Am going to someplace special

I am excited and panicking all same time. 

Fuhh, semoga dipermudah.

Hubungan manusia dengan manusia

Bila kawan-kawan ataupun sahabat-sahabat yang kita harapkan sudah tidak lagi berada di hujung talian seperti selalu, sedikit kesakitan akan timbul di lubuk hati.

Aku sebenarnya spesis manusia yang mencari dan bertegur sapa. Cuma mungkin sampai waktunya aku juga tahu penat bila kelihatan seperti sia-sia menjaja diri ke sana ke mari. Mungkin aku fikir yang di sana sudah tak perlu, jadi sudah kurang peduli. Atau sebenarnya aku cuma semakin tua dan semakin sensitif padahal tak ada apa-apapun yang berubah tentang kedudukan aku di hati mereka.

Kadang-kadang, bila perkara ini menyinggah lama ia menjajah otak aku sepenuhnya. Memberat dan sangat sesakkan dada.

Mungkin aku juga turut menjadi yang di hujung talian untuk beberapa manusia lain yang meletakkan harapan yang tinggi pada aku.

Mungkin sebenarnya kita juga telah membuat sesuatu yang melukakan hati manusia-manusia yang kita suka dan sayang tanpa kita sedari.

Mungkin sebenarnya semuanya tak sengaja. 

Tetapi bukankah ajal itu mendekat, bila umur semakin meningkat?

Kalau sudah tidak sempat, untuk kita-kita kembali rapat;
maafkan aku. 

Semut gatal masuk mata

Aku tak tahu tahap kegatalan semut gatal tu tahap mana. Sampaikan mata aku yang jernih ni pun dia nak teroka. Dia masuk mata, dia mati. Dia masuk mata, aku la sakit mata.

Sakit tak boleh nak cerita. Korang cuba la jatuhkan semut dalam mata kalau nak tahu. Lepastu nak keluarkan dia satu hal. Pedih. Pakai putik kapas pun ambil masa kemain. Basuh rendam mata tak payah cakap la tak tahu berapa gelen air aku pakai.

Sakit tahu? Hmm.

Hijrah dan Neelofa

Cantik betul Neelofa ni serius tak tipu. Kalau tak silap dulu masa Minggu Bahasa MRSM se-Malaysia 2003 dia ada datang sekolah aku. Tingkatan 2 pun dah comel. Aku usha je dari jauh. Sebab kawan-kawan laki duk sebut-sebut nama dia.

Waktu minggu bahasa tahun kemudian, ada je kawan aku yang usha cari dia lagi. The years after dia pun sama satu sekolah dah dengan Neelofa. Haha. Baik sampai sekarang. Tapi bab cari mencari waktu minggu bahasa tu memori aku tak berapa kuat pasal nama budak perempuan comel tu sebetulnya nama apa. Tapi muka yang comel tu seingat aku memang nama Neelofa. Sebab budak-budak perempuan pun semua duk sebut nama dia sepanjang minggu tu.

Neelofa dah berhijrah ke arah lebih baik. Dah comel, hijrah ke arah kebaikan. Bertambah seri dah. Aku pun mula-lah follow Neelofa ni kat Instagram. Dulu aku tak follow walaupun kagum dengan segala bisnes dan kecomelan dia sebab orang selalu duk cakap dia seksi lah itu lah ini lah. Aku kalau boleh taknak baca komen-komen karut manusia yang banyak masa duk kompelin pasal orang ni. Sebab nanti duk terfikir-fikir, entah-entah join cakap sekali. Alhamdulillah untuk changes dan hijrah yang ini. Dia pun baru balik Umrah. Sepanjang dia duk Tanah Haram dan ada upload gambar, aku tak tahu sehari berapa jam aku duk tatap Instagram dia saja. Tak lupa Instagram Saiful Nang yang turut paparkan gambar-gambar sewaktu di Tanah Haram beliau. Sangat cantik koleksi SN ni.

Berbalik kepada Neelofa. ABPBH 2014 haritu aku tak tengok pun. Sebab aku lupa aku duk buat apa. Lepastu saja main tukar channel kat TV dan eh dah habis dah pun. Padan muka. Siapa suruh tekan 103 setahun beberapa kali je sekarang ni. Tahu-tahu Sam naik pentas menang ABPBH 2014. Walaupun aku tak ikut apa sangat pasal anugerah ni tadi, aku tak tahu masa tu kenapa macam ala nak tengok Neelofa. Oleh kerana dah follow akaun Instagram beliau, aku pun dengan bijak dan berhemah capai telefon pintar dan mula scroll gambar beliau. Senyum. Baju dia cantik. Fafau pun comel duk senyum bersama. Ramai duk puji terserlah kewanitaan perempuan Melayu si Neelofa dengan baju dia pada malam anugerah tu. Aku tak kisah pun komen orang lain. Pasal aku sendiri pun suka tengok. Comel. Sopan. Tudung simple je. I like it.

Point aku sebenarnya nak cakap kita ni kalau nak berubah ke arah lebih baik boleh je. Berubah! Bertukar! Cuma nak berperang dengan hati yang dah semakin hitam ni je benda paling susah pun. Nak lawan kemalasan bukan mudah sebab duk rasa malas dan tak bermaya. Dan aku tak rasa untuk beliau berubah tu pun semudah makan ais kacang. So sebab aku duk amaze dengan Neelofa ni, aku kena setting dalam kepala,

'If Neelofa can do it, why can't I?'


Jadi malam tadi aku cuma melayan DM seorang gadis 19 tahun di Twitter

You're still young. 

Belajar baik-baik sayang. 

Tentang kemungkinan

Dulu aku selalu cakap, perkara paling dekat dengan hati ialah Tuhan. Tapi sekarang ni aku dah tak berapa tegas dengan diri. Hanyut. Tak mampu nak jawab macam tu. Aku pernah sebut. Perjalanan ke Tuhan itu bukan sesuatu yang mudah. Setiap huru-hara, kegilaan yang melanda kau, orang lain tak boleh faham. Takkan mampu. Benda-benda ringkas yang mungkin kau berasa perit, mungkin senang kacang untuk orang di sebelah. Atau benda-benda yang orang ambil ringan, kau pula ambil pusing sepenuh jiwa dan raga. Setiap kepentingan, setiap kegilaan, Tuhan memang sudah wujudkan kita berbeza. Untuk berada di paras pemahaman yang sama, untuk toleransi untuk sama setuju duduk di frekuensi yang sama, tak mudah. Tempoh waktu sekarang, aku sangat bersyukur bila punya kawan-kawan, atau ahli-ahli keluarga yang boleh tenggelam sama atau nampak apa sebenarnya yang aku sedang usahakan. Mungkin nampak macam tak berusaha langsung. Kadang-kadang, memang ya. Contoh beberapa bulan yang lalu. Tempoh depresi yang aku fikir lebih teruk dari tempoh aku berkabung jadi anak muda yang konon rebel waktu kematian mak. Atau mungkin aku cuma rasa ia lebih teruk kerana masih terasa baki-baki depresi tersebut. Atau kerana aku dah melepasi tempoh rebel anak muda tersebut tetapi belum sepenuhnya yang ini. Tapi tak semua nampak benda tu. Untuk yang nampak, diam dan berdoa untuk aku, terima kasih. Untuk yang peduli dengan cara tersendiri, terima kasih. Mungkin sebenarnya aku sudah kurang bersyukur. Mungkin juga aku memang sedia kurang bersyukur. Atau sebenarnya aku sedang diuji dan kemudian aku layankan kelemahan sendiri. Aku terlalu banyak kemahuan. Terlalu banyak permintaan. Aku terlalu mahukan sesuatu yang sempurna. Etika dan perkerti, sopan santun yang bagus. Aku takut untuk gagal. Aku kadang-kadang gerun untuk mencuba, terutama perkara-perkara yang merisaukan semua pihak. Contohnya jalan kehidupan aku. Bila dalam keadaan menakutkan seperti ini. Aku berasa susah. Susah untuk menginterpretasikan diri sendiri. Sama ada aku lebih perlu pentingkan  permintaan sekeliling, atau kemahuan aku. Benda-benda seperti ini, berbalik kepada apa yang aku ulas tadi. Iaitu kepentingan, kegilaan serta pemahaman yang berbeza. Mungkin aku sebenarnya menarik diri dari maju dengan laju atas beberapa alasan yang aku fikir dan fahamkan sebagai munasabah, tetapi perkara ini tidak bagi sesetengah pihak. Walaupun pihak tersebut sebenarnya sangat menyayangi aku. Contoh, keluarga. Mungkin juga aku sebenarnya mengumpul alasan-alasan bodoh untuk tidak terus maju dengan laju kerana aku seorang penakut. Segala ini juga cuma kemungkinan, seperti tajuk entri yang tertulis. Aku cuma tak mahu Tuhan mula bermain dengan perkataan mungkin dengan aku. Untuk mati yang memang pasti nanti atau esok lusa, aku cuma mahu mati yang pasti dengan tangan  masih berpimpinkan Tuhan. Maaflah untuk panjang lebar begini tanpa perenggan, tanpa rehat atau hembus nafas yang lembut di antara ayat-ayat ini kerana mungkin juga aku sudah malas untuk memuaskan diri manusia-manusia yang ada.

Termasuk aku.