk yang Tuhan janjikan belum memberi imbasan hati untuk aku lihat mudah. Sembunyi-sembunyi seperti ini dalam tempoh yang ini sebetulnya aku tak tipu -- memang menyesakkan dada.
Rindu serindu rindunya
Kalau ditanya memang nak balik on the spot lah.
Nak balik sangat-sangat.
Apa jadah aku datang belajar negara sejuk ni entah. Nak membaca menelaah pun kemain payah nak cari titik fokus. Paling masyuk tidur dalam duvet je.
Rindu ayah.
Mere dil
Dah kenapa asyik berangan tak sudah ni?
Parah, parah.
Pertama kali minat orang dikenali ramai sebegini rupa.
Kemain.
Jalan apa yang Tuhan cuba tunjuk sebenarnya?
Tapi hati aku memang mudah terpaut dengan manusia-manusia yang bila dilihat, nampak kesan sentuhan Tuhan pada dia.
Fasa ini akan berlalu. Tenanglah.
Fokus pelajaran!
Subscribe to:
Posts (Atom)